Pada 6hb Feb 15 bermulalah satu lagi demensi baru kearah menjadikan masyarakat sihat melalui program "Komuniti Sihat Perkasa Negara, KOSPEN" di kg Sungai Itau, Langkawi.
Walau bagaimana pun, melalui mesyuarat Jkkk Kg yang berlangsung pada 2hb Feb 15 yang lalu bersetuju supaya semua masyarakat setempat menyahut cabaran kerajaan untuk menjadikan sebuah komuniti sihat.
"Kita kena mulakan dulu supaya orang ramai menaruh minat dalam program ini" menurut Abd Halim Man selaku pengerusi Biro Kesihatan dan Keceriaan.
"10,000 ribu langkah dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan", katanya lagi.
Program ini akan dilaksanakan setiap hari jumaat jam 7.00 pagi dan ini juga merupakan program setiap minggu bagi Jkkk Kg Sg Itau.
Program "Komuniti Sihat Perkasa Negara" (KOSPEN)
adalah inisiatif yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia,
Datuk Seri S. Subramaniam pada Julai 2013 dalam usaha menangani masalah
peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease, NCD)
di negara ini.
Inisiatif ini merupakan satu transformasi perkhidmatan kesihatan
awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia melalui
pemerkasaan serta peluasan penglibatan masyarakat dalam program kesihatan awam
dengan menggabungkan mekanisma kerajaan sedia ada terutamanya di peringkat
akar-umbi.
Pelaksanaan inisiatif ini adalah melalui pendekatan yang agresif
dengan penubuhan functional units yang terdiri daripada sukarelawan dari kalangan
masyarakat di seluruh Negara yang akan bertindak sebagai health agent of
change. Kumpulan sukarelawan ini dikenali sebagai Pasukan Gerak Sihat Malaysia
atau singkatannya GSiM.
KOSPEN fasa pertama telah mendapat sokongan daripada YB
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi inisiatif KOSPEN bersama Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
KEMAS dipilih mejadi agensi pertama di dalam
melaksanakan kolaborasi ini kerana KEMAS merupakan agensi yang berhubung rapat
dengan masyarakat di peringkat akar umbi.
KOSPEN telah dilaksanakan secara
rintis di Segamat, Johor mulai Oktober 2013. Majlis Pelancaran KOSPEN KEMAS
Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 13 Februari 2014 di Segamat, Johor dan
dirasmikan bersama oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia dan YB Menteri Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah.
Satu nota persefahaman juga telah ditandatangani ileh
kedua-dua kementerian ini. Inisiatif ini akan dikembangkan dari masa ke masa
dengan melibatkan lain-lain agensi di negara ini.
0 ulasan :
Post a Comment