Kejadian serangan sakit jantung mendadak terhadap beberapa
mangsa lelaki akhirnya membongkar kegiatan penjualan pelbagai produk kopi
beracun yang dikesan mengandungi kimia berbahaya.
Kewujudan pelbagai produk kopi campuran dihasilkan syarikat
‘hantu’ ini dikesan kian berleluasa apabila ia mudah dibeli dengan harga RM5
sebungkus.
Menyedari bahaya produk kopi campuran ini yang mengandungi
kimia analog sibutramine dan taladafil, Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF)
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melakukan operasi
besar-besaran bagi merampas produk itu di pasaran petang semalam.
Dalam operasi bermula jam 3 petang itu, sepasukan 90 pegawai
CPF diketuai Ketua CPF Kuala Lumpur Asniza Alias menyerbu 23 premis menjual
jamu dan ubat-ubatan tradisional di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman di
sini.
Ketika operasi dilakukan, pegawai CPF mendapati rata-rata
kedai yang diserbu menjual peket kopi jenama Kopi Panggung dan Kopi Jantan
kepada orang ramai.
Paket kopi diharamkan itu digantung di hadapan premis dengan
kebanyakannya mendakwa dicampur herba Tongkat Ali dan pelbagai herba lain.
Penularan produk kopi seharusnya di tapis dahulu sebelum
dikeluarkan kepada pengguna. SUMBER
0 ulasan :
Post a Comment