Selamilah pengalaman ini bersama SAS RIMBA Mangrove Floating Restaurant. Nikmatilah pakej yang di
tawarkannya amat berbaloi, murah, selesa dan menjimatkan.
Pakej BBQ yang
menjanjikan suatu kelainan disamping tiupan angin laut diwaktu malam dan
tengahari serta menyediakan pilihan menu segar seperti ikan
siakap,Jenahak,Udang dan sotong yang boleh anda dapatkan sendiri di salah satu
sangkar ikan yang disediakan oleh pihak Restaurant.
Lokasi Restaurant ini terletak di dalam kawasan mangrove
yang berdekatan dengan Kilim Jetty.
Perjalanan ke Restaurant memerlukan sebuah
bot untuk membawa anda ke restaurant tersebut. Untuk makluman anda tiada jalan
darat ke Restaurant ini, jadi inilah pengalaman yang mungkin tak dapat anda
semua lupakan.
Ketenangan diatas restaurant terapung tersebut tidak dapat anda
alami di lain-lain restaurant yang terdapat di daratan.
Diantara Pakej Menu yang ditawarkan kepada anda semua :
Pakej A
Hidangan untuk 5
orang (5 paxs)
Masakan Ketam Hitam Berlada
Kerabu Campur
Siakap Sushee
Sayur + Udang
Telur Dadar
Nasi
Air Minuman
BBQ pakej
Pakej B
Hidangan untuk 3
orang (3 paxs)
Ikan Siakap dari sangkar berat lebih kurang 1
kg.(pilihan jenis masakan)
Tom yam kepala ikan
Sayuran
Sotong Goreng tepung satu pinggan
Nasi
Air Minuman
Pakej C
Hidangan untuk 4
orang (4 paxs)
2 ekor Ikan Kerapu daripada sangkar berat lebih
kurang 800g seekor
(pilihan jenis masakan yang diminati anda)
Udang fresh masakan Tom Yam
Sayuran
Paprik Ayam
Sotong Goreng Berlada
Nasi
Air Minuman
Sekiranya anda menaiki bot untuk Mangrove Tour anda akan
melalui Restaurant ini jadi bolehlah anda singgah dan menjamu selera disana.
Memang best sekali merasai pengalaman ini.
Sekiranya anda datang untuk jumlah yang banyak melebihi 10
orang pihak restaurant akan memberikan diskaun harga kepada anda.
Jika anda ingin membuat tempahan untuk makan tengahari anda
hendaklah menghubungi pihak restaurant sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum
kerana mereka akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk anda ianya free
saja. Sekiranya anda sudah berada di Jetty Kilim yang perlu cuma call pihak
restaurant dan mereka akan datang terus kepada anda. Perjalanan ke Restaurant
tersebut hanya memakan masa 5-10 minit saja.
Anda Memerlukan Tempat Memancing Yang
Selesa Dan Memuaskan Tanpa Memerlukan Bot?
Jawapannya juga ada di Restaurant ini, pihak restaurant ada
menyediakan pakej memancing di atas sangkar ikan. Ingat bahawa anda bukan
memancing di dalam sangkar ikan tetapi di tepi, depan atau pun disekitar luar
sangkar ikan.
Berikut saya nyatakan
pakej Memancing yang SAS RIMBA tawarkan:
<<<<< 1
Malam (6.00pm – 8.00am) >>>>>
RM 100 per person untuk Dewasa (Adult)
RM 50 per person untuk kanak-kanak diatas umur 5 tahun, bagi
kanak-kanak berumur bawah 5 tahun tiada charge dikenakan.
Pakej ini Termasuk:
Peralatan Memancing
Umpan
Sarapan pagi dan Makan Malam
Bilik Rehat untuk 3 orang juga disediakan
BBQ
Lain-lain perkhidmatan seperti Rod memancing boleh disewa
dengan kadar RM10 sahaja bagi sebatang rod tetapi anda boleh membawa sendiri
rod anda sendiri seberapa banyak pun yang anda suka.
Sekiranya anda berminat untuk menempah pakej ini samaada
untuk menjamu selera atau pun memancing anda bolehlah menghubungi pihak SAS
RIMBA Restaurant untuk pertanyaan lanjut mengenai pakej yang ditawarkan.
Sila Call/Sms :
En. Shukri 012-2828402
Pn. Syikin 012-7022402
0 ulasan :
Post a Comment