Seorang pelajar warga Jepun Saaya Harada, 18,
membuktikan kejayaan pasti menjelma sekiranya berusaha dengan gigih tanpa
mengenal erti jemu.
Gadis berkenaan yang menjejakkan kaki ke negara ini tanpa
boleh bertutur bahasa Melayu mampu memperoleh keputusan 9A dalam Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 yang diumumkan hari ini.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang, Langkawi yang kini
boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan adalah calon tunggal sekolah itu yang
mendapat A bagi semua mata pelajaran yang diambil.
Anak bongsu daripada tiga beradik berasal dari Yamaguchi,
Jepun itu tiba di Langkawi pada 2007 kerana mengikut ibu bapanya yang bekerja
di sini.
"Saya langsung tidak boleh bercakap sepatah pun bahasa
Melayu tapi sekarang gembira apabila lulus cemerlang dalam bahasa itu dalam
SPM.
"Kejayaan ini amat menggembirakan dan saya bercadang
melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dalam bidang perubatan," katanya
ketika ditemui selepas mengambil slip keputusan SPM di sekolah itu, hari ini.
“Saya memperoleh A+ dalam Matematik, manakala bahasa Melayu,
Inggeris, Sejarah, Kimia, Matematik Tambahan dan Biologi (A) dan Pendidikan
Moral serta Fizik (A-),” katanya.
0 ulasan :
Post a Comment