Seorang rakyat Malaysia yang lebih dikenali sebagai Abu
Muhajir Al-Malizi yang berasal dari Mahang, Kedah telah terbunuh dalam satu
pertempuran di Syria. Abu Muhajir yang merupakan sebahagian daripada pejuang
dari Malaysia menentang Rejim Bashar Al-Assad, telah terbunuh selepas terkena
peluru.
Turut mengalami kecederaan adalah ketua pasukannya, Abu
Lutfi yang mengalami kecederaan pada bahagian kaki.
Berita tentang kematiannya telah dilaporkan oleh rakan-rakan
sepasukannya dari Malaysia menerusi Facebook. Abu Muhajir merupakan antara dua
orang pejuang rakyat Malaysia yang telah terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Basyar.
Campurtangan pelbagai pihak di Syria, khususnya Amerika
Syarikat, Iran, China dan Zionis Israel telah menjadikan bumi Syria sebagai
medan berdarah dengan kemusnahan yang teruk. Bermula daripada gerakan
menggulingkan Bashar Al-Assad lanjutan daripada Arab Spring yang telah
menyaksikan beberapa buah negara Arab seperti Tunisia, Libya, Mesir, dan Iraq
berterusan dalam keadaan kekacauan, perang di Syria juga asalnya kerana
keperluan 'demokrasi' yang kemudian diserapi pula oleh elemen-elemen mazhab.
0 ulasan :
Post a Comment