06 December 2015

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan JKKK Persekutuan (JKKKP) dilihat sebagai benteng ampuh pertahanan negara kerana merupakan elemen penting dalam kepemimpinan akar umbi yang menjadi tunjang kepada pembangunan kawasan luar bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, golongan itu merupakan suara rasmi kerajaan dalam menyampaikan maklumat setiap program pembangunan serta menjawab segala tohmahan yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab.

Untuk itu, kata beliau, JKKK dan JKKKP perlu melalui proses transformasi bagi memperkasa dan melahirkan pemimpin yang berkemampuan khususnya dalam membangunkan kawasan luar bandar.
“Pemerkasaan peranan JKKK dan JKKKP merupakan salah satu daripada dasar transformasi luar bandar kementerian agar mereka dapat merancang dan memantau projek pembangunan di kampung masing-masing.

“Bagi merealisasikan matlamat itu, kementerian menerusi Institut Kemahiran Desa (Infra) telah merancang pelbagai kursus termasuk seminar pemantapan akar umbi, kursus pengurusan desa, pengurusan bencana, pelancongan desa dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perhimpunan JKKK dan JKKKP Malaysia 2015 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perhimpunan yang julung-julung kali diadakan itu berjaya menghimpunkan lebih 10,000 pemimpin JKKK dan JKKKP dari seluruh negara.


Yang turut hadir Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Datuk Alexander Nanta Linggi serta Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd. Ariff Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, perhimpunan tersebut merupakan kemuncak kepada program turun padang yang dilaksanakan bagi bertemu dengan lebih 15,000 JKKK dan JKKKP.


“Diharap program ini dapat mempertingkatkan lagi rangkaian kerja strategik antara kerajaan dengan kepimpinan negeri dan desa bagi menjayakan program transformasi luar bandar,” katanya.


05 November 2015

Selamilah pengalaman ini bersama SAS RIMBA Mangrove Floating Restaurant. Nikmatilah pakej yang di tawarkannya amat berbaloi, murah, selesa dan menjimatkan. 

Pakej BBQ yang menjanjikan suatu kelainan disamping tiupan angin laut diwaktu malam dan tengahari serta menyediakan pilihan menu segar seperti ikan siakap,Jenahak,Udang dan sotong yang boleh anda dapatkan sendiri di salah satu sangkar ikan yang disediakan oleh pihak Restaurant.

Lokasi Restaurant ini terletak di dalam kawasan mangrove yang berdekatan dengan Kilim Jetty. 

Perjalanan ke Restaurant memerlukan sebuah bot untuk membawa anda ke restaurant tersebut. Untuk makluman anda tiada jalan darat ke Restaurant ini, jadi inilah pengalaman yang mungkin tak dapat anda semua lupakan. 

Ketenangan diatas restaurant terapung tersebut tidak dapat anda alami di lain-lain restaurant yang terdapat di daratan.

Diantara Pakej Menu yang ditawarkan kepada anda semua :

Pakej A

Hidangan untuk 5 orang (5 paxs)

 Masakan Ketam Hitam Berlada
 Kerabu Campur
 Siakap Sushee
 Sayur + Udang
 Telur Dadar
 Nasi
 Air Minuman
 BBQ pakej


Pakej B

Hidangan untuk 3 orang (3 paxs)

 Ikan Siakap dari sangkar berat lebih kurang 1 kg.(pilihan jenis masakan)
 Tom yam kepala ikan
 Sayuran
 Sotong Goreng tepung satu pinggan
  Nasi
 Air Minuman


Pakej C

Hidangan untuk 4 orang (4 paxs)

 2 ekor Ikan Kerapu daripada sangkar berat lebih kurang 800g seekor 
       (pilihan jenis masakan yang diminati anda)
 Udang fresh masakan Tom Yam
 Sayuran
 Paprik Ayam
 Sotong Goreng Berlada
  Nasi
 Air Minuman

Sekiranya anda menaiki bot untuk Mangrove Tour anda akan melalui Restaurant ini jadi bolehlah anda singgah dan menjamu selera disana. Memang best sekali merasai pengalaman ini.

Sekiranya anda datang untuk jumlah yang banyak melebihi 10 orang pihak restaurant akan memberikan diskaun harga kepada anda.

Jika anda ingin membuat tempahan untuk makan tengahari anda hendaklah menghubungi pihak restaurant sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum kerana mereka akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk anda ianya free saja. Sekiranya anda sudah berada di Jetty Kilim yang perlu cuma call pihak restaurant dan mereka akan datang terus kepada anda. Perjalanan ke Restaurant tersebut hanya memakan masa 5-10 minit saja.

Anda Memerlukan Tempat Memancing Yang Selesa Dan Memuaskan Tanpa Memerlukan Bot?

Jawapannya juga ada di Restaurant ini, pihak restaurant ada menyediakan pakej memancing di atas sangkar ikan. Ingat bahawa anda bukan memancing di dalam sangkar ikan tetapi di tepi, depan atau pun disekitar luar sangkar ikan.

