DEWAN ORANG RAMAI SG ITAU
Dewan orang ramai Sg Itau telah dibina baru pada tahun 2013 mengantikan bangunan lama yang berusia hampir 50 tahun.
DATARAN JKKK SG ITAU
Dataran Jkkk merupakan aset tetap Jkkk Sg Itau, dibeli pada tahun 2004 seluas 1.5 hektar.
29 December 2014
11:39 AM
Kg Sungai Itau
Tourism Malaysia Kedah buat julung kalinya menganjurkan
Pesta Pantai Langkawi 2014 Tanjung Rhu dari 26 hingga 27 Disember ini di Pantai
Tanjung Rhu, Langkawi.
Beberapa pertandingan diadakan dalam pesta pantai selama dua
hari itu membabitkan sukan pantai, sukan laut, sukaneka, larian maraton pantai
sejauh lima kilometer dan pertandingan karaoke.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan
Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan Negeri YB Datuk Mohd Rawi Abd Hamid
berkata pesta pantai ini merupakan kesinambungan daripada Pesta Pantai Tanjung
Rhu 1997 yang berjaya menarik lebih 6,000 pengunjung.
Beliau berkata, pesta ini bertujuan mengeratkan silaturahim
antara mukim-mukim yang ada Langkawi selain menjadikan sukan pantai dan sukan
laut sebagai satu daripada daya tarikan pelancong di Langkawi.
Antara tetamu yang hadir perasmian, Yb Datuk Mohd Rawi Abd Hamid , YB En Norsaidi b Nayan ADUN Kuah, En Anuar b Abd Razak Pengarah Kem. Pelancongan dan Kebudayaan Kedah, En Mohd Rashidi b Hasbullah TKSU Kem Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Ybhg Mr Dejrath Sim sim, Gabenor Satun, Thailand , Ketua Pemuda dan Putri UMNO Bahagian Langkawi.
"Kita mahu jadikan Tanjung Rhu sebagai ikon pelancongan
bagi Langkawi selepas ini dan ini dapat membantu menarik pelancong sekali gus
menggalakkan industri pelancongan domestik dan antarabangsa," katanya
kepada pemberita di sini hari ini.
YB Datuk Mohd Rawi berkata, pesta ini juga acara julung kali yang
diadakan melibatkan peserta dari enam mukim di daerah Langkawi iaitu Ayer
Hangat, Kedawang, Ulu Melaka, Padang Matsirat, Bohor dan Kuah, selain penglibatan
sebuah pasukan dari Satun, Thailand serta pasukan mewakili pihak hotel dan
pelancong.
"Lapan kumpulan akan bertanding dan kita jangka 100
peserta akan dihantar dari Thailand untuk menyertai pertandingan yang diadakan
pada pesta pantai kali ini. Penglibatan pelancong luar yang bercuti di kawasan
berhampiran juga dijangka bakal menggamatkan lagi suasana," katanya.
YB Datuk Mohd Rawi berkata, lebih 200 peserta akan terlibat dalam
11 acara yang dipertandingkan dan dijangka 15,000 pengunjung akan memeriahkan pesta
pantai ini.
"Pasukan yang memenangi acara yang dipertandingkan akan
diberi markah dan pasukan yang mengumpul mata terbanyak bakal menjulang piala
pusingan beserta hadiah iringan," katanya.
Selain itu, pameran, gerai jualan, program hiburan, program bersama
masyarakat, persembahan tradisional daripada peserta Langkawi dan Thailand juga
akan diadakan dalam pesta pantai itu.
Enam mukin seluruh Langkawi mengambil bahagian kesemua acara yang dipertandingkan,juara keseluhuhan ialah mukim air hangat, naib johan mukin padang matsirat dan ketiga mukim kuah. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YB Datuk Mohd Rawi ADUN Air Hangat.
17 November 2014
8:39 PM
Kg Sungai Itau
CALET berkonsepkan kontena yang dibina sendiri, The Cabin menjadi salah satu destinasi pilihan pelancong yang inginkan kelainan ketika bercuti di pulau peranginan negara, selain lokasinya yang terletak di pantai tumpuan ramai iaitu Pantai Chenang, Langkawi.
The Cabin mula beroperasi pada 2009 dengan permulaan cuma 10 bilik sahaja sebelum ditambah kepada 10 unit lagi oleh pemiliknya, Datuk Azliy Rosli, 43. Tambahan dibuat setelah calet tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong.
Bercerita tentang The Cabin, kata Azliy, idea untuk membuka calet tersebut timbul setelah beliau dan keluarga kerap berkunjung ke Pulau Langkawi untuk bercuti.
“Saya rancang nak buka calet dan yang pastinya konsep itu mestilah unik dan lain daripada hotel di Langkawi ini.
“Lokasi The Cabin juga sangat menarik kerana ia terletak di Jalan Pantai Chenang dan hanya berada kira-kira 100 meter dari pantai,” katanya.
Menurut Azliy, kos keseluruhan pembinaan calet itu bernilai kira-kira RM1 juta dan calet tersebut menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara.
