Tarikh : 26 Oktober
2015 Isnin
Masa : 10.00 pg -
3.00 ptg
Tempat : Kg Sungai
Itau
Kg Sg Itau menerima lawatan Panel Penghakiman Anugerah Desa
Sejahtera 1Msia (ADS1M) Peringkat Negeri Kedah dalam sessi penilaian bagi
memilih kampung yang layak mewakili Negeri Kedah di persada kebangsaan yang
dijadualkan akan diadakan pada awal tahun hadapan.
Panel hakim diberi sambutan bertemakan “pelancongan” serta diberi air kelapa muda kepada semua panel tadi, alunan lagu dari kumpulan remaja kampung serta lagu nasyid dimainkan.
Antara pamiran dari agensi ialah LADA ECO, AADK, KOSPEN dan Bomba.
Demo masakan kueh tradisonal dan membuat krestial mendapat perhatian dari panel
hakim.
Sessi taklimat pembentangan Profail Kampung telah
disampaikan oleh Tn Hj Maton b Mahmud , Pengerusi JKKK Kg Sg Itau dan diikuti
oleh sessi soal jawab bersama Panel Hakim.
Selepas itu, sessi lawatan ke projek
ekonomi penduduk Kg Sg Itau termasuklah Dataran Jkkk serta Mini RTC Sg Itau.
Rombongan panel hakim dibawa dengan menaiki ATV dan
menunggang kuda ke projek madu kelulut dan terus ke air terjun Durian Perangin,
Sg Itau.
Setelah selesai kenduri rakyat, panel hakim singah ke Masjid
Nurul Islam, Sg Itau untuk solat zohor dan mereka dibawa ke sungai kilim untuk
lawatan pengusaha Berjaya berasaskan pelancongan laut.
JKKK Kg Sg Itau mengucapkan ribuan terima kasih kepada
barisan urusetia persiapan yang telah bertungkus lumus selama beberapa bulan di
dalam memastikan Kg Sg Itau bersedia menerima kehadiran rombongan Panel Hakim
ADS1M Peringkat Negeri Melaka ini.
0 ulasan :
Post a Comment