Berikut saya nyatakan pakej Memancing yang SAS RIMBA tawarkan:

<<<<< 1 Malam (6.00pm – 8.00am) >>>>>

RM 100 per person untuk Dewasa (Adult)

RM 50 per person untuk kanak-kanak diatas umur 5 tahun, bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun tiada charge dikenakan.

Pakej ini Termasuk:

 Peralatan Memancing
  Umpan
 Sarapan pagi dan Makan Malam
 Bilik Rehat untuk 3 orang juga disediakan
      BBQ

Lain-lain perkhidmatan seperti Rod memancing boleh disewa dengan kadar RM10 sahaja bagi sebatang rod tetapi anda boleh membawa sendiri rod anda sendiri seberapa banyak pun yang anda suka.

Sekiranya anda berminat untuk menempah pakej ini samaada untuk menjamu selera atau pun memancing anda bolehlah menghubungi pihak SAS RIMBA Restaurant untuk pertanyaan lanjut mengenai pakej yang ditawarkan.

Sila Call/Sms :
En. Shukri    012-2828402

Pn. Syikin     012-7022402
Ramai yang menganggap lebah kelulut tidak mampu mengeluarkan madu dengan banyak menerusi kaedah penternakan biasa.

Kelulut merupakan antara spesies lebah yang tidak menyengat, menjadikan serangga tersebut mudah dikendalikan berbanding lebah madu biasa.

Hal demikian turut diakui pengusaha madu kelulut, Langkawi Black Bee Farm, Radzi Alias yang berjaya menternak lebah kelulut untuk mendapatkan madu serta propolis serangga tersebut.

Jelasnya, madu serta propolis lebah kelulut memiliki khasiat yang lebih baik berbanding lebah biasa.
"Sebelum ini saya mengusahakan ternakan lebah madu, namun setelah mendapati khasiat madu kelulut lebih baik maka saya bertukar kepada penternakan lebah jenis ini.

"Hasil daripada kerjasama, teknologi serta khidmat nasihat MARDI saya mampu memperolehi hampir dua kilogram (kg) madu daripada satu-satu koloni lebah kelulut," katanya.


Ujar Radzi, jika menggunakan kaedah biasa adalah amat sukar untuk memperolehi madu kelulut sebanyak itu.

Radzi mula berjinak-jinak dengan perusahaan madu kelulut hanyalah sebagai hobi. Namun setelah menerima permintaan yang tinggi dari kalangan ahli keluarga serta rakan-rakan akhirnya beliau mula mengusahakan madu lebah kelulut dengan lebih serius.


Berbekalkan pengalaman menternak lebah madu juga sebagai hobi sejak tahun 2009, akhirnya pada tahun 2012 Radzi mendaftarkan perniagaannya menerusi bantuan serta khidmat nasihat MARDI.
Kini, permintaan madu lebah kelulut yang diternak olehnya mampu mencecah 100 botol sebulan menjadikan Radzi tidak 'menang tangan'.


Bercerita mengenai lebah kelulut, katanya menerusi maklumat yang diperoleh daripada MARDI, sehingga kini hampir 33 spesies serangga tersebut telah dikenal pasti terdapat di Malaysia.

Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia.


Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi.

Antara negara yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies), Taiwan (1 spesies) dan di Malaysia.


Lebah kelulut memiliki koloni yang besar dengan organisasi sosial yang sangat kompleks berbanding dengan lebah madu.

Senibina sarang lebah kelulut juga berbeza-beza mengikut spesies tertentu di mana ada sesetengahnya suka bersarang di dalam tanah, di dalam kayu sehinggalah di celah-celah belahan batu.
Sikap tersebut menunjukkan bahawa lebah kelulut memiliki perilaku yang kompleks menjadikan serangga tersebut sukar untuk diternak.

Malah, artikel ilmiah mahupun kajian mengenai lebah kelulut jarang ditemui kerana masih ramai yang tidak berminat untuk mengkajinya.


Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.

Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik.


Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.


Bahan tersebut juga berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

Jelas Radzi, kesedaran masyarakat mengenai kebaikan madu kelulut telah menyebabkan permintaan terhadapnya meningkat naik.

"Jika di peringkat awal masyarakat masih kurang tertarik kerana produk ini juga kurang di pasaran.
"Kini, permintaan madu kelulut diterima dari seluruh negara malah tidak ketinggalan pengguna dari luar negara seperti Timur Tengah," katanya.

Selain menghasilkan madu, lebah kelulut juga turut digunakan untuk meningkatkan hasil produk pertanian berasaskan buah kerana lebah kelulut merupakan agen pendebungaan utama kepada tumbuh-tumbuhan. 

