Sebelum ini, Mahkamah Daerah Solna di Stockholm mendapati Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem Awaluddin, 38, yang juga Pengarah Pelancongan Malaysia di Sweden, bersalah atas tuduhan mencabuli integriti dan mengasari empat anak mereka, Aisyah, 15; Ammar, 12; Adam, 11 dan Arif, tujuh tahun.
DEWAN ORANG RAMAI SG ITAU
Dewan orang ramai Sg Itau telah dibina baru pada tahun 2013 mengantikan bangunan lama yang berusia hampir 50 tahun.
DATARAN JKKK SG ITAU
Dataran Jkkk merupakan aset tetap Jkkk Sg Itau, dibeli pada tahun 2004 seluas 1.5 hektar.
30 September 2014
11:43 AM
Kg Sungai Itau
Selepas merengkok lebih enam bulan di penjara di Sweden atas
kesalahan merotan anaknya, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji,
Shalwati Norshal, 46, akhirnya dibebaskan pada pukul 3.35 petang semalam (waktu
Malaysia).
Adik Shalwati, Shaleena memberitahu, kakaknya yang
dibebaskan lebih awal berbanding tempoh hukuman 14 bulan telah dijemput oleh
beberapa pegawai kedutaan Malaysia di negara berkenaan dan beberapa orang ahli
keluarganya.
“Dia dijadualkan akan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail
Petra di sini bersama suami (Azizul Raheem Awaluddin) pada pukul 7.30 malam
Rabu ini,” katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, empat orang anak Shalwati, Aisyah, 15, Ammar,
13, Adam, 12, dan Arif, 8, nyata teruja apabila masing-masing berpeluang
melepaskan rindu dengan ibu mereka yang terpisah sejak sembilan bulan lalu
melalui panggilan video malam tadi.
Sebelum ini, Mahkamah Daerah Solna di Stockholm mendapati Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem Awaluddin, 38, yang juga Pengarah Pelancongan Malaysia di Sweden, bersalah atas tuduhan mencabuli integriti dan mengasari empat anak mereka, Aisyah, 15; Ammar, 12; Adam, 11 dan Arif, tujuh tahun.
Shalwati dihukum penjara 14 bulan dan diperintah membayar pampasan
SEK67,200 (RM33,909) manakala Azizul dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan
diperintah membayar pampasan SEK36,400 (RM18,367) kepada anak mereka. Azizul dibebaskan 9 Julai lalu.
29 September 2014
4:39 PM
Kg Sungai Itau
BUKIT MERTAJAM, 28 Sept - Seorang penganggur yang
cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik
seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam
(HBM) di sini, awal Ahad.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli
Mohd Noor berkata mangsa, Ooi Sim Guan, 38, mati pada pukul 12.40 pagi ini
selepas kira-kira 36 jam tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital
berkenaan.
"Dalam kejadian pada pukul 2 petang Jumaat lepas,
mangsa telah menahan sebuah lori di tepi jalan di Taman Sejahtera di sini dan
memberitahu pemandu berkenaan dia ingin menumpang ke Bandar Bukit Mertajam.
"Pemandu lori berkenaan yang berusia 33 tahun yang
sedang dalam perjalanan ke Kulim kemudian membenarkan mangsa menaiki lorinya
namun selepas satu kilometer, mangsa memaklumkan ingin turun," katanya
pada sidang akhbar di sini Ahad.
Beliau berkata selepas lelaki itu turun, pemandu lori
berkenaan menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan dalam tempat penyimpanan
barang di bahagian penumpang telah hilang dan dia berpatah balik ke Taman
Sejahtera untuk mencari lelaki terbabit.
"Pemandu lori itu menemui lelaki berkenaan di kawasan
padang berhampiran rumah kedai dan berlaku pertengkaran antara mereka apabila
telefon bimbit yang hilang ditemui bersama mangsa," katanya.
Rusli berkata berlaku pergelutan dan beberapa lelaki yang
berada di kawasan itu turut memukul mangsa dan pada masa yang sama seorang
individu bertindak merakam kejadian tersebut menerusi telefon bimbit yang
kemudiannya memuat naik rakaman itu di laman sosial.
Katanya susulan kejadian itu, polis menahan pemandu lori
terbabit di sini bagi membantu siasatan.
"Kita menghargai tindakan orang awam (yang mahu
menangkap penjenayah), tetapi jangan bertindak sewenang-wenangnya sehingga
melampaui undang-undang. Sepatutnya jika berlaku sebarang kejadian jenayah
tangkap dan serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. -
BERNAMA
28 September 2014
9:06 AM
Kg Sungai Itau
Kg Sungai Itau diberi kepercayaan bagi menguruskan station minuman Ironman 2014 yang berlangsung semalam.
"Sukarelawan ironman sebanyak 30 orang dari kg Sungai Itau dan kg Kilim bersama-sama membantu menjayakan edisi ke-12 kejohanan ironman Langkawi 2014", menurut Hj Maton pengerusi Jkkk Kg Sungai Itau.
"kami mengadakan berbagai sambutan antaranya kompang dan DJ bagi menyambut pelumba yang melalui jalan ini", katanya.
"Sukarelawan ironman sebanyak 30 orang dari kg Sungai Itau dan kg Kilim bersama-sama membantu menjayakan edisi ke-12 kejohanan ironman Langkawi 2014", menurut Hj Maton pengerusi Jkkk Kg Sungai Itau.
"kami mengadakan berbagai sambutan antaranya kompang dan DJ bagi menyambut pelumba yang melalui jalan ini", katanya.
Malaysia Major Events merupakan syarikat yang diberi
tanggungjawab untuk membawa kejohanan Ironman Langkawi kembali diadakan di
pulau legenda ini.
Seramai 1,398 atlet dari 58 buah negara berentap untuk
memburu gelaran juara pada edisi ke-12 Kejohanan Ironman Langkawi 2014 semalam, berbanding 690 orang yang mewakili 41 negara menyertai edisi ke-11 pada
2010, iaitu kali terakhir kejohanan itu diadakan.
Kejohanan itu membabitkan tiga disiplin iaitu berenang
sejauh 3.8 km, berbasikal 180km dan berlari sejauh 42.2km yang menawarkan
hadiah keseluruhan berjumlah US$40,000.
Seramai 40 peserta terbaik kejohanan ini akan melayakkan
diri ke peringkat akhir kejohanan Ironman dunia di Kona, Hawaii tahun hadapan.
Kejohanan Ironman Malaysia Langkawi diperkenalkan pada tahun
2000 dan sejak itu menjadi acara tahunan sehingga 2010. Selepas itu ia tidak
diadakan berikutan penganjur ketika itu berhadapan dengan masalah kewangan.
26 September 2014
9:42 PM
Kg Sungai Itau
Langkawi: Polis sedang mengesan seorang ejen penghantaran
warga New Zealand untuk membantu siasatan berhubung penemuan sebanyak 16 laras
raifal dan lebih 1,500 peluru dalam serbuan di Kampung Belanga Pecah, di sini,
pada Rabu lalu.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, lelaki
berusia 40-an yang pernah menetap di pulau peranginan itu akan ditahan untuk
membantu siasatan apabila tiba di negara ini.
