LANGKAWI – Seorang warga emas yang bekerja sebagai pemandu
kereta sewa sempat memberikan wang pendapatan terakhir kepada isterinya sebelum
dia menemui maut setelah dihempap dahan pokok ru yang tumbang di Jalan
Persiaran Putra, Kuah di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari, mangsa, Khamis
Jani, 65, dari Kampung Huma, Mukim Air Hangat di sini meninggal dunia di tempat
kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan leher.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat
Perlis, Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, ketika kejadian
mangsa yang memandu van jenis Nissan Vanette sedang dalam perjalanan menghala
ke Jeti Kuah dipercayai untuk menghantar penumpang.
“Bagaimanapun, ketika sampai ke tempat kejadian, van yang
dipandu mangsa telah dihempap sebatang dahan pokok ru yang tiba-tiba tumbang.
“Ekoran itu, bahagian depan van tersebut remuk hingga
menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduknya dan disahkan meninggal dunia di
tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Mayat mangsa dihantar ke hospital Langkawi untuk dibedah siasat dan dibawa balik ke rumah arwah sekejap dan di sembahyangkan di Masjid Kg Padang Lalang kemudian dikebumikan jam 7.00 petang kemarin.
Sehubungan dengan itu, kesesakan jalanraya hanpir 3 km selama 2 jam berakhir apabila pihak bomba menebang ranting pokok dan mengalihkan talian letrik yang melintang jalanraya.
Aliran kenderaan kembali normal setelah kehadiran pihak polis trafik ditempat kejadian.
0 ulasan :
Post a Comment