Mesyuarat yang dipengerusikan Tn Hj Maton Mahmud selaku pengerusi
jkkk Kg Sungai Itau ini adalah perjumpaan pertama yang membincangkan hal-hal
berkaitan perancangan dan pelaksanaan Hari Sukan Negara Peringkat Mukim/Jkkk Sungai Itau.
Mesyuarat berlangsung selama hampir dua jam itu dihadiri
Ketua-ketua biro, ketua-ketua belia kg dan persatuan-persatuan NGO.
Hadir bersama adalah wakil Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi mewakili Dr Hisham pegawai kesihatan daerah.
Antara perancangan yang disusun atur ialah senam robik, perasmian hari sukan negara, jalan seribu langkah (KOSPEN), mewarna kanak-kanak dan acara sukanika rakyat.
"acara tahun ini mendapat liputan oleh media dan RTM", menurut pengerusi Jkkk Sg Itau.
"terima kasih kepada penyumbang-penyumbang bagi menjayakan progran tersebut", katanya lagi.
Hebahan program tersebut akan dibuat melalui fb, flyers, whatsapp kg dan blog kg.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan
Hari Sukan Negara akan diraikan pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap
tahun.
Lantaran itu, beliau mengumumkan 10 Oktober ini sebagai Hari Sukan
Negara bagi tahun 2015 pada Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara yang diadakan
di Pavillion, Kuala Lumpur .
Justeru itu, sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober
nanti, akan menglibatkan sektor awam, swasta dan rakyat secara serentak di
seluruh negara.
Kerajaan berhasrat untuk bukan sahaja menggalakkan budaya
bersukan tetapi menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’
dalam aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan rakyat antara satu
sama lain tanpa mengira umur, bangsa dan kepercayaan agama.
0 ulasan :
Post a Comment