Menurutnya, ini berikutan tiga lelaki termasuk seorang warga
United Kingdom berusia 40-an berkenaan yang ditahan berikutan penemuan senjata
api berkenaan adalah pekerja syarikat ejen penghantaran terbabit.
"Penemuan senjata api milik kapal dagang yang berlabuh
di Langkawi berkenaan kerana disimpan syarikat ejen penghantaran selepas mereka
memohon lesen sementara daripada pihak polis.
"Bagaimanapun, ia dipercayai disalahgunakan dan
melanggar syarat sementara lesen apabila senjata api berkenaan tidak diserahkan
semula kepada kapal dagang terbabit apabila ia meninggalkan Pulau Langkawi.
"Justeru, saya menafikan bahawa penemuan senjata api
berkenaan mempunyai kaitan dengan sebarang aktiviti pengganas, sebaliknya
berlaku disebabkan mereka tidak mematuhi prosedur berikutan senjata api tidak
boleh dibawa ke darat," katanya.
Menurutnya, tiga lelaki yang ditahan berkenaan kini direman
bermula semalam sehingga 1 Oktober depan untuk siasatan lanjut.
"Pada masa sama, kita percaya mereka sudah
menyalahgunakan lesen sementara untuk senjata api sekali gus melanggar syarat
permit berikutan tamat tempoh waktu ditetapkan," katanya. Sumber
Butir-butir tangkapan
B1. Nama: MUTHALAGAN A/L MUNIANDY
No. K/P: 700520-07-5469
Alamat: 12-E, BELANGA PECAH, 07000 LANGKAWI, KEDAH .
KERJA: pemandu lori
B2. Nama : ANDREW FRANCIS MIDDLETON
No. Paspot : 761253958
Jantina : Lelaki
Warganegara : United Kingdom
Tarikh Lahir : 27/03/1970
Keturunan : ENGLISH
Taraf Perkahwinan : Bujang
Alamat : 1316, BLOCK B, 3RD FLOOR, PERDANA BEACH RESORT, JLN
KUALA MUDA, LANGKAWI, KEDAH
B3. Nama : LOO KEAN HWA
No. K/P Baru : 691216025051
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Tarikh Lahir : 16/12/1969
Keturunan : Cina
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Alamat : NO 69 G, TAMAN BUKIT INDAH FASA 2, MUKIM KUAH,
07000 LANGKAWI, KEDAH.
Fakta Kes
Pada 24/09/14 @ 2100rs, D9 IPK dan JSJ IPD Langkawi telah
tangkap 1/L/I (B1) di rumah beralamat 12-E, Belanga Pecah, Langkawi, Kedah
Tangkapan:
Nama: Muthalagan A/L Muniandy
No.Kp: 700520-07-5469
# Rampasan
- 1 rifle G.3 P.O.F/81
- 1 shotgun RXP
- 5 rifle 7.62 mm L.I.A.I
- 5 rifle Benelli Armi
- 3 rifle (tiada jenama)
- 390 butir peluru (Barnaul)
- 1160 butir peluru 7.62 x 51
- 29 butir peluru Cheddite
Keseluruhan: 15 rifle, 1 shotgun, 1579 butir pelbagai jenis
peluru.
Klasifikasi: kes di siasat di bwh Sek 7(1) Akta Senjatapi
(PLB) 1971 dan Sek 8(a) Akta Senjata 1960. fb
24 September 2014
2:33 PM
Kg Sungai Itau
NEW DELHI: Malang bagi seorang remaja apabila berdepan
detik-detik tragis setelah beliau maut dibaham oleh seekor harimau putih di
sini semalam, lapor portal berita antarabangsa AFP.
Harimau putih itu dikatakan telah menyerang dan membunuh
remaja lelaki yang dipercayai samada terjatuh atau melompat ke dalam sebuah
kandang yang menempatkan haiwan tersebut disebuah zoo, di negara itu.
23 September 2014
10:10 AM
Kg Sungai Itau
Mohamed Azmin Ali, yang mengisi jawatan menteri besar
Selangor ke-15 hari ini adalah ahli politik yang paling lantang mengkritik
pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dianggapnya lemah
dan tidak cekap.
Kritikan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu
sehingga sampai ke tahap beliau mendesak supaya Khalid dipecat daripada
jawatannya.
Azmin, 50, juga merupakan antara pemimpin Pakatan Rakyat
(PR) yang membantah keras pelantikan semula Khalid sebagai menteri besar
selepas gabungan longgar parti PAS, DAP dan PKR itu berjaya mengekalkan kuasa
di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tahun lepas.
Kedua-dua pemimpin itu dilihat tidak sehaluan dalam banyak
perkara terutama yang membabitkan pentadbiran negeri serta parti dan
perseteruan antara mereka mencetuskan pergolakan dalam kepimpinan PKR serta
penyokong masing-masing.
Krisis antara Azmin dan Khalid memuncak apabila Azmin
digugurkan daripada senarai ahli lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri
Selangor (PKNS) pada 4 Disember tahun lepas, yang menurut beliau merupakan
perancangan kem Khalid untuk mengurangkan pengaruhnya.
Permusuhan itu berlanjutan apabila Khalid memutuskan untuk
menentang Azmin dalam pemilihan timbalan presiden PKR tetapi persaingan itu
berakhir apabila Khalid dipecat daripada parti pada 9 Ogos lepas.
Pagi ini, Azmin secara rasminya menggantikan Khalid, menteri
besar Selangor sejak 2008.
Kini tiba masanya Azmin untuk membuktikan kritikannya selama
ini ke atas Khalid adalah berasas dan perlu mempamerkan kepimpinan yang lebih
baik.
21 September 2014
10:03 AM
Kg Sungai Itau
LANGKAWI - Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari semalam,
sepasukan anggota dan pegawai polis Bukit Aman serta Pasukan Polis Marin (PPM)
menyerbu kapal mewah berkenaan selepas menerima maklumat suspek memiliki
senjata api.
Suspek lelaki yang juga warga Afrika Selatan berusia 43 tahun
manakala wanita warga Thailand berusia 30-an dikatakan berada di Malaysia sejak
beberapa minggu lalu dan melabuhkan kapal mewah itu di jeti pulau berkenaan
untuk melancong.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pemeriksaan
menemui raifal serta peluru disimpan di bahagian enjin kapal berkenaan.
“Kami juga mendapati, pemilik kapal mewah berkenaan yang
juga warga Afrika Selatan itu tidak memiliki dokumen pengesahan untuk menyimpan
senjata api berkenaan.
“Siasatan awal mendapati suspek menjadikan kapal mewah
miliknya sebagai tempat menyimpan senjata api dan peluru oleh pemilik kapal
lain yang berlabuh di situ,” katanya pada sidang media selepas merasmikan
Majlis Penutup Kawad Senjata Piala Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Kedah, semalam.
Beliau berkata, kedua-dua suspek direman seminggu bagi
membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 7 (1) Akta Senjata Api
(penalti lebih berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur
hidup dan sebatan tidak kurang enam kali jika sabit kesalahan.
