Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal
dunia malam ini jam 8.45 malam.
Laporan lewat malam ini menyebut, Nik Abdul Aziz sudahpun
dibawa pulang ke kediamannya dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
Kubang Kerian.
TG Nik Aziz dilaporkan telah dibawa pulang dengan
berbantukan bekalan oxygen.
Sebelum ini anaknya Nik Mohamad Abduh menyatakan tahap
kesihatan ayahnya kini kembali merosot.
“Tahap kesihatan ayahanda menurun selepas jalani rawatan
pada ulsernya semalam."
Bekas menteri besar itu, yang turut mengidap kanser prostat
dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kota Bharu pada 19 Januari
lalu.
Tahap kesihatannya merosot ketika bah besar melanda negeri
itu.
Nik Abduh menyatakan solat jenazah akan diadakan pada jam
10.00 esok pagi di masjid Tok Guru, Pulau Melaka.
Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau
Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.
Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan
Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan
10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.
Hidup beliau sangat sederhana meski bergelar Menteri Besar.
Umum mengetahui, Allahyarham dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kayu
binaan kampung.
0 ulasan :
Post a Comment