Beliau berkata, kedudukan calet juga strategik iaitu terletak berdekatan kemudahan asas seperti kedai runcit, restoran dan pusat membeli-belah seperti Chenang Mall serta destinasi pelancongan Underwater World.
Dari segi dekorasi dalaman bilik, pemilihan warna yang terang di setiap sudut bilik dengan dilengkapi hiasan sentuhan moden menjadikan The Cabin bertambah menarik dan sangat mendamaikan untuk penghuninya.
Selain menitikberatkan hiasan dalaman, The Cabin juga kelihatan cukup indah dengan persekitaran yang dipenuhi landskap taman, antaranya pohon kelapa dan lampu hiasan.
Taman tersebut menjadi tarikan di The Cabin dan amat sesuai untuk pengunjung berehat sambil menghayati keindahan alam semula jadi di luar bilik mereka.
Calet ini turut menyediakan pelbagai pakej menarik kepada pengunjung termasuk bagi pasangan pengantin baharu iaitu pakej berbulan madu yang disediakan dengan bayaran serendah RM565 selama tiga hari dua malam meliputi pakej makan malam, island hopping dan banyak lagi.
Pantai awam yang terletak berdekatan juga menjadi tempat tumpuan pelancong yang menyediakan pelbagai aktiviti pantai seperti jet ski, banana boat dan payung terjun, sekali gus menjadikan The Cabin sebagai pilihan utama untuk menginap.
Dalam pada itu, seorang pelancong dari United Kingdom, Lionel Becherel, 57, berkata, dia amat berpuas hati dengan kemudahan yang ditawarkan di The Cabin.
“Selain bilik yang unik, saya juga tertarik dengan kawasan laman di sini. Semuanya lengkap dan harga bilik juga amat berpatutan,” katanya.
Harga bilik adalah RM160 yang mana harga sama turut ditawarkan pada musim cuti sekolah dan perayaan.
8:28 PM
Kg Sungai Itau
AHMAD UNI (baris tiga, tengah) bersama peserta pada majlis Penangguhan Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid Pasca Ujian Pencapaian Sekolah Rendah di Kuching, Sarawak, kelmarin - See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/pelajar-dinasihat-pandai-bergaul-elak-jadi-mangsa-buli-1.
16 Nov. – Pelajar yang bakal memasuki tingkatan satu terutama yang tinggal di asrama dinasihatkan agar pandai bergaul bagi mengelak diri daripada menjadi mangsa buli.
Penyelia Disiplin, Jabatan Pendidikan negeri, Ahmad Uni berkata, tidak dinafikan gejala buli di asrama terutama membabitkan pelajar baharu memang kerap berlaku.
Sehubungan itu, katanya, pelajar baharu harus pandai bergaul agar mempunyai ramai kawan yang boleh membantu semasa berada di sekolah menengah.
“Suka saya ingatkan anda (murid tahun enam) agar sentiasa menjaga tingkah laku, jangan mengasingkan diri dan rajin-rajinlah mencari kawan apabila masuk ke tingkatan satu.
“Sekarang (di sekolah rendah) anda murid paling besar tetapi apabila memasuki sekolah menengah, anda adalah pelajar paling kecil di sana,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis Penangguhan Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid Pasca Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, di sini semalam.
Program berkenaan bertujuan memantapkan pengetahuan murid dalam kepimpinan, memupuk nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri sebelum memasuki sekolah menengah.
Seramai 70 peserta terdiri daripada murid tahun enam dari 18 sekolah di sekitar Kuching mengikuti program yang berlangsung selama dua hari bermula kelmarin.
Program anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kuching itu membabitkan pengawas sekolah, ketua darjah, ketua persatuan, kelab, pasukan beruniform serta ketua sukan dan permainan sekolah masing-masing.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang tempoh dua hari program itu dijalankan termasuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK).
- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/pelajar-dinasihat-pandai-bergaul-elak-jadi-mangsa-buli-1.25438#sthash.EewYsUSM.dpuf
16 November 2014
1:34 PM
Kg Sungai Itau
Di situ saya berkawan dengan seorang Remaja – Bernard 14
tahun, juga seorang Altar Boy. Dia seorang budak nakal tapi saya suka berkawan
dgn dia. Pada satu hari, Bernard cuba curi duit Gereja & saya ada di situ
pada ketika itu, akan tetapi kami dua ditangkap & terpaksa mengadap Paderi
dan seorang lagi Paderi di kamar mereka.
Kedua-dua Paderi itu kata mencuri itu satu kesalahan, &
perlu dihukum tapi jenis hukuman yang diberikan adalah di luar jangkaan saya.
Bernard & saya dihukum secara seksual tapi yang didera teruk ialah Bernard
& saya dipaksa melihat segalanya sebagai pengajaran.
Selepas itu dunia kami tukar. Saya hilang keyakinan pada
semua ketua Agama & lama kelamaan, Manusia. Akan tetapi saya yakin pada
Agama sebab semua Agama mengajar kita . Bernard pula menjadi penagih dadah
& mula menghabiskan masa di jalanraya.
