Kementerian Dalam Negeri akan melancarkan operasi besar-besaran
bagi membanteras gejala penyalahgunaan dan penanaman daun ketum di seluruh
negara.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu
diambil berikutan penyenaraian daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB)
1952, mulai tiga bulan pertama tahun depan.
Katanya, beliau sendiri menandatangani arahan penyenaraian
terbabit dan menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tujuan pewartaan
tidak lama lagi.
"Berdasarkan peruntukan ADB, ia telah memberikan kuasa kepada
Menteri Dalam Negeri untuk memasukkan bahan-bahan yang diklasifikasikan sebagai
dadah ke dalam jadual akta terbabit.
"Dengan mengambil kira kesan negatif yang timbul, saya telah
bersetuju menyenaraikan ketum, air ketum ataupun bahan-bahan berasaskan ketum
ini di bawah jadual tersebut dan dengan itu diharap proses pembanterasan ketum
secara haram ini akan dilakukan tidak lama lagi.
"Sehubungan itu, kita berharap orang ramai dapat memberikan
kerjasama kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK) untuk membanteras gejala penyalahgunaan ketum ini,'' katanya.
FAKTA
TENTANG DAUN KETUM
Daun pokok ketum terkandung sejenis bahan kimia yang
dipanggil mitraginin yang dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu
ketagihan. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons
(Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu
pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah
susut berat badan, insomnia, anoreksia, bibir menjadi kering, sembelit dan
kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi.
Kesan-kesan penyingkirannya pula adalah simptom-simptom
tarikan seperti mata dan hidung berair, sengal-sengal sendi, mudah marah dan
lemah untuk bekerja.
Admin sarankan supaya mereka yang suka minum ketum
berhentilah bukan apa takut nanti akan didakwa di bawah akta dadah berbahaya
dan dipenjara.
Manatau satu hari nanti lagu KETUM akan diharamkan juga,,apa pun mari kita layan dulu lagi ni,,purhh
0 ulasan :
Post a Comment