Hari ini genap 46 tahun peristiwa hitam 13 May 1969
berlalu.satu peristiwa yang menjadi pelajaran untuk semua rakyat
malaysia.apabila kita tak menjalinkan kerjasama baik dalam kehidupan pelbagai
kaum.ia merupakan rusuhan kaum yang menjadi ingatan setiap orang yang
melaluinya.bagi genarasi muda yang tidak melalui peristiwa itu mungkin ada yang
tidak paham apa yg berlaku pada tarikh keramat itu.
Apa yang kita lihat dewasa ini.ada pihak cuba memprovokasi
perpaduan kaum ini demi kepentingan politik sempit dengan menghasut kaum-kaum
tertentu untuk membenci kaum lain.adakah mereka itu sedar dengan tindakan
mereka itu.atau mereka hanya khayal untuk berkuasa sahaja.tanpa memikirkan kesan
dari ucapan mereka itu.ada pihak yang sudah mula memainkan sentimen agama hanya
untuk memenangi undi kaum-kaum tertentu.
Adakah kita mahu mengulangi peristiwa hitam itu,adakah kita
mahu gadaikan keamanan yang kita kecapi ini hanya untuk memenuhi impian kita
untuk berkuasa,bagi saya secara peribadi tidak ingin peristiwa 13 May 1969 itu
berulang kerana akibat nya akan menyusahkan semua rakyat.
Bagi orang-orang melayu kita sudah kena terima hakikat
bahawa tanah air ini bukan milik mutlak kita lagi.kita harus berkongsi dengan
bangsa bangsa lain yang turut sama membangunkanya.apa yang kita harus buat
pertahankan hak-hak kita yang masih tinggal.supaya ada sesuatu yang boleh kita
pusakai kepada anak cucu kita kelak.
Bagi kaum-kaum bukan melayu hormatilah perasaan dan hak
orang-orang melayu supaya kita boleh hidup aman dibumi malaysia.hilangkan lah
syak wasangka diantara kita.supaya nasib anak cucu kita nanti terbela.
Bagi semua rakyat malaysia bersatulah untuk menjadi bangsa
malaysia yang kuat,dan hak -hak semua kaum dimalaysia tidak dinafikan.dan
jangan lah ditimbulkan apa sahaja provokasi yang boleh membuat kekacauan di
tanah air tercinta ini.
Sama-samalah kita menjaga keamanan tanahair tercinta ini.
Salam 1 Malaysia
0 ulasan :
Post a Comment