Apabila saya beritahu arwah Ayah(seorang tentera) &
keluarga, mereka tidak percaya, bagi mereka ini tentang kesucian Agama &
mereka rasa saya tengah tutup kelakuan saya sendiri dengan menuduh orang
seperti Bernard(yg dtg dari keluarga pecah belah). Yang percaya pada saya ialah
arwah nenek Roselind Chia, & dialah saya menaruh segala harapan &
kepercayaan, juga yang melindungi saya dari dunia luar & berduduk bersama
dia di Rumah Pangsa Loke Yew, jauh dari keluarga.
Ketika di Loke Yew Flats, arwah nenek duduk di tingkat 13,
dan jiran saya, pereka fesyen terkenal di Malaysia sekarang MICHAEL ONG duduk
di tingkat 12. Loke Yew Flats ini pelbagai Bangsa & Agama. Ada surau, kuil,
tokong Cina & tak jauh ialah Gereja.
Di situ juga saya pelajari erti masyarakat majmuk &
perpaduan. MICHAEL ONG & saya sering bercakap atas balkoni & saya
sentiasa kagum minatnya utk menjadi pereka fesyen & beliau benar-benar
merealisasikan impian dia untuk jadi Pereka Fesyen yang terkenal.
Saya tiada minat lagi pada Agama , lebih lagi bila kena
dengar tazkirah Paderi yang sama melakukan gangguan seksual. Bernard pula tiada
pilihan & terus menjadi pembantu Paderi manakala saya dilarang oleh Nenek.
Selepas itu saya sering ikut Bernard, melihat dunia dia
& di situ lah saya pelajari hidup warna warni kotaraya…ramai Remaja yang
pelbagai masalah dari dadah, keluarga pecah belah, seksual, gangsterism……….
Keluarga saya tetap memberi pendidikan pada saya sehingga
masuk Kolej. Arwah Nenek pesan saya harus jadi seorang insan yang mulia dan bantu
pada semua.
Bernard yang ketika ini sudah teruk dengan penagihan, pernah
beritahu saya yang dia asyik dihukum oleh Paderi (saya dah faham jenis
“hukuman” itu) & berkata,satu hari bila saya dah stabil, saya harus bantu
pada golongan Remaja/kanak-kanak. Bernard lepas itu bunuh diri,overdose.
Sejurus selepas itu, saya terlibat dalam kemalangan, dan di
situlah saya dapat Hidayah saya yang pertama, ketika saya didatangi oleh
seseorg entity putih, tinggi orangnya dan mengucap “Bismillah irrahman
Irrahim….adik jangan bimbang kerana pakcik akan junjung adik balik ke rumah”
itu yang saya ingat.
Apabila saya sampai rumah keluarga di Kelana Jaya, saya
tidak ingat apa-apa dan terus rebah. Yang saya ingat, saya di Hospital dan
kereta saya remuk didepan. Pihak polis hairan bagaimana saya dpt keluar &
berjalan balik ke rumah. Satu keajaiban. Selepas itu, selama 3 hari pertama di
Hospital, bila jam 3 pagi, saya sering mendengar Azan, lalu didatangi oleh
ramai org berbaju putih melawat.
Saya benar-benar tidak ingat saya akan mati & bila
diceritakan pada keluarga, mrk anggap itu mainan minda. Saya membawa diri ke
Penang utk kerja.
Selepas itu saya masih pergi ke Gereja, utk menunaikan
kewajipan tapi jiwa saya tetap kosong. Saya tidak mengerti apa itu Cinta. Dunia
saya hanya arwah nenek.
Setiap kali saya nak bercinta, ia tak kekal, sbb saya tak
percaya ada nya Cinta. Dari bidang perhotelan, saya mula ceburi sbg Pengacara
TV, utk SELAMAT PAGI MSIA, MSIA 2020, dll. Ini mengembalikan keyakinan saya
berdepan dgn manusia, mula berpetah cakap.
Hidup saya penuh Glam & saya lupa diri… akan tetapi saya
masih tidak mengenali Cinta. Disitu saya ditawarkan sbg Pengurus di sebuah
resort terkemuka di Langkawi. Saya membawa diri pula ke Langkawi.
2005 pula adik bongsu saya berkahwin dgn org Amerika.
Keluarga smua buat persiapan utk ke Amerika…arwah Nenek juga ingin ikut, tapi
keluarga melarang krn arwah Nenek ketika itu sakit tapi dia tetap nak ikut krn
tak boleh berpisah dari saya. Kami memujuk dia utk bersabar krn saya hanya ke
Amerika seminggu, tapi walau pun seminggu, dia tak sanggup berpisah.
Dia berkata pada saya, dia akan mati apabila saya balik ke
Malaysia. Kami ke Amerika tanpa arwah Nenek dan disana saya dpt berita dia
masuk wad. Apabila saya balik ke Malaysia, keesokkan hari, arwah nenek
meninggal dunia. Dunia saya runtuh, serba salah saya dijadikan.
Jiwa saya mati, & saya benar-benar jadi sesat. Saya tak
rapat lagi dgn keluarga, kami berpecah belah. Kerja saya tak tentu arah.
Saya tak reti apa maksud cinta dan terlibat dlm pelbagai
gejala sosial sehingga saya berdepan dgn Syaitan.
