LANGKAWI: Dua pesawat Jupiter Aerobatic Team, Angkatan Udara
Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika melakukan latihan
aerobatik sempena LIMA '15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di
sini, sebentar tadi.
Nahas kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika sekumpulan
enam pesawat jenis KT-1B itu sedang melintasi ruang udara MIEC, sebelum dua
daripadanya berselisih dan terbabas.
Kedua-dua pesawat kemudian dilihat terhempas di luar kawasan
lapangan terbang, disusuli api dan kepulan asap.
Beberapa saksi melihat juruterbang sempat melompat keluar
dengan payung terjun sebelum pesawat terhempas. Namun nasib kedua-dua
juruterbang masih belum diketahui.
0 ulasan :
Post a Comment