04 November 2015

Tanaman dengan daun penghasil klorofil ini awalnya dikenal sebagai makanan istimewa ulat sutra, jika tidak makan daun ini ulat sutra tidak menghasilkan sutra yang baik. oleh karena itu, banyak petani yang membudidayakan tanaman ini. Mulberry adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh pada ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut. Mulberry memiliki sebutan nama yang berbeda di tiap negara seperti di Indonesia tanaman ini dikenal dengan sebutan Murbei atau arbei, di inggris disebut Mulberry dan di Cina dikenal dengan nama Sangye.

Menurut ahli kimia, daun murbei mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin, scopolin, alfa, betahexenal, cis beta hexenol, cis lamda hexenol, benzaidehide, eugenol, lanaloolbenzyl alcohol, butylamine, acetone, trigonelline, cholin, adenine, copper, zinc, vitamin (a, b1, c dan karoten) dan asam amino, clorogenik, fumarat, folat, dan asam formyltetrahydrofolik, mioinositol dan phytoestrogren.

Daun Mulberry ini adalah ideal untuk membantu mengatasi atau
mengurangkan penyakit berikut :

1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)

2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah

3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi

4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung

5. Membantu dalam kehilangan berat badan

6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk

7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda

8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang
tinggi

9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan

10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid

11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur

12. Menambahkan tenaga

13. *Meningkatkan produksi susu badan*

14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan
hipertensi

15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C,
asid folik, potassium yang amat diperlukan

16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser

(antioksidan)

26 October 2015

Tarikh    : 26 Oktober 2015  Isnin
Masa      : 10.00 pg - 3.00 ptg
Tempat   : Kg Sungai Itau

Kg Sg Itau menerima lawatan Panel Penghakiman Anugerah Desa Sejahtera 1Msia (ADS1M) Peringkat Negeri Kedah dalam sessi penilaian bagi memilih kampung yang layak mewakili Negeri Kedah di persada kebangsaan yang dijadualkan akan diadakan pada awal tahun hadapan.


Rombongan Panel Hakim ADS1M disambut  dengan menaiki bas khas dan konvoi motosikal berkuasa besar bermula di IPP Hotel ke Kg Sg Itau.


Setibanya di perkarangan Balai Raya, Panel Hakim telah disambut oleh YB ADUN Ayer Hangat bersama Pengerusi JKKK Kg Beringin. Dengan iringan pasukan gendang keling, rombongan ini telah di arak ke barisan AJK JKKK Kg Sg Itau serta penduduk kampung dan dibawa ke ruangan pameran agensi kerjaan dan penduduk setempat yang disediakan di Dataran Jkkk.


Panel hakim diberi sambutan bertemakan “pelancongan” serta diberi air kelapa muda kepada semua panel tadi, alunan lagu dari kumpulan remaja kampung serta lagu nasyid dimainkan.

Antara pamiran dari agensi ialah LADA ECO, AADK, KOSPEN dan Bomba. Demo masakan kueh tradisonal dan membuat krestial mendapat perhatian dari panel hakim.


Selepas itu, rombongan ini terus dibawa ke dewan taklimat dan disambut oleh irama gamelan.
Sessi taklimat pembentangan Profail Kampung telah disampaikan oleh Tn Hj Maton b Mahmud , Pengerusi JKKK Kg Sg Itau dan diikuti oleh sessi soal jawab bersama Panel Hakim.


Selepas itu, sessi lawatan ke projek ekonomi penduduk Kg Sg Itau termasuklah Dataran Jkkk serta Mini RTC Sg Itau.

Rombongan panel hakim dibawa dengan menaiki ATV dan menunggang kuda ke projek madu kelulut dan terus ke air terjun Durian Perangin, Sg Itau.




Semua panel hakim serta ajk yang hadir dibawa menikmati jamuan makan tengahari serta kenduri rakyat bersama penduduk setempat.

Setelah selesai kenduri rakyat, panel hakim singah ke Masjid Nurul Islam, Sg Itau untuk solat zohor dan mereka dibawa ke sungai kilim untuk lawatan pengusaha Berjaya berasaskan pelancongan laut.


Terdahulu, didalam ucapan mengalu alukan rombongan ini, YB Dato’ Hj Mohd Rawi b Hamid, ADUN Ayer Hangat mengucapkan tahniah kepada kepimpinan JKKK Kg Sg Itau yang telah mencapai kejayaan sehingga ke tahap Daerah dan YB Datuk mendoakan agar keputusan yang baik akan menanti Kg Sg Itau di peringkat kebangsaan nanti.

JKKK Kg Sg Itau mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan urusetia persiapan yang telah bertungkus lumus selama beberapa bulan di dalam memastikan Kg Sg Itau bersedia menerima kehadiran rombongan Panel Hakim ADS1M Peringkat Negeri Melaka ini.
Persiapan terakhir menghadapi panel ADS1M 2015 berjalan lancar.

Semua AJK bertungkus lumus di saat-saat akhir persiapan tempat dalam dan luar dewan persidangan.

Antara sempat dirakam