Mahkamah mengambil kira beberapa faktor dan kekalkan tempoh
penjara 5 tahun setelah disabitkan bersalah.
Keadaan di Mahkamah, masih lagi terkawal walaupun para
penyokong Anwar yang tidak berapa kerat sedang berkumpul.
FRU sudah bersedia mengawal keadaan dan bersedia membawa
Anwar Ibrahim ke penjara... tak pasti sama ada penjara Sungai Buloh atau
Kajang.
Berikut adalah kronologi sebelum mahkamah membuat keputusan:
1.42 tengahari: Pihak hakim bersetuju untuk membenarkan
Anwar memberikan kenyataan kepada mahkamah. Malangnya, Anwar Ibrahim
menggunakan peluang tersebut untuk menyatakan bahawa ini adalah konspirasi
besar untuk menjatuhkan beliau.
Hakim meminta Anwar Ibrahim untuk berhenti, namun beliau
masih meneruskan insiden itu dengan menuduh mahkamah pula terlibat dengan
konspirasi tersebut.
Hakim mengambil keputusan untuk meninggalkan kamar mahkamah
kerana Anwar Ibrahim gagal untuk mematuhi arahan hakim.
Anwar Ibrahim kemudian menjerit di dalam kamar mahkamah
menyatakan bahawa beliau tidak akan berhenti untuk memperjuangkan nasibnya.
1.40 tengahari: Shafee turut menyatakan bahawa Mahkamah
melakukan kesalahan serius sekiranya meletakkan kesalahan tersebut kurang
daripada 6 tahun. Sepatutnya kesalahan kali kedua ini perlu dihukum dengan
lebih keras dan berpatutan dengan keputusan mahkamah seluruh dunia.
1.34 tengahari: Shafee pula menyatakan bahawa Anwar Ibrahim
perlu mendapat hukuman penjara maksimum 20 tahun tetapi sebatan tidak perlu
kerana faktor usia.
Ini adalah kesalahan yang kedua beliau dan kesan daripada
kes ini memberikan impak kepada mental dan masa depan Saiful Bukhari. Malah kes
Anwar Ibrahim hendak menyaman Saiful Bukhari juga ditarik balik oleh Anwar
sendiri.
Shafee turut merujuk kepada kes Datuk Harun yang sebelum ini
tidak mendapat pengurangan dari pihak mahkamah walaupun beliau merupakan bekas
pemimpin kerajaan.
1.31 tengahari: Gopal menyatakan bahawa tiada alasan yang
cukup untuk memanjangkan hukuman terhadap Anwar Ibrahim berdasarkan fakta kes.
1.18 tengahari: Peguambela Anwar Ibrahim, Gopal Sri Ram
telah memulahkan dengan merayu supaya hukuman Anwar Ibrahim dipendekkan kepada
tempoh 2 tahun sahaja.
Beliau berhujah dengan alasan Anwar Ibrahim bekas pemimpin
kerajaan dan juga merupakan Ketua Pembangkang. Gopal juga menyatakan faktor
usia dan kesihatan Anwar Ibrahim.
0 ulasan :
Post a Comment