Bekas selebriti TV3 Aziz Desa, 50, kini terlantar
di Hospital Langkawi (HL) akibat masalah buah pinggang yang kronik dan penyakit
kencing manis.
Aziz atau nama sebenar Abdul Azid dimasukkan ke hospital itu
sejak dua hari lalu selepas pengsan di rumah adiknya di Kampung Bayas, di sini.
Menurutnya, doktor mengesahkan penyakit buah pinggangnya
berada pada tahap serius dan sedang menunggu ujian darah sebelum menjalani
proses heamodialis dalam tempoh terdekat.
"Ini adalah kali keempat saya masuk hospital akibat
penyakit serius. Sebelum ni saya masuk hospital kerana penyakit kencing manis.
"Saya kemudian disahkan pula menghadapi masalah buah
pinggang pada tahap lima dan perlukan rawatan lanjut," katanya.
Beliau bersemangat sekali menerima tetamu yang datang melawat dan sempat menceritakan kisah-kisah lama.
"Arwah Cikgu Man adalah ayah angkat saya semasa saya kecil dulu" katanya.
0 ulasan :
Post a Comment