Saya tidak jangka perkara ini akan berlaku. Malah, tarikh
menunaikan haji sudah ditetapkan pada semalam.
"jika mengikut jadual asal peperiksaan, sudah tentu
saya boleh menunaikan rukun Islam kelima itu dengan tenang.”
Demikian kata murid Sekolah Kebangsaan (SK) Siong, Baling,
Kedah, Siti Naziatul Iffah Yaakub, 12, yang tetap meneruskan hasrat menjadi
tetamu Allah walaupun murid tahun enam seluruh negara kini kegelisahan kerana
terpaksa mengulangi semula peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berikutan
kebocoran soalan.
Jemaah haji termuda itu berkata, walaupun teruja untuk
menunaikan haji bersama ibu dan bapanya dia tetap resah tidak dapat menduduki
peperiksaan ulangan bagi kertas Bahasa Inggeris dan Science, 30 September ini.
Sebelum ini, saya sudah buat persiapan rapi. Tapi, tidak
menjangka masalah ini akan timbul dan semua murid perlu mengulang semula dua
itu.
Sebagai persediaan ke Tanah Suci saya terpaksa membahagikan
masa antara mengulang kaji pelajaran dan mengikuti kursus haji bersama ibu dan
ayah,” katanya.
Dia yang juga anak tunggal dalam keluarga berkata, sebelum
ini pernah menjejakkan kaki ke tanah suci ketika mengerjakan ibadah umrah
bersama ibu dan ayahnya.
Sementara itu, ibunya, Rabiah Harun, 57, berkata, dia dan
suami tidak mempunyai pilihan selain membawa bersama Siti Naziatul Iffah ke
tanah suci walaupun tahu anaknya perlu menduduki semula peperiksaan UPSR.
Sebelum ini dia juga sudah berbincang mengenai perkara itu
bersama guru besar sekolah anaknya, untuk mencari penyelesaian berhubung
masalah dihadapi mereka.
Diharapkan akan ada penyelesaian terbaik bagi masalah ini
selepas kami pulang dari tanah suci kerana saya dan suami risau dengan nasib
Siti Naziatul Iffah. Sebelum ini, dia mendapat keputusan agak cemerlang pada
peperiksaan percubaan.
Siti Naziatul Iffah memperoleh 4A1B. Tapi, apa juga
keputusan selepas ini harap ia membawa kebaikan kepada anak saya dan yakin
kepada ketentuan Allah,” katanya
0 ulasan :
Post a Comment