Kes juga disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,
sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak lebihi
RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
“Kami juga masih menyiasat sama ada kedua-dua suspek anggota
kumpulan jenayah atau sebaliknya. Siasatan awal mendapati senjata api terbabit
diperoleh dari negara lain untuk tujuan tertentu,” katanya.
17 September 2014
3:18 PM
Kg Sungai Itau
LANGKAWI - Perarakan Hari Malaysia peringkat Parlimen Langkawi diadakan dihadapan Dataran Marble Kuah, Langkawi. Perarakan bermula tepat jam 8.30 pagi, bermula di hadapan lampu isyarat ARIS Motel.
"Sambutan kali ini amat memberangsangkan dan mendapat sambutan hebat, lebih kurang 40 pasukan dan hampir 500 orang peserta mengambil bahagian dalam perarakan tersebut", En Ahmad Fauzi Chik pengerusi sambutan Hari Malaysia peringkat Parlimen Langkawi.
Antara tetamu yang hadir ialah YB Dato Ir Nawawi Ahmad, YB Norsaidi Nayan, Hj Mohd Fauzi (pegawai Daerah langkawi), ketua-ketua jabatan, Ajk Umno bahagian dan komponen BN.
Gimik sambutan ialah penyerahan jalur gemilang yang diterbangkan oleh Langkawi Helicopter Tours dan dibawa oleh sdr Ahmad Marzuki , ketua pemuda Umno bahagian dan Cik Ummi Kalsom, ketua putri Umno bahagian Langkawi.
Acara dimulakan dengan bacaan ikrar oleh tiga kaum dan ucapan YB Dato Ir Nawawi selaku Ahli Parlimen Langkawi.
"Kita perlu bersatu padu demi menjaga keamanan negara kita", katanya dalam ucapan tersebut.
Penutup sambutan diumumkan pasukan yang menjadi johan dalam pertandingan perarakan tersebut. LADA antara pasukan yang terbaik, tahniah buat semua yang mengambil bahagian dalam perarakan tersebut.
"Sambutan kali ini amat memberangsangkan dan mendapat sambutan hebat, lebih kurang 40 pasukan dan hampir 500 orang peserta mengambil bahagian dalam perarakan tersebut", En Ahmad Fauzi Chik pengerusi sambutan Hari Malaysia peringkat Parlimen Langkawi.
Antara tetamu yang hadir ialah YB Dato Ir Nawawi Ahmad, YB Norsaidi Nayan, Hj Mohd Fauzi (pegawai Daerah langkawi), ketua-ketua jabatan, Ajk Umno bahagian dan komponen BN.
Gimik sambutan ialah penyerahan jalur gemilang yang diterbangkan oleh Langkawi Helicopter Tours dan dibawa oleh sdr Ahmad Marzuki , ketua pemuda Umno bahagian dan Cik Ummi Kalsom, ketua putri Umno bahagian Langkawi.
Acara dimulakan dengan bacaan ikrar oleh tiga kaum dan ucapan YB Dato Ir Nawawi selaku Ahli Parlimen Langkawi.
"Kita perlu bersatu padu demi menjaga keamanan negara kita", katanya dalam ucapan tersebut.
Penutup sambutan diumumkan pasukan yang menjadi johan dalam pertandingan perarakan tersebut. LADA antara pasukan yang terbaik, tahniah buat semua yang mengambil bahagian dalam perarakan tersebut.
16 September 2014
15 September 2014
1:18 PM
Kg Sungai Itau
LANGKAWI - Usaha kerajaan untuk memperluaskan kemampuan
jalur lebar negara membuahkan hasil yang amat positif apabila kadar
penembusannya kini adalah lebih 67 peratus, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata pada 2009, kadar penembusan jalur
lebar di Malaysia adalah 31.7 peratus dan angka terbaharu bagi tahun ini
sebanyak 67.1 peratus.
"Hanya 7.9 peratus lagi untuk sampai 75 peratus sasaran
menjelang 2015,"katanya ketika merasmikan Inisiatif Pemerkasaan Komunikasi
Langkawi dan Karnival Jalur Lebar 1Malaysia di Mahsuri International Exhibition
Centre (MIEC) di sini, semalam.
Najib menjelaskan pembangunan sesebuah negara dan kemudahan
telekomunikasi saling berkaitan dan kadar penembusan jalur lebar di Malaysia
kini meningkat berkali ganda.
"Perkaitan antara pembangunan dan telekomunikasi adalah
seperti enjin dan jentera. Pembangunan membawa kita ke destinasi seperti
jentera manakala teknologi memacu pembangunan negara seperti enjin.
1:02 PM
Kg Sungai Itau
LANGKAWI: FELDA akan membina rumah pasang siap sebagai rumah
mampu milik untuk generasi kedua kerana langkah itu lebih cepat dan murah, kata
Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Samad.
"Rumah pasang siap ini ada beberapa model dan kita akan
pilih model yang sesuai berdasarkan keluasan tanah. Paling lewat kita boleh
laksana Januari tahun depan dan kita juga mampu bina lebih 4,000 unit
setahun," katanya kepada pemberita, di sini malam tadi.
Mohd Isa berkata, pada masa ini terdapat kira-kira 40,000
generasi kedua FELDA yang berkeluarga dan tidak berminat keluar dari tanah
rancangan serta masih menumpang di rumah ibu bapa.
Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung
ketiga Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), diminta mengulas mengenai Belanjawan
2013 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen
semalam.
Menerusi belanjawan itu, FELDA antara lain diberi
tanggungjawab membina 20,000 unit rumah untuk generasi baharu dalam tempoh lima
tahun dan diperuntuk RM60 juta bagi membaiki rumah tradisi di bawah program
'Kasih Felda'.
Mengenai program 'Kasih Felda', Mohd Isa berkata, sebanyak
100 unit rumah telah siap diperbaiki dan lebih 600 lagi dalam proses untuk
dilaksanakan.
Katanya, FELDA membelanjakan lebih RM650 juta kepada
peneroka menerusi pinjaman sehingga RM40,000 masing-masing, bagi membina atau
membaiki rumah.
Mohd Isa juga yakin FELDA berupaya melaksanakan
tanggungjawab yang diberi kerajaan menerusi Belanjawan 2013.
Mengenai MBFM, beliau berkata, badan itu merupakan
pertubuhan belia paling aktif dan berjaya di negara ini.
Mesyuarat itu dihadiri 180 perwakilan dari 317 rancangan
FELDA seluruh negara dan antara agenda ialah memilih jawatankuasa baharu bagi
penggal 2012/2014. - BERNAMA
14 September 2014
11:09 AM
Kg Sungai Itau
Saya tidak jangka perkara ini akan berlaku. Malah, tarikh
menunaikan haji sudah ditetapkan pada semalam.
"jika mengikut jadual asal peperiksaan, sudah tentu
saya boleh menunaikan rukun Islam kelima itu dengan tenang.”
Demikian kata murid Sekolah Kebangsaan (SK) Siong, Baling,
Kedah, Siti Naziatul Iffah Yaakub, 12, yang tetap meneruskan hasrat menjadi
tetamu Allah walaupun murid tahun enam seluruh negara kini kegelisahan kerana
terpaksa mengulangi semula peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berikutan
kebocoran soalan.