Saya dah jadi tak tentu arah krn saya sedar mata ketiga saya
buka, saya boleh melihat benda2x & ini menakutkan bagi saya. Saya pernah
mimpi baying bayangan ada nya Neraka. Pernah saya ditawarkan ilmu hitam.
Tahun 2009 saya balik ke Selangor, mula bekerja di hotel
terkemuka. Jiwa saya tetap kosong & tak terurus. Disitu lah saya jumpa
rakan karib dunia & akhirat Husain Khalid.
Takdir jodoh yg ketemukan kita dua dimana beliau juga
seorang yg kuat Agama. Saya masih ingat ramai org berpesan pada Husain supaya
jangan dekati saya krn saya ini pengaruh tak baik, tak terurus, akan tetapi dia
tetap dekati saya. Dia lah seorang kawan yg berjalan dengan saya, bukan yg
lain, antara Jalan belakang atau depan saya.
Akibat tidak terurus, saya dibuang kerja. Ketika itu runtuhnya
dunia saya. Masa itu, Husain dah dapat kenaikkan pangkat. Tapi apa yg Husain
lakukan selepas itu, benar-benar buka hati & minda saya, ertinya
persahabatan. Beliau tolak jawatan, henti kerja utk beri sokongan moral. Kami
mula berniaga.
Pada mulanya, kami ingin buat perniagaan biskut cokelat chip
yg dibuat oleh Husain & dipasarkan oleh saya. Mmg pesanan cookies, banyak.
Kemudian kami diambil kerja seketika di syarikat pengurusan Tg Rhu Resort
Langkawi iaitu Signforce Hospitality dibawah didikan Managing Director, En
Badrul yg ajar kita selok belok dunia perniagaan.
Dari situ , lahirlah perniagaan perunding PEMASARAN,
PERHUBUNGAN AWAM, PENJENAMAAN, MEDIA, KOMUNIKASI iaitu WHOSYN’SIGNATURE dgn
klien pertama CHINTA RESTOLOUNGE ke SERI CHENANG RESORT & SPA LANGKAWI ke
Hotels/Resorts, LADA(Langkawi Development Authority), Tourism Malaysia,
Koporat, Stesen TV, Rumah Produksi, MAS.
Ketika itu juga saya mula berkawan baik dgn Dr Anuradha .
Dia banyak beri perangsang hidup, keyakinan pada saya.. Dia yg merawat hati
saya, keyakinan saya kembali berdepan dunia. Sehingga hari ini, dia lah,
hari-hari hantar kata-kata motivasi samada whatsapp, call atau Facebook.
Dia banyak tolong pulihkan hubungan saya dengan keluarga .
Saya pelajari bnyk ttg kehidupan dari beliau. Dia yg mula buat saya berani
bersuara pendapat & hati saya.
Perkara yg membuatkan saya balik ke Allah ialah masa saya
disuruh buat pemeriksaan badan..begitu takut saya dgn segala keputusan krn apa
yg berlaku pada saya, tapi saya janji pada Allah, jika segala keputusan
kesihatan saya ok, ini akan jadi azam saya utk mula hidup baru
Husain banyak kembalikan keimanan saya. Kepercayaan pada
Allah. Pada tahun 2012, dia galakkan saya ke Amerika(dimana keluarga saya skrg
menetap) utk Krismas.
Disinilah saya dapat Hidayah kedua iaitu pengalaman dgn
Puting Beliung yg melanda kawasan rumah keluarga. Siren yg kuat member I amaran
Puting Beliung akan datang, juga di kaca TV mula beri amaran. Ianya pukul 12
tgh hari , keluarga kami semua ke almari besar yg dibina dalam.
Ketika keluarga bergegas, saya tergerak hati utk buka pintu,
krn kedengaran bunyi keretapi bergerak di luar. Apabila saya buka pintu, di
luar Gelap segelap Gelapnya…tak boleh lihat apa2x dan bunyi kuat keretapi lalu
yg terkeluar mulut saya ALLAHUAKBAR.
Saya bergegas ke almari, utk selindung & disitu saya
dengar Azan. Apabila tiada bunyi keretapi, lalu buka pintu, diluar kembali
cerah, panas terik.
Rupanya apa saya alami adalah sisa puting beliung yg melanda
kawasan perumahan yg lain krn seandainya jika ia benar-benar diluar, saya sudah
disedut keluar.
Saya kemudian balik ke Malaysia, terjumpa MICHAEL ONG. Dia
skrg sudah menjadi pereka fesyen yg terkenal. Kami berbicara dari hati ke hati.
Memandangkan dia dah capai impian, dia ingin menyumbang pada
yg daif, mengeratkan perpaduan antara bangsa, lalu saya membantu dia. Di situ
juga saya pelajari berkemas & keyakinan diri.
Dialah yg mengajar saya utk kemas kini diri saya, &
imej. 18hb Julai 2014, saya syahadah dgn nama Adam Warren Fernandez Abdullah.
Diuruskan oleh Kumpulan Karangkraf Media, dimana pemiliknya Dato Hushummuddin
selaku saksi utama , juga Husain Khalid, dipermudahkan oleh Allah.
