Sempena hari sukan negara yang dilancarkan serentak seluruh
negara pada 10hb Oktober 2015, Jkkk Kg Sg Itau telah menganjurkan KOSPEN
berjalan 10 ribu langkah pada hari tersebut.
Menurut pengerusi Jkkk Kg Sg Itau, program ini telah pun dijalankan sejak
awal tahun lagi, dan sempena hari sukan negara, kami bersetuju untuk mengadakan
program tersebut.
Dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi, program ini berjaya menghimpunkan seramai empat ratus orang penduduk setempat menyertai program tersebut.
Program ini telah dirasmikan oleh En Mohammad Firdaus mewakili pegawai
kesihatan daerah Langkawi.
Berjalan kaki merupakan senaman yang paling murah, mudah,
praktikal dan selamat untuk semua peringkat umur tidak kira tua atau muda. 10
000 langkah sehari membawa faedah merupakan “tagline” yang digunakan oleh
Kementerian Kesihatan untuk menggalakkan budaya berjalan kaki di Malaysia.
Sebenarnya terdapat banyak faedah dan kebaikan yang boleh
diperolehi daripada aktiviti berjalan kaki ini terutama dari segi kesihatan
seperti berikut:
1. Mencegah nyanyuk
atau demensia terutama ketika seseorang memasuki usia lanjut. Demensia
menyebabkan seseorang tidak dapat berfikir dengan baik sehingga menyebabkan
mereka mengalami masalah emosi dan sukar mengawal diri. Menurut Journal of
Clinical Practice, aktiviti berjalan kaki dan berbasikal selama 30 minit
seminggu dapat mengurangkan risiko demensia atau nyanyuk ini.
2. Selain itu, berjalan kaki juga berkesan untuk mengurangi
risiko penyakit jantung dan strok dengan diiringi gaya hidup sihat dan
pemakanan yang dijaga.
3. Bukan itu sahaja, aktiviti mudah berjalan kaki ini juga
membantu mengurangkan risiko penyakit seperti osteoporosis, diabetes, depresi,
obesity dan tekanan darah tinggi.
Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih
baik dan membantu melancarkan aliran darah.
4. Membina stamina yang tinggi dan meningkatkan kadar
imunisasi badan atau meningkatkan ketahanan diri terhadap penyakit.
5. Menggalakkan pembinaan otot dan mengurangkan berat badan.
Berjalan kaki selama sejam sehari dapat mengurangkan kadar kolesterol dan
peratus lemak dalam badan.
6. Berjalan kaki dapat menyingkirkan toksik dalam badan,
caranya ;sejam sebelum memulakan perjalanan, minum sekurang-kurangnya 500ml
air, pasti badan akan berpeluh dengan banyak dan menyingkirkan toksin yang
berlebihan di dalam badan.
Bagaimana mahu mulakan aktiviti berjalan kaki ini?
Saya sibuklah. Mana ada masa untuk beriadah-riadah ni. Kerja
banyak. Bila pulang rumah sudah tidak larat.
Tanya diri anda sendiri sekali lagi. Adakah anda mempunyai
masalah kesihatan seperti yang dinyatakan di atas? Mahu tunggu sehingga melarat
baru mahu mengubatinya? Mengapa tidak mencegah sebelum parah?
Bagi
golongan wanita yang suka ber”window shopping”
Nah! Anda bukan sahaja mencuci mata tetapi juga sihat. Al-maklumlah,
wanita bila bershopping sakan, 2 atau 3 jam pun mampu berjalan kaki tanpa
mereka perasan pun! Hehee..
Tetapi pakailah kasut yang sesuai ya bila mahu
berjalan lama. Bagi golongan yang bekerja, parkirlah kereta anda jauh sedikit.
Tidak ada salahnya berjalan untuk 10 minit ke tempat bekerja kerana anda
sebenarnya “Walk for Healthy Life”!!
0 ulasan :
Post a Comment