Jemaah haji termuda itu berkata, walaupun teruja untuk
menunaikan haji bersama ibu dan bapanya dia tetap resah tidak dapat menduduki
peperiksaan ulangan bagi kertas Bahasa Inggeris dan Science, 30 September ini.
Sebelum ini, saya sudah buat persiapan rapi. Tapi, tidak
menjangka masalah ini akan timbul dan semua murid perlu mengulang semula dua
itu.
Sebagai persediaan ke Tanah Suci saya terpaksa membahagikan
masa antara mengulang kaji pelajaran dan mengikuti kursus haji bersama ibu dan
ayah,” katanya.
Dia yang juga anak tunggal dalam keluarga berkata, sebelum
ini pernah menjejakkan kaki ke tanah suci ketika mengerjakan ibadah umrah
bersama ibu dan ayahnya.
Sementara itu, ibunya, Rabiah Harun, 57, berkata, dia dan
suami tidak mempunyai pilihan selain membawa bersama Siti Naziatul Iffah ke
tanah suci walaupun tahu anaknya perlu menduduki semula peperiksaan UPSR.
Sebelum ini dia juga sudah berbincang mengenai perkara itu
bersama guru besar sekolah anaknya, untuk mencari penyelesaian berhubung
masalah dihadapi mereka.
Diharapkan akan ada penyelesaian terbaik bagi masalah ini
selepas kami pulang dari tanah suci kerana saya dan suami risau dengan nasib
Siti Naziatul Iffah. Sebelum ini, dia mendapat keputusan agak cemerlang pada
peperiksaan percubaan.
Siti Naziatul Iffah memperoleh 4A1B. Tapi, apa juga
keputusan selepas ini harap ia membawa kebaikan kepada anak saya dan yakin
kepada ketentuan Allah,” katanya
11 September 2014
10:10 AM
Kg Sungai Itau
KUALA LUMPUR: Kertas Matematik 1 bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) juga dipercayai telah bocor dan tersebar kepada umum sebelum lebih 400,000 calon peperiksaan awam itu menjawab kertas berkenaan pagi Rabu.
Seorang guru yang menghubungi Astro AWANI mendakwa menerima
foto soalan-soalan dalam kertas berkenaan bersama jawapannya melalui WhatsApp
pada pukul 7.40 pagi. Ujian Matematik Kertas 1 bermula pada pukul 8.15 pagi.
Guru itu yang enggan identitinya didedahkan menambah
beberapa orang rakannya menerima soalan berkenaan lebih awal, sesetengahnya
sejak petang Selasa.
"Soalan (Matematik) yang saya lihat (melalui WhatsApp)
itu sama dengan apa yang keluar," katanya.
Menurut guru itu lagi, soalan bocor itu disebarkan dalam
kalangan guru melalui aplikasi pesanan mudah alih tersebut.
Astro AWANI menunjukkan foto soalan-soalan Matematik Kertas
1 itu kepada calon yang menduduki peperiksaan tersebut. Mereka mengesahkan
soalan-soalan tersebut sama dengan yang kertas soalan yang mereka terima.
Lembaga Peperiksaan ketika diminta mengulas enggan memberi
sebarang kenyataan.
Lembaga Peperiksaan pada petang Rabu mengumumkan penangguhan
peperiksaan UPSR bagi kertas Sains untuk ketiga-tiga sekolah kebangsaan dan
sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil selepas mendapati soalan bagi kertas
itu bocor.
Peperiksaan bagi kertas Sains dijadualkan pada Khamis pukul
8.15 pagi, tetapi kini ditangguhkan kepada tarikh baru pada 30 September iaitu
selepas cuti penggal persekolahan.
Menurut Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr. Na'imah Ishak
siasatan awal pihaknya mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan
tersebut telah tersebar menerusi media sosial.
"Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak
berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan
undang-undang," katanya.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan
Sri Muhyiddin Yassin dalam reaksinya meminta maaf kepada semua calon UPSR dan
ibu bapa berhubung penangguhan itu.
Beliau berharap penangguhan itu tidak mengganggu tumpuan
calon yang terpaksa menunggu sehingga selepas cuti sekolah ini untuk menduduki
peperiksaan berkenaan.
Sekolah akan bercuti selama seminggu bermula Jumaat ini,
sehari selepas UPSR selesai.
Sumber: Astro AWANI
10 September 2014
4:20 PM
Kg Sungai Itau
Karnival yang julung kali diadakan ini akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah:-
Pameran & Jualan Cyber
Pertandingan Karoeke
Pertandingan Mewarna
Permainan Komputer Online
Permainan Konsol
Bengkel ICT
Bengkel Menciipta Apilikasi Telefon
Pendaftaran Online PRIMA (Perumahan Rakyat 1 Malaysia)
Tidak ketinggalan juga, cabutan bertuah dan persembahan istimewa dari
artis terkemuka tanah air, Black dan Tomok serta Maskot Boboi Boy turut
akan memeriahkan lagi carnival. Karnival akan bermula pada jam 10 pagi
sehingga 7 malam.
Semua dijemput hadir !!!!
Masuk adalah percuma…
Semua dijemput hadir !!!!
Masuk adalah percuma…
12:02 PM
Kg Sungai Itau
Seorang rakyat Malaysia yang lebih dikenali sebagai Abu
Muhajir Al-Malizi yang berasal dari Mahang, Kedah telah terbunuh dalam satu
pertempuran di Syria. Abu Muhajir yang merupakan sebahagian daripada pejuang
dari Malaysia menentang Rejim Bashar Al-Assad, telah terbunuh selepas terkena
peluru.
Turut mengalami kecederaan adalah ketua pasukannya, Abu
Lutfi yang mengalami kecederaan pada bahagian kaki.
Berita tentang kematiannya telah dilaporkan oleh rakan-rakan
sepasukannya dari Malaysia menerusi Facebook. Abu Muhajir merupakan antara dua
orang pejuang rakyat Malaysia yang telah terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Basyar.
Campurtangan pelbagai pihak di Syria, khususnya Amerika
Syarikat, Iran, China dan Zionis Israel telah menjadikan bumi Syria sebagai
medan berdarah dengan kemusnahan yang teruk. Bermula daripada gerakan
menggulingkan Bashar Al-Assad lanjutan daripada Arab Spring yang telah
menyaksikan beberapa buah negara Arab seperti Tunisia, Libya, Mesir, dan Iraq
berterusan dalam keadaan kekacauan, perang di Syria juga asalnya kerana
keperluan 'demokrasi' yang kemudian diserapi pula oleh elemen-elemen mazhab.
09 September 2014
5:00 PM
Kg Sungai Itau
該瀑布被認為是由當地人大的野餐地點,被認為是島內“三最簡單的”瀑布參觀。我想這是因為島上的其他瀑布需要大量的登山和徒步旅行去了。
這個宏偉的14層榴蓮Perangin瀑布,從瀑布的Gunung Raya的山坡下來的水,是其中的當地人野餐等戶外休閒活動的地方非常受歡迎。瀑布的每一層都有自己的獨特性,使不同的涼爽清澈的游泳池從休息站出來。
低地龍腦香森林是極其豐富的動植物,這是一個吸引自己的品種多樣。有人在這裡發現的植物種類,包括熱帶硬木樹和藤蔓類Melunak,柳桉,柳桉Jerit,美拉坡,Periang,藤條,Rengas和Temak。
Air terjun ini dianggap sebagai tempat perkelahan yang besar oleh penduduk tempatan dan dianggap sebagai "ketiga paling mudah" air terjun di pulau itu untuk melawat. Saya rasa ia adalah kerana air terjun yang lain di pulau itu memerlukan banyak mendaki dan trekking untuk sampai ke.
Air ini megah 14 peringkat air terjun Durian Perangin lata turun dari lereng Gunung Raya dan amat popular di kalangan penduduk tempatan sebagai tempat untuk berkelah dan aktiviti rekreasi lain luar. Setiap peringkat air terjun yang mempunyai keunikan sendiri yang membuat kolam yang jernih sejuk yang berbeza menonjol dari yang lain.
Hutan tanah rendah dipterokap amat kaya dengan pelbagai pelbagai flora dan fauna yang daya tarikan sendiri. Beberapa spesies tumbuhan di sini termasuk pokok-pokok kayu keras tropika dan anggur seperti Melunak, Meranti, Meranti Jerit, Merapoh, Periang, Rotan, Rengas dan Temak.
This waterfall is considered a great picnic spot by the locals and is regarded as the “third easiest” waterfall on the island to visit. I guess it’s because the other waterfalls on the island require a lot of climbing and trekking to get to.
The water of this magnificent 14 tier Durian Perangin Waterfall cascades down from the slopes of Gunung Raya and is extremely popular among the locals as a place for picnics and other outdoor recreational activities. Each tier of the waterfall has its own uniqueness that makes the different cool crystal-clear pools stand out from the rest.
The lowland dipterocarp forest is extremely rich with a diverse variety of fauna and flora that are an attraction by themselves. Some of the plant species found here include tropical hardwood trees and vines like Melunak, Meranti, Meranti Jerit, Merapoh, Periang, Rattans, Rengas and Temak.The water of this magnificent 14 tier Durian Perangin Waterfall cascades down from the slopes of Gunung Raya and is extremely popular among the locals as a place for picnics and other outdoor recreational activities. Each tier of the waterfall has its own uniqueness that makes the different cool crystal-clear pools stand out from the rest.
இந்த நீர்வீழ்ச்சி உள்ளூர் ஒரு பெரிய சுற்றுலாத்தளம் கருதப்படுகிறது மற்றும் வருகை தீவில் "மூன்றாம் எளிதான" நீர்வீழ்ச்சி கருதப்படுகிறது. நான் தீவில் மற்ற அருவிகளில் ஏறும் மற்றும் பெற ட்ரெக்கிங் நிறைய தேவைப்படும், ஏனெனில் அது தான் நினைக்கிறேன்.
கீழே வைக்கப்பட்டது சரிவுகளில் இருந்து இந்த அற்புதமான 14 அடுக்கு முள்நாரிப்பழம் Perangin நீர்வீழ்ச்சி அருவிகள் தண்ணீர் மற்றும் சுற்றுலா மற்றும் பிற வெளிப்புற பொழுதுபோக்கு நடவடிக்கைகள் ஒரு இடத்தில் உள்ளூர் மத்தியில் மிகவும் பிரபலமாக உள்ளது. நீர்வீழ்ச்சி ஒவ்வொரு அடுக்கு வெவ்வேறு குளிர் படிக தெளிவான குளங்கள் மீதமுள்ள இருந்து வெளியே நிற்க செய்கிறது என்று அதன் சொந்த தனித்தன்மையை உள்ளது.
தாழ்நில dipterocarp காட்டில் தங்களை ஒரு ஈர்ப்பு இருக்கும் என்று விலங்கு மற்றும் தாவரங்கள் ஒரு மாறுபட்ட பல்வேறு மிகவும் வசதியான. இங்கே காணப்படும் தாவர இனங்கள் சில Melunak, Meranti, Meranti Jerit, Merapoh, Periang, Rattans, Rengas மற்றும் Temak போன்ற வெப்பமண்டல கடின மரங்கள் மற்றும் கொடிகள் ஆகியவை அடங்கும்.
ويعتبر هذا الشلال بقعة نزهة كبيرة من قبل السكان المحليين ويعتبر باسم "الثلث أسهل" شلال في جزيرة لزيارة. اعتقد انه بسبب الشلالات الأخرى في الجزيرة تتطلب الكثير من التسلق والمشي للوصول الى.
مياه هذه الطبقة الرائعة 14 دوريان Perangin شلال شلالات أسفل من سفوح جونونج راية وتحظى بشعبية كبيرة بين السكان المحليين كمكان للنزهات والأنشطة الترفيهية في الهواء الطلق الأخرى. كل الطبقة من الشلال ديها تفرده الخاص الذي يجعل برك واضحة باردة مختلفة تبرز من بقية.
غابات الأراضي المنخفضة dipterocarp غنية للغاية مع مجموعة متنوعة متنوعة من الحيوانات والنباتات التي هي عامل جذب في حد ذاتها. بعض الأنواع النباتية الموجودة هنا تشمل أشجار الأخشاب الصلبة الاستوائية والكروم مثل Melunak، ميرانتي، ميرانتي Jerit، Merapoh، Periang، الروطان، Rengas وTemak.
8:17 AM
Kg Sungai Itau
Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi,
berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan
Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal
Azilin Muadzam Shah (1797-1803) di Kedah, yang mana pada waktu itu, ibu bapa
Mahsuri yang bernama Pandak Mayah dan Endak Alang baru saja berhijrah ke
Langkawi dari Selatan Thailand, demi mencari masa depan yang lebih baik.
Kelahiran Mahsuri itu sendiri disulami dengan keajaiban
apabila dikatakan sebenarnya Pandak Mayah dan Endak Alang tidak mempunyai anak
walaupun telah lama berkahwin. Namun pada suatu hari, Pandak Mayah menemui
kerak nasi yang mengeluarkan bunyi seakan bayi menangis sewaktu berehat setelah
mengerjakan sawah. Kerak nasi tersebut dicampur sedikit dengan nasi yang
ditanak, dan untuk berberapa lama, akhirnya Endak Alang hamil. Dan sewaktu
Mahsuri dilahirkan dikatakan padi menguning seakan emas yang berkilauan.
Kehadiran Mahsuri dalam kehidupan pasangan miskin itu membuka pintu rezeki yang
luas apabila Pandak Mayah menemui lubuk kemenyan dan juga sarang burung
layang-layang, yang kemudiannya menjualnya kepada pedagang-pedagang Cina dari
Pulau Pinang. Sejak dari itu kehidupan tiga beranak itu berubah dan Pandak
Mayah mula digelar Orang Kaya Pandak Mayah.
Mahsuri dididik dengan segala nilai seorang gadis melayu
sejati, pelajaran agama yang cukup serta dikatakan juga Mahsuri diajar bersilat
demi mempertahankan diri. Akhirnya Mahsuri membesar sebagai seorang dara
pingitan yang menjadi sebutan dan rebutan kerana sifatnya dan tentunya
kejelitaannya yang dikatakan cukup luar biasa. Kemahsyuran Mahsuri bukan
setakat terbendung di Kampung Mawat dan Mukim Ulu Melaka-tempat tinggalnya,
malah seluruh Pulau Langkawi. Namun selain dari kemahsyuran yang disebut orang,
sedikit sebanyak membuahkan rasa iri hati terutamanya di kalangan kaum wanita,
yang tidak senang melihat kebanyakan lelaki memuji-muji Mahsuri.
Ini termasuklah Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya, Penghulu
Langkawi iaitu wakil Sultan Kedah di Langkawi. Dan pastinya mengundang rasa
resah yang meluap-luap dari isterinya, Wan Mahora. Rasa amarah membara apabila
Wan Mahora mendapat tahu yang suaminya menyimpan hasrat untuk memperisterikan
Mahsuri sebagai isteri kedua. Namun, Wan Darus, adik lelaki tunggal Wan Yahya
juga menyimpan hasrat untuk memperisterikan Mahsuri. Demi mengelakkan rumah
tangganya goyah, memandangkan Wan Yahya adalah pembesar di pulau itu, Wan Yahya
merestui akan niat Wan Darus, walaupun dalam diam Wan Yahya masih menyimpan
keinginan terhadap Mahsuri.
Majlis perkahwinan berlangsung dengan secara besar-besaran
dan penuh meriah. Wan Mahora menerima Mahsuri sebagai iparnya walau pun jauh
disudut hati, cemburu masih ada. Maka, bermulalah kehidupan Mahsuri sebagi
isteri kepada Wan Darus dan dalam pada masa yang sama menyebabkan kekecewaan di
hati kebanyakan lelaki yang gagal memilikinya, dan juga wanita, tentunya kerana
kejelitaan yang dimiliki Mahsuri dan bersuamikan Wan Darus, yang dikatakan juga
seorang pahlawan yang gagah perkasa serta tak kurang tampannya.
Namun dalam pada masa yang sama hubungan Kedah dan Siam
bertambah keruh. Siam mula menakluki utara Kedah, menyebabkan perang berlaku.
Baginda Sultan memerintahkan tentera dikerah dari setiap ceruk rantau negeri
Kedah demi mempertahankan negeri. Dan dalam pada masa yang sama Mahsuri sedang
hamil anak yang sulung. Datuk Pekerma Jaya memeperintahkan orang-orang Langkawi
dikumpulkan untuk membantu tentera Kedah yang sedang berperang dan ini
termasuklah Wan Darus.
Dengan hati yang berat Mahsuri terpaksa melepaskan suaminya
yang tercinta pergi, tambahan pula Mahsuri seperti dapat merasakan yang beliau
seperti tidak akan dpat berjumpa suaminya lagi. Untuk menghilangkan rasa rindu
terhadap suami, Mahsuri berpindah ke rumah ibu bapanya, tambahan pula beliau
sedang sarat mengandung. Setelah cukup sembilan bulan sepuluh hari, maka
lahirlah tanda cinta antara Mahsuri dan Wan Darus, seorang bayi lelaki yang
dinamakan Wan Hakim.
Namun, langit tidak selalunya cerah. Kedamaian hidup Mahsuri
bakal berubah apabila seorang pendatang tiba berlabuh di pantai Langkawi,
seorang lelaki muda bernama Deramang. Deramang dikatakan berasal dari sebuah
tempat bernama Batu Bara di Acheh. Beliau mendapat perhatian oleh ayah Mahsuri,
Pandak Mayah dan beliau ditawarkan bekerja untuknya membantu bercucuk tanam dan
bertani. Namun selain dari rajin dan gigih, Deramang memiliki bakat semulajadi
yang luar biasa iaitu kebolehan berdendang dan bersyair. Kebolehannya itu
menarik perhatian penduduk setempat berkumpul dirumah Pandak Mayah hampir
setiap malam, dan dengan ini menaikkan nama Mahsuri sekeluarga.
Kemahsyuran melimpah ruah yang diperolehi oleh Mahsuri itu
ternyata tidak disenangi sesetengah orang, yang tentunya iparnya sendiri, Wan
Mahora yang telah sekian lama menyimpan rasa dendam dihati. Tambahan pula
kedudukannya sebagai isteri pembesar mula dilupakan orang, berbanding iparnya
sendiri, Mahsuri. Iri hati yang telah lama tersimpan bertukar menjadi luka yang
bernanah dan Wan Mahora mengambil keputusan, sampai masa Mahsuri harus menerima
balasan! Sesuatu rancangan sedang bercambah dalam pemikirannya...
Wan Mahora memerhatikan keakraban Mahsuri dan Deramang dan
disitu, beliau melihatnya sebagai peluang yang tak patut dilepaskan. Isteri
pembesar itu membisikkan kata-kata racun kepada suaminya Datuk Pekerma Jaya Wan
Yahya. Pada mulanya Wan Yahya tidak mengendahkan tapi apabila sudah tidak mampu
menahan asakan, Wan Yahya bertindak untuk memerhatikan tindak-tanduk Mahsuri.
Rancangan Wan Mahora berhasil apabila kebetulan suatu hari Deramang dilihat
naik ke rumah Mahsuri yang tanpa disedari Deramang hanya diminta untuk menjaga
anak Mahsuri, Wan Hakim, sementara Mahsuri berada di bendang. Lantas, Datuk
Pekerma Jaya memerintahkan orang-orangnya, diketuai oleh Panglima Hitam,
menangkap Mahsuri. Mahsuri diseret ke Balai Adat di sebuah tempat bernama
Padang Mat Sirat untuk diadili bersama-sama Deramang. Dan tanpa diberi peluang
untuk membela diri, Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh! Wan Mahora
dalam diam tersenyum puas...
Pandak Mayah dan Endak Alang terperanjat dengan apa yang
dikhabarkan orang mengenai anaknya lantas bergegas menuju ke Padang Mat Sirat
demi membela Mahsuri. Pandak Mayah menawarkan segala emas, kerbau dan segala
harta kekayaannya demi nyawa puteri tunggalnya namun ditolak mentah oleh Datuk
Pekerma Jaya, dengan alasan, dosa yang dilakukan Mahsuri-bermukah dan melakukan
hubungan sulit dengan lelaki lain tidak dapat diampunkan. Mahsuri dibawa
ketempat hukuman dan diikat di sebatang pokok. Deramang cuba menentang namun
berjaya dia dibunuh oleh orang-orang Datuk Pekerma. Dan kini tiba masa giliran
Mahsuri.
Tempat hukuman tersebut dipenuhi oleh orang kampung yang
ingin menyaksikan hukuman yang bakal diterima oleh Mahsuri. Pandak Mayah dan
Endak Alang masih belum putus asa masih terus cuba merayu dari Datuk Pekerma
dan Wan Mahora demi nyawa Mahsuri dan anaknya yang baru berusia dua bulan dan
masih menyusu. Namun langsung tidak mendapat simpati dari pembesar itu.
Padanya, aib yang dilakukan Mahsuri terlalu besar dan memalukannya sebagai ipar
kepada Mahsuri. Sebatang tombak ditikam ke badan Mahsuri tapi dengan kuasa
Allah, amat mengejutkan semua mereka yang berada ditempat hukuman, tombak
tersebut langsung tidak dapat menembusi malah melukakan tubuhnya! Keadaan ini
memaksa pertanda menikam Mahsuri bertubi-tubi. Ini menjadikan keadaan bertambah
kalut, dan pastinya mencemaskan Wan Mahora, seandainya peristiwa aneh ini akan
dapat membuktikan yang Mahsuri tidak bersalah pastinya akan mengundang aib
kepadanya. Lantas Wan Mahora menyeksa Mahsuri demi memberitahunya akan rahsia
bagaimana hendak membunuh Mahsuri.
Mahsuri yang terlalu lemah dan tidak bermaya sudah tidak
mampu menahan seksaan dari Datuk Pekerma dan Wan Mahora, lantas dengan berat
hati yang teramat sangat terpaksa memberitahu akan sebuah rahsia keluarga yang
telah lama terpendam. Seorang utusan dititahkan bergegas ke Kampung Mawat,
untuk mendapatkan sebilah keris pusaka keluarga Pandak Mayah yang didakwa
Mahsuri, satu-satunya senjata yang dapat memutuskan nyawanya. Tanpa membuang
masa apabila keris itu berjaya diperolehi, Datuk Pekerma sendiri mengambilnya
dan menikam Mahsuri! Tikamannya menembusi rusuk kiri dan buah dada Mahsuri.
Dalam keadaan lemah dan tidak bermaya, menantikan nyawa melepasi
kerongkongnya...Mahsuri melafazkan kata-kata yang bakal diingati sepanjang
zaman...
" Ya Allah, Ya Tuhan Yang Maha Melihat Segalanya, aku
redha akan matiku jika benar aku bersalah tapi jika benar aku
dianiaya...ssesungguhnya aku haramkan darahku mengalir ke bumi ini, dan aku
sumpah, bumi Langkawi tidak akan aman, berpuakalah menjadi padang jarak padang tekukur
selama tujuh keturunan!"
Dan lebih memeranjatkan, darah yang mengalir dari luka
tikaman itu berwarna putih, membuktikan penganiayaan yang berlaku
keatasnya...namun segalanya sudah terlambat. Mahsuri terkulai dan menghembuskan
nafas yang terakhir. Kuasa Allah Yang Maha Besar, kilat sabung menyabung dan
ribut melanda Padang Mat Sirat. Kejadian yang menyusul kematian Mahsuri
membuktikan yang dia tidak bersalah dan orang ramai mula mengutuk tindakan
membabi buta yang dilakukan oleh Datuk Pekerma Jaya. Tapi, segalanya sudah
terlambat...
Wan Darus pulang ke Langkawi setelah kekalahan tentera Kedah
di Kuala Muda namun kekecewaan yang sedang ditanggungnya bertimpa-timpa lagi
apabila menerima berita kematian isteri tercinta. Harapan untuk kembali bersama
keluarga yang sekian lama dirindui punah dan hancur. Dengan itu, bersama
langkah yang berat, Wan Darus mengambil keputusan untuk meninggalkan Langkawi
yang sudah tidak lagi menjanjikan kebahagiaan padanya, bersama anaknya Wan
Hakim serta kedua ibu bapa mertuanya, Pandak Mayah dan Endak Alang. Tetapi,
keadaan masih belum berakhir di Langkawi...
Tentera Siam mara keseluruh pelusuk Kedah, termasuklah Pulau
Langkawi, genap tujuh hari selepas kematian Mahsuri. Segalanya punah, hancur
dan kematian berlaku dimana-mana. Datuk Pekerma Jaya dibunuh dan dilapah oleh
tentera Siam dan mayatnya dicampakkan di Sungai Langkanah. Manakala isterinya
Wan Mahora, bersama wanita-wanita Langkawi yang lain, dirogol dan dijadikan
hamba abdi oleh tentera Siam. Angkara hasad dengki dan fitnah, Langkawi
menerima padah yang terlalu hebat. Penyesalan sudah tidak berguna lagi
sebaliknya Langkawi hanya mampu menerima bahana, dan sumpahan Mahsuri kekal
menghukum Langkawi untuk tujuh keturunan kemudiannya...
07 September 2014
4:34 PM
Kg Sungai Itau
ini seorang pemimpin yang berjiwa rakyat duduk sama rendah berdiri sama tinggi sebut saja dato ir nawawi ahmad semua warga langkawi kenal.. sifat kemesraan bersama penduduk kampung amat dikenali.. walaupun dia sibuk dengan kerjanya kadang kala tidak sempat berehat tapi hatinya bersama penduduk2 sekitar langkawi diutamakan..
siapa tidak kenal akan dato nir nawawi ahmad seorang pemimpin yang sangat di sayangi dan selalu mendengar masalah2 orang kampung tak kira lah dari segi apapun selagi kudrat dia boleh menbantu diaakan menbantu.. walaupun dia selalu banyak di tomah di maki dan dihina tapi dia tetap dengan pendiriannya dan tetap tersenyum.. dia seorang peyabar dan berkaliber yang tinggi inilah DATO IR NAWAWI AHMAD
11:59 AM
Kg Sungai Itau
IRONMAN makes its much anticipated return to Langkawi Island in September 2014. Located within a cluster of tropical islands that attract visitors the world over, the race will take athletes on a truly Malaysian cultural journey through tropical, hilly and demanding terrain passing traditional kampungs (villages), mangrove clusters and rainforest vistas.
IRONMAN Malaysia Experience
The ocean swim starts from a sandy beach on Legenda Park with a two-loop triangle out to Eagle Point and back. A two-loop bike course heads out of Kuah town on to an anti-clockwise loop from the Southeast up around Gunung Raya mountain and into the northwest. Athletes return to Kuah town for the run: four loops that wind through Legenda Park, market places and the local stadium before returning to cross the line at Dataran Lang—where the giant eagle sculpture creates a formidable backdrop for this already imposing finish line.
IRONMAN Malaysia Experience
The ocean swim starts from a sandy beach on Legenda Park with a two-loop triangle out to Eagle Point and back. A two-loop bike course heads out of Kuah town on to an anti-clockwise loop from the Southeast up around Gunung Raya mountain and into the northwest. Athletes return to Kuah town for the run: four loops that wind through Legenda Park, market places and the local stadium before returning to cross the line at Dataran Lang—where the giant eagle sculpture creates a formidable backdrop for this already imposing finish line.
8:59 AM
Kg Sungai Itau
Kejadian serangan sakit jantung mendadak terhadap beberapa
mangsa lelaki akhirnya membongkar kegiatan penjualan pelbagai produk kopi
beracun yang dikesan mengandungi kimia berbahaya.
Kewujudan pelbagai produk kopi campuran dihasilkan syarikat
‘hantu’ ini dikesan kian berleluasa apabila ia mudah dibeli dengan harga RM5
sebungkus.
Menyedari bahaya produk kopi campuran ini yang mengandungi
kimia analog sibutramine dan taladafil, Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF)
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melakukan operasi
besar-besaran bagi merampas produk itu di pasaran petang semalam.
Dalam operasi bermula jam 3 petang itu, sepasukan 90 pegawai
CPF diketuai Ketua CPF Kuala Lumpur Asniza Alias menyerbu 23 premis menjual
jamu dan ubat-ubatan tradisional di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman di
sini.
Ketika operasi dilakukan, pegawai CPF mendapati rata-rata
kedai yang diserbu menjual peket kopi jenama Kopi Panggung dan Kopi Jantan
kepada orang ramai.
Paket kopi diharamkan itu digantung di hadapan premis dengan
kebanyakannya mendakwa dicampur herba Tongkat Ali dan pelbagai herba lain.
Penularan produk kopi seharusnya di tapis dahulu sebelum
dikeluarkan kepada pengguna. SUMBER
06 September 2014
8:46 PM
Kg Sungai Itau
Kementerian Dalam Negeri akan melancarkan operasi besar-besaran
bagi membanteras gejala penyalahgunaan dan penanaman daun ketum di seluruh
negara.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu
diambil berikutan penyenaraian daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB)
1952, mulai tiga bulan pertama tahun depan.
Katanya, beliau sendiri menandatangani arahan penyenaraian
terbabit dan menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tujuan pewartaan
tidak lama lagi.
"Berdasarkan peruntukan ADB, ia telah memberikan kuasa kepada
Menteri Dalam Negeri untuk memasukkan bahan-bahan yang diklasifikasikan sebagai
dadah ke dalam jadual akta terbabit.
"Dengan mengambil kira kesan negatif yang timbul, saya telah
bersetuju menyenaraikan ketum, air ketum ataupun bahan-bahan berasaskan ketum
ini di bawah jadual tersebut dan dengan itu diharap proses pembanterasan ketum
secara haram ini akan dilakukan tidak lama lagi.
"Sehubungan itu, kita berharap orang ramai dapat memberikan
kerjasama kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK) untuk membanteras gejala penyalahgunaan ketum ini,'' katanya.
FAKTA
TENTANG DAUN KETUM
Daun pokok ketum terkandung sejenis bahan kimia yang
dipanggil mitraginin yang dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu
ketagihan. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons
(Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu
pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah
susut berat badan, insomnia, anoreksia, bibir menjadi kering, sembelit dan
kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi.
Kesan-kesan penyingkirannya pula adalah simptom-simptom
tarikan seperti mata dan hidung berair, sengal-sengal sendi, mudah marah dan
lemah untuk bekerja.
Admin sarankan supaya mereka yang suka minum ketum
berhentilah bukan apa takut nanti akan didakwa di bawah akta dadah berbahaya
dan dipenjara.
Manatau satu hari nanti lagu KETUM akan diharamkan juga,,apa pun mari kita layan dulu lagi ni,,purhh
05 September 2014
9:10 PM
Kg Sungai Itau
LANGKAWI 4 Sept. - Taman Hidupan Liar Langkawi (THLL) yang juga dikenali sebagai Langkawi Bird Paradise yang terletak di Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pecah di sini sememangnya menjadi salah satu tempat tumpuan bagi pelancong yang berkunjung ke pulau legenda ini.
Tidak ubah seperti mini zoo, destinasi pelancongan ini menempatkan 200 spesies burung, 50 spesies haiwan yang dilindungi dan kira-kira 60 spesies haiwan yang biasa didapati di luar dan dalam negara.
Lokasinya yang terletak tujuh kilometer dari jeti Kuah dan kira-kira 30 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Matsirat menjadikannya destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara.
Ketua Bahagian Perhubungan Awamnya, Nur Hamzani Hamzah berkata, taman itu dirasmikan pada 24 Disember 2002 oleh Menteri Besar pada masa itu, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain.
"THLL ini berkonsepkan mesra alam yang mana pengunjung boleh mendekati burung ketika berada di dalam sangkar gergasi kerana kebanyakannya telah dijinakkan oleh kakitangan kami yang terlatih," katanya ketika ditemui di Wildlife Park di Belanga Pecah, di sini baru-baru ini.
Selain itu, kata beliau, pengunjung juga berpeluang memberi makanan kepada burung dan beberapa haiwan liar lain.
"Ia pasti menjadi pengalaman yang menarik dan tidak dilupakan oleh pengunjung yang datang ke sini," ujarnya.
Terbaharu, ujar Nur Hamzani, pihaknya berjaya membiakkan spesies burung yang merupakan lambang burung kebangsaan negara Uganda yang juga dikenali sebagai burung Raja Mahkota atau nama saintifiknya Grey Crowned Crane.
Kata beliau, dua telur burung itu menetas pada 7 Ogos dan 8 Ogos lalu.
"Ini merupakan kali kedua kita berjaya membiakkan burung yang hampir pupus ini yang mana kali pertama kira-kira setahun lalu," katanya.
Kata beliau, jangka hayat burung itu boleh mencecah sehingga 50 hingga ke 60 tahun dan akan bertelur pada musim hujan antara bulan Ogos hingga September.
"Keunikan burung ini adalah pada mahkotanya yang merupakan lambang kemegahannya yang tersendiri," ujarnya.
Sementara itu, Pembantu Penyelidikan dan Pembiakan THLL, Muhamad Fuad Abdullah memberitahu, beliau perlu memantau anak burung yang baru menetas itu dengan lebih teliti.
"Selain itu, kami juga perlu memastikan telur-telur burung ini yang disimpan di dalam mesin inkubator berada di dalam suhu antara 37 darjah Celsius hingga 38 darjah Celsius.
04 September 2014
10:54 PM
Kg Sungai Itau
Kedah dan Selangor berjaya melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia pada hari yang menyaksikan lima pasukan merebut peluang pada hari terakhir persaingan peringkat kumpulan malam tadi.
Selain
dua bekas juara itu, Perak, Terengganu dan Sime Darby turut bersaing dengan
syarat mereka perlu menang ke atas lawan masing-masing.
Namun
pada akhirnya Kedah, yang sebelum perlawanan menghuni tempat ketiga Kumpulan B
mengecewakan pendahulu Perak apabila mengatasi Bos Gaurus 2-0 di Stadium Darul
Aman, Alor Setar.
Gol-gol
skuad Helang Merah diperoleh menerusi Billy Mehmet pada minit ke-74 dan Baddrol
Bakhtiar pada minit ke-77 sekali gus menjuarai Kumpulan B, setelah satu lagi
pasukan pencabar Terengganu seri dengan Sarawak.
Seterusnya pasukan Kedah akan bertemu pasukan dari Pantai
Timur, Kelantan di peringkat suku akhir. Apa yang menarik pada piala Malaysia
2014 kali ini, 3 Pasukan dari Liga Perdana berjaya menjuarai peringkat
kumpulan.
Tahniah untuk team Kedah..... Pihak pengurusan.... Peminat dan
penyokong...serta MB Mukhriz Mahathir... peace yooooo !!
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)