Kedah dan Selangor berjaya melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia pada hari yang menyaksikan lima pasukan merebut peluang pada hari terakhir persaingan peringkat kumpulan malam tadi.
Selain
dua bekas juara itu, Perak, Terengganu dan Sime Darby turut bersaing dengan
syarat mereka perlu menang ke atas lawan masing-masing.
Namun
pada akhirnya Kedah, yang sebelum perlawanan menghuni tempat ketiga Kumpulan B
mengecewakan pendahulu Perak apabila mengatasi Bos Gaurus 2-0 di Stadium Darul
Aman, Alor Setar.
Gol-gol
skuad Helang Merah diperoleh menerusi Billy Mehmet pada minit ke-74 dan Baddrol
Bakhtiar pada minit ke-77 sekali gus menjuarai Kumpulan B, setelah satu lagi
pasukan pencabar Terengganu seri dengan Sarawak.
Seterusnya pasukan Kedah akan bertemu pasukan dari Pantai
Timur, Kelantan di peringkat suku akhir. Apa yang menarik pada piala Malaysia
2014 kali ini, 3 Pasukan dari Liga Perdana berjaya menjuarai peringkat
kumpulan.
Tahniah untuk team Kedah..... Pihak pengurusan.... Peminat dan
penyokong...serta MB Mukhriz Mahathir... peace yooooo !!
0 ulasan :
Post a Comment