Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah apabila ulamak
tersohor daripada bumi Padang Terap iaitu Tuan Guru Pak Teh Mat telah terpilih
sebagai salah seorang daripada penerima Darjah Setia Diraja Kedah yg membawa
gelaran Dato. Sebenarnya admin mendapat perkhabaran ini pada malam semalam.
Namun atas dasar menghormati pihak bertanggungjawap maka hal ini tidak
dihebahkan . Admin sudah menyediakan slot khas khusus untuk Tuan Guru Pak Teh
Mat ini. Jom kenali ulamak tersohor ini..
Nama sebenar Pak Teh Mat ialah Haji Ahmad bin Haji Muhammad
Nor. Namun di sebelah Padang Terap dan Pokok Sena beliau lebih dikenali sebagai
Pak Teh Mat sahaja. Pak Teh Mat adalah pengasas Sekolah Agama Ahmadiah,Padang
Nyior,Padang Terap,Kedah. Beliau dilahirkan pada malam jumaat 14 Syaaban 1328
bersamaa dengan 14 Mac 1925 di Kampung Bukit Sebelah,Kariah Padang
Gelenggang,Padang Terap. Mendapat pendidikan awal di SekolahKebangsaan Padang
Terap pada tahun 1931 hingga lulus darjah empat pada tahun 1935.
Kemudian beliau meneruskan pengajian beliau di Pondok
Merbok,Bedong Kedah. Di sini beliau berguru kepada Tuan Guru Mursyid DiRaja
Haji Abdurrahman bin Haji Abdullah yg lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji
Abdurrahman Merbok. Pak Teh Mat juga menjadi pelajar terbaik di Pondok Merbok.
Antara pantun Tuan Guru Abdurrahman Merbok yg masih diingati oleh Pak Teh Mat
ialah :
Empat kepoi satu cupak
Empat cupak satu gantang
Tidak betoi ibu bapak
Anak-anak lintang pukang.
Kemudian pada tahun 1940, Pak Teh Mat belajar dengan ulamak
zuhud terkenal iaitu Tuan Guru Haji Saad bin Lebai Awang di Pondok Mogoi
sehingga tahun 1943. Atas saranan gurunya iaitu Tuan Guru Haji Saad, beliau
meneruskan pengajiannya di Pondok Gajah Mati. Di sini beliau berguru dengan
Tuan Guru Pak Chu Him dan Tuan Guru Sheikh Abdul Qadir Al Mandili (guru
pembantu) sehingga tahun 1947. Tuan Guru Pak Chu Him menyarankan agar Pak Teh
Mat melanjutkan pengajiannya di Mekah pula. Takdir Tuhan..ketika itu ayahanda
Pak Teh Mat meninggal dunia akibat sakit tua. Setelah genap 7 hari ayahanda
tercintanya meninggal, Pak Teh Mat mula berangkat ke Mekah bagi mencari ilmu
agama.
Perjalanan ke Mekah pada zaman itu bukannya seperti zaman
sekarang. Pak Teh Mat terpaksa berjalan kaki berkelana meredah hutan belantara
mendaki bukit bukau untuk menuju ke pelabuhan di Pattani,Thailand. daripada
Pattani,Pak Teh Mat akan menaiki kapal laut selama 3 bulan sebelum tiba ke
destinasinya. Pakteh Mat bermukim di Mekah selama 10 tahun. Di Mekah beliau
berguru dengan Syeikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir Al Fathani atau lebih dikenali
sebagai Pak Da Eil yg merupakan pengarang Kitab Bakurah Al Amani. Di Mekah juga
beliau belajar dengan Syeikh Abdul Wadir bin Abdul Muthalib Al Mandili, Sheikh
Daud Kelantan,Syeikh Afnan Al Jawi, Syeikh Sulaiman Al Jawi, Syeikh Zakaria
Bila, Syeikh Hassan Al Masyath,Sayyid Alawi dan lain-lain lagi.
Pak Teh Mat mendirikan rumahtangga dengan anak gurunya
sendiri Pak Chu Him iaitu Hajah Wan Solehah Binti Haji Wan Ibrahim Al-Fattani
(Pak Chu Him) yg diakadkan sendiri oleh Tuan Guru Pak Da Eil di Mekah. Selepas
beliau kembali ke tanahair. Pak Teh Mat telah membuka pondok pengajian di
Padang Nyior,Padang Terap,Kedah di atas tanah seluas 8 relung. Terdapat 180
buah pondok di mana 30 daripadanya adalah pondok pelajar putera,40 pondok lagi
merupakan pondok pelajar puteri dan selebihnya pula adalah pondok bagi warga
tua.
Sebelum ini Pak Teh Mat pernah mendapat pingat PJK sebelum
ini serta pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah dan
Negeri. Malah Pak Teh Mat juga pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru dan
Pendakwah dan dilantik menjadi Guru Taa'mir di surau dan masjid.
Begitulah serba sedikit latar belakang seorang tokoh ulamak
yg disegani iaitu Pak Teh Mat. Bagi admin,Pak Teh Mat merupakan tokoh ulamak
besar Ahli Sunnah Wal Jamaah yg masih lagi hidup. Malah admin juga merasa
berbangga apabila YAB MB Kedah sendiri yg mencadangkan agar Pak Teh Mat ini
dikurniakan darjah kebesaran yg membawa gelaran Dato yg kemudiannya disokong
oleh daripada UMNO Bahagian Padang Terap (bukan individu). Inilh yg kita
mahukan. Ulamak turut sama diberi pengiktirafan terhadap sumbangan mereka
kepada masyarakat selama ini. Gandingan umarak dan ulamak di negeri Kedah
ketika ini pasti akan menghasilkan hasil yg sangat baik di kemudian hari. In
Sya Allah.
0 ulasan :
Post a Comment