Sebelum itu saya ingin syahdah tetapi sentiasa ada halangan
dari kalangan orang-orang Muslim yg kata saya kena pelajari Quran dulu &
mcm2x lagi.
Pertemuan 17hb Julai ngan warga Koporat Komunikasi
Karangkrag Media utk menghantar dodol raya yg dipesan mrk, rupa2x nya takdir
pertemuan perbincangan ttg minat mrk utk melaksanakan buat kali pertama utk
Kumpulan Media Karangkraf iaitu Upacar Syahadah di surau Karangkraf.
Pada hari ini saya benar2x faham erti cinta..cinta pada
Allah dan mula mengenali cinta pada Manusia. Saya pelajari janganlah kita
campur aduk Manusia, Bangsa,Politik, Organisasi dgn Agama. Agama tak pernah
mengajar kita perkauman, membunuh, mendera dan pelbagai lagi.
Penghijrahan saya bukannya berdasarkan cinta pada Manusia
atau kepentingan sendiri tapi Cinta pada Allah. Tidak ada yang boleh kita ubah
sebelum kita mengubah diri sendiri.
Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri
sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa
adanya.
Dunia ini sgt bahaya bukan krn keganasan tapi apabila kita
hanya melihat tanpa berbuat apa2x. Janji saya pada Allah krn merealisasikan
syahadah saya ialah utk tazkirah & reach out pada Remaja/kanak2x…pada Yg
Bukan Islam yg minat Islam dan juga pada semua yg ingin mengenali Agama.
Saya dah bermula dengan taklimat tazkirah di institusi
pengajian. Saya juga dapat beberapa pengiktirafan dan menang EXCELLENCE IN
PUBLIC RELATIONS (MEDIA RELATIONS) oleh HOSPITALITY ASIA AWARDS.
Saya bersyukur krn kali ni bila saya bersahabat saya
bersahabat krn Allah. Selepas syahadah, mlm itu saya mimpi , satu tangan
panjang menghulurkan Quran pada saya & lalu mempimpin saya & tunjuk
saya kat satu kawasan..dimana saya Nampak Org tengah Sedih, Gaduh, Keluarga
Pecah Belah & ramai remaja yg tak tentu arah, mcm2x lagi, & saya juga
Nampak Syaitan tgh mengintip saya.
Lalu tangan ini seolah tolak saya seolah menyuruh saya
berjalan ngan Quran ke arah orang-orang itu semua…dan spt anda smua lihat,
bermula lah saya aktif berdakwah secara pasif di Facebook, dan skrg mula
diundang ke institusi Pengajian utk beri tazkirah…. pada arwah Bernard &
nenek, Roselind Chia, semoga berada di kalangan org2x berimanan…akhirnya segala
kesyukuran pada Allah, yg baik dari Allah, yg buruk dari saya.
Pada smua ketua Agama, anda diamanatkan utk mengajar dan
membawa semua kea rah kebaikkan, anda menjadi idola ramai org…JANGANLAH DISALAH
GUNAKAN AMANAT ANDA KRN IA BOLEH MENGHANCURKAN HIDUP INSAN YG LEMAH. HANYA
SETITIK NILA BOLEH ROSAK SUSU SEBELANGA.
Pada Hari Ini, krn saya Memeluk Islam, dan dari keluarga
saya ada Paderi & yg aktif dlm NGO Katholik/Kristian, maka mrk telah
menekan keluarga saya utk tarik balik ke Katholik atas dasar saya dibancur
& dimanupulasikan oleh NGO Islam.
Juga Keluarga, saudara Mara & kekawan dah pulaukan saya,
apabila saya dah mula pulih balik dgn keluarga. Disini lah mula perjuangan saya
utk merdeka kan mrk balik krn saya percaya silaturahim keluarga tidak boleh
putus sbb ia dicipta dlm hati. Saya tetap tak menganas dan akan eratkan balik
kami smua dgn akhlak & budi bicara berdasarkan nilai2x murni.
Saya rindu & cinta keluarga saya yg terdiri dari
pelbagai bangsa iaitu Ibu saya – Filipino Serani, Arwah ayah Portugis Melaka,
Arwah Nenek (Belah ibu) – Baba Cina, Sepupu & Saudara Mara – Cina, India,
Serani, Eropah.
DI SINI JUGA MULA LAH OUT REACH & TAZKIRAH SAYA DI
INSTTUSI PENGAJIAN & REMAJA/BUKAN ISLAM & TAK DI LUPA YG DI
LUAR…JALANAN KOTA RAYA… & MENJALANKAN BEBERAPA PROJEK bersama Husain
Khalid, terutama dlm membantu keluarga daif dlm memasarkan hasil produk buatan
mrk sempena perayaan, misalnya HARI RAYA(keluarga Melayu utk buat dodol),
DEEPAVALI (keluarga India utk buat murukku),
TAHUN BARU CINA (utk buat kuih Cina surat cina, bentuk
kipas) & dll…juga pemasaran produk minuman tropika buah buahan yg dicampur
soda iaitu POP THE SODA…, membantu anak2x Syurga dan bnyk lagi…segala
kesyukuran pada Allah.
Satu saja saya nak kata mmg ADA WUJUDNYA SYURGA &
NERAKA, MALAIKAT & IBLIS…saya sekarang lebih tabah apabila didatangi , iman
kita kena kuat.
Yang benar
Adam Warren Fernandez Abdullah
13 November 2014
8:16 AM
Kg Sungai Itau
Langkawi: Sebuah bot laju yang sedang dibaiki di bengkel di
Kampung Bohor Darat, Mukim Kedawang terbakar di sini, hari ini, menyebabkan
pemiliknya kerugian lebih RM80,000.
Ketika kejadian pada jam 6.30 petang tadi, pemilik bot warga
Australia tiada di tempat kejadian.
Pemilik bengkel, Mohd Yusof Mohd Zam, 53, berkata, kejadian
berlaku pantas ketika beliau sedang membuat persiapan untuk menutup bengkel
selepas semua pekerjanya sudah pulang.
"Pada mulanya saya nampak asap seperti ubat nyamuk dan
saya mencurah tempat yang berasap itu dengan air.
“Bagaimanapun secara tiba-tiba api menjulang tinggi dan
sukar dikawal sebelum menelefon bomba," katanya ketika ditemui di tempat
kejadian.
Tiga jentera bomba dengan 30 anggota masing-masing dua dari
Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBDPM) Jalan Ayer Hangat dan satu dari
BBDPM Jalan Persiaran Putra ke lokasi dan mengawal kebakaran daripada merebak
ke lapan bot lain yang turut berada dalam bengkel itu setengah jam kemudian.
Ketua BBDPM Langkawi, Penolong Kanan Pegawai Bomba, Yaakob
Hassan berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih
disiasat.
10 November 2014
8:57 AM
Kg Sungai Itau
Langkawi: Sekumpulan nelayan yang mahu turun ke laut
terkejut menemui sejumlah 1,840 peluru hidup di pangkalan nelayan Kampung
Belanga Pechah di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pertama, nelayan terbabit menemui 920 peluru
jenis 7.62 milimeter (mm) diisi di dalam kotak hitam yang terbenam dalam selut
pada jam 1 petang sebelum melaporkan penemuan itu kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Harrith Kam
Abdullah berkata, susulan laporan itu sepasukan polis dihantar ke tempat
kejadian untuk menyiasat.
"Hasil siasatan polis mendapati, dalam kotak hitam yang
ditemui nelayan terbabit mengandungi 46 kotak kecil yang setiap satu
mengandungi 20 butir peluru hidup jenis 7.62mm.
"Kemudian, jam 6 petang, sejumlah 920 peluru lagi dari
jenis sama yang dibungkus dengan plastik merah ditemui terbenam dalam selut
tidak jauh daripada lokasi pertama peluru terbabit ditemui," katanya pada
sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, di sini, semalam.
09 November 2014
12:09 PM
Kg Sungai Itau
Dalam ucapan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak mengumumkan kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan
(GST) bermula 1 April 2015.
Katanya, GST merupakan satu "sistem cukai yang adil dan
menyeluruh yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia."
Jika anda masih tidak pasti apakah itu GST,Soal Jawabberikut
mungkin boleh membantu:
Apakah pengumuman Kerajaan mengenai Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST)?
Kerajaan mencadangkan cukai jualan (5%) dan cukai
perkhidmatan ( 10%) dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan digantikan dengan GST.
Mengapa kerajaan
melaksanakan GST?
Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada.
Kerajaan mengatakan bahawa cukai jualan dan cukai
perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke
atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang
dieksport dan isu-isu harga pindahan.
Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada
kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.
Apakah kadar GST?
Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%.
Bagaimana kadar ini berbanding dengan negara-negara lain?
Kerajaan berkata kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan
negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan
7% di Singapura dan Thailand.
Bilakah GST akan
berkuatkuasa?
Mulai 1 April 2015.
Apa yang dikenakan
GST ?
Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua
barangan dan perkhidmatan.
Adakah ini bermakna
bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?
Tidak semestinya. Sesetengah barangan dan perkhidmatan
dikecualikan cukai.
Dalam ucapan Najib, beliau mengatakan bahawa barangan
makanan asas tidak dikenakan GST (beras, gula, garam, tepung, minyak masak,
kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan)
Selain itu, barang dan perkhidmatan yang dikecuali adalah:
Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi
pengguna.
Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: pengeluaran
pasport, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah.
Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri,
bot, tol lebuh raya.
Jual beli dan sewa rumah kediaman
Perkhidmatan kewangan terpilih
Ya. Kerajaan merancang untuk pelbagai bantuan dan sokongan
dalam tempoh peralihan ini. Pertama, Kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali
RM300 kepada penerima BR1M.
Adakah kita masih
perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?
Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak
1-3 % untuk semua pembayar cukai.
Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan
struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.
Pendapatan bercukai dinaikkan kepada melebihi RM400,000 dan
kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%
Bagaimana pula dengan
perniagaan?
Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat
daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016
Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20%
kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai
tahun taksiran 2015
Potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai
mulai tahun taksiran 2015
Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan
perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015
Geran latihan GST RM100 juta
Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan
Mengapa GST ini
dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?
Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah
rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.
Berapa banyak negara
lain yang telah melaksanakan GST?
Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST.
Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah" telus,
berkesan dan sistem cukai yang adil"
Adakah harga barangan
naik?
Dalam ucapan beliau, Najib berkata pengguna hanya perlu
membayar satu kali cukai sahaja.
Beliau juga berkata perubahan harga barang atau perkhidmatan
apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum. Malahan, ada harga barangan yang
akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau
tidak.
Najib juga telah memberi amaran kepada pihak yang akan
mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan
sewenang-wenangnya. Kerajaan juga berjanji untuk sentiasa memantau harga dan
usaha penguatkuasaan akan dipertingkatkan.
Apa lagi yang
Kerajaan akan lakukan dalam pelaksanaan GST?
Satu jawatankuasa pemantauan GST akan ditubuhkan. Ia akan
dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua dengan ahli-ahli dari agensi-agensi
kerajaan yang lain, serta pihak industri dan NGO.
02 November 2014
11:34 AM
Kg Sungai Itau
Pengenalan
Program Teman Pili Bomba diperkenalkan sejak tahun 1986 bagi
mewujudkan kerjasama erat di antara masyarakat dengan Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia (JBPM). Program ini
berperanan menyedarkan orang ramai tentang pentingnya penjagaan pili Bomba
serta memastikan pili Bomba di kawasan masing-masing berada dalam keadaan baik
bagi menangani sesuatu kecemasan.
Terdapat dua ketegori pili Bomba yang dibina iaitu pili
Bomba awam dan pili Bomba swasta. Pili
Bomba awam dipasang di kawasan atau premis awam seperti kampong, taman
perumahan, kampong baru, tempat reakreasi dan di tepi jalan, dengan jarak perantaraan dalam lingkungan
91.5 meter. Pili Bomba swasta pula
merupakan pili Bomba yang dibina di kawasan atau premis persendirian seperti
gedung, kilang, kedai dan gudang yang merupakan hak milik pihak persendirian.
Penumpuan program diberikan kepada pili Bomba awam. Pili Bomba swasta juga digalakkan menyertai
program ini.
Bapa/ibu angkat pili Bomba dalam program Teman Pili Bomba
ialah mereka yang dilantik atau dipilih oleh JBPM untuk mengawalselia atau
menjaga pili Bomba. Mereka terdiri
daripada orang perseorangan, kakitangan
kerajaan atau swasta, syarikat
swasta, ahli-ahli pertubuhan
sukarela, ahli-ahli bukan kerajaan (NGO)
atau pengerusi/setiausaha persatuan penduduk.
Keahlian
Keahlian program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat
yang berumur 18 tahun ke atas.
Penyertaan hendaklah menggunakan Borang PB2001 yang boleh
didapati di semua Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran.
Borang hendaklah dibuat dalam 3 salinan dan majukan kepada
Ketua Balai untuk dipertimbangkan.
Ketua Balai akan menyemak permohonan seterusnya membuat
pertimbangan dan sokongan.
Ketua Balai akan mengemukanan permohonan kepada Pengarah
Bomba dan Penyelamat Negeri dan mendapatkan/mengeluarkan surat perlantikan.
Surat perlantikan daripada Pengarah Negeri kepada Ketua
Balai.
SIJIL TEMAN PILI BOMBA akan dikeluarkan oleh Jabatan Bomba
dan Penyelamat Negeri kepada Bapa atau Ibu Angkat pili Bomba.
Peranan Dan Tanggungjawab Teman Pili Bomba
Program Teman Pili Bomba amat mengharapkan kepada Bapa atau
Ibu Angkat pili Bomba supaya dapat berperanan sebagai penjaga dan pelapor
kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan harapan supaya pili bomba ;
Tidak terhalang oleh sesiapa dengan meletakkan bahan-bahan
binaan seperti pasir, kayu, besi,
simen atau lain-lain corak halangan.
Tidak ada kenderaan diletakkan di tepi atau di atas pili
bomba dan laporan kepada Bahagian Keselamatan Kebakaran Daerah atau
Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia.
Memastikan kerja-kerja membaiki atau menurap jalan oleh
mana-mana pihak, tidak menutup atau
menurap ‘hydrant pit'. Melaporkan kepada
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia jika perkara ini dilakukan.
Melaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan
Jabatan Kerja atau Polis sekiranya ternampak sesiapa mencuri air daripada pili
Bomba.
Membersihkan rumput-rampai atau sebarang perkakas yang
menghalang atau melindungi pili Bomba supaya mudah dilihat.
Membersih pasir,
tanah, batu dan lain-lain yang
masuk ke dalam lubang pili Bomba khususnya selepas musim hujan.
Melaporkan kepada Jabatan Kerja Air atau Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia jika terdapat kebocoran atau apa-apa kerosakan.
Mengawasi kecurian kompenan-kompenan pili Bomba oleh orang
yang tidak bertanggungjawab.
Membantu mengecat pili Bomba jika diperlukan.
"SERTAILAH TEMA PILI BOMBA UNTUK MEMBANTU MEWUJUDKAN
KESEJAHTERAAN KESELAMATAN KEBAKARAN KELUARGA TERJAMIN"
20 October 2014
8:38 AM
Kg Sungai Itau
KEDAH selaku pasukan bukan pilihan, sekali lagi mencipta
kejutan apabila berjaya mengatasi juara bertahan, Pahang 3-1 pada saingan
separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia 2014 di Stadium Darul Aman Alor
Setar, malam tadi.
Bermain di hadapan lebih 30,000 penyokong sendiri, Kedah
memulakan permainan dengan aksi meyakinkan dengan melakukan serangan bertali
arus ke gawang pasukan lawan.
Usaha skuad Helang Merah membuahkan hasil seawal minit
kesembilan menerusi pemain importnya, Namkung Woong yang melepaskan rembatan
kecang daripada luar kotak penalti untuk membolehkan tuan rumah mendahului 1-0.
Skuad Tok Gajah yang cuba untuk bangkit, sekali lagi
dikecewakan apabila gawang golnya dibolosi sekali lagi pada minit ke-49
menerusi Mohd. Farhan Roslan yang menanduk kemas bola hantaran Baddrol
Bakhtiar.
Namun, pada minit-minit akhir perlawanan, gawang Helang
Merah berjaya dibolosi Pahang menerusi Matias Ruben Conti.
Bagaimanapun, kegembiraan Pahang hanya seketika apabila
Kedah berjaya menyumbat gol ketiga menerusi Khyril Muhymeen, sekali gus
membolehkan Kedah mendahului 3-1.
Skuad Tok Gajah turut membuat asakan namun ternyata benteng
pertahanan Kedah selaku juara trebel musim 2007/08 sukar ditembusi.
Kelebihan agregat dua gol itu akan menjadi pembakar semangat
kepada Kedah untuk terus menyumbat gol di tempat lawan pada aksi separuh akhir
kedua yang akan berlangsung di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang pada 24
Oktober nanti.
Hadir menyaksikan perlawanan malam tadi ialah Tengku
Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Menteri
Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir.
“Saya kagum dengan komitmen para pemain Kedah pada
perlawnaan ini. Mereka telah bekerja keras sepanjang perlawanan ini dan inilah
hasilnya. Saya berharap rentak cemerlang ini akan diterukan pada aksi kedua di
Kuantan nanti,” jelas jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe.
19 October 2014
2:32 PM
Kg Sungai Itau
GOMBAK: Dua maut manakala tiga lagi cedera membabitkan
kemalangan lima motosikal besar berkuasa tinggi dengan enam kereta di Kilometer
26 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur, di sini kira-kira jam 11 pagi
tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Ismail
Kamarudin berkata, seorang mangsa maut kerana rentung akibat motosikal
terbakar, manakala seorang lagi tersepit di bawah sebuah kereta Honda.
Katanya, tiga lagi mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital
Selayang.
18 October 2014
10:30 PM
Kg Sungai Itau
LANGKAWI: Pelumba Slovakia, Michal Lami dan Eva Lechner dari
Itali menepati ramalan apabila muncul juara keseluruhan kategori Lelaki dan
Wanita Elit dalam Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2014 yang
berakhir di sini, hari ini.
Lami, dari pasukan kebangsaan Slovakia, menduduki tempat
kesembilan pada peringkat kelima dan terakhir hari ini namun ia mencukupi
untuknya mengekalkan jersi kuning yang dimenangi pada peringkat keempat
semalam.
Ini membolehkannya dinobatkan sebagai juara kategori Lelaki
Elit edisi kelima perlumbaan ini.
Selepas tamat perlumbaan hari ini yang membabitkan 11
pusingan di atas trek 1.6km (17.6km) di Pantai Lagenda, Lami yang pertama kali
menyertai LIMBC mencatatkan masa terkumpul sembilan jam 14 minit 19.50 saat
(9:14:19.50s) untuk mengetepikan tiga juara sebelum ini iaitu Karl Platt
(2011), Fabian Giger (2012) dan Kohei Yamamoto (2013).
Paling menarik, Lami muncul juara keseluruhan tanpa muncul
pemenang bagi mana-mana peringkat sejak kejohanan bermula dengan acara prolog
ujian masa individu Isnin lepas.
Pelumba Jerman, Platt yang mewakili Bulls Team di tempat
kedua keseluruhan dengan catatan masa 9:14:54.30s manakala Giger dari
Switzerland yang mewakili pasukan Giant Pro XC di tempat ketiga dengan catatan
9:17:13.00s.
Lami jelas gembira kerana pada kemunculan sulungnya berjaya
menewaskan tiga bekas juara sebelum ini.
"Bagi pusingan pertama perlumbaan hari ini, saya berada
dalam kumpulan pertama tetapi gagal mengejar pada pusingan kedua... namun, saya
tidak kisah kerana mahu menumpukan perhatian kepada gelaran juara keseluruhan
selain mengekalkan jersi kuning yang dimenangi semalam.
"LIMBC adalah perlumbaan terakhir saya bagi tahun ini.
Selepas ini, saya mahu berehat sepuas-puasnya," katanya kepada pemberita
di sini, hari ini.
Pada peringkat kelima hari ini, pelumba kebangsaan Denmark
mendominasi tiga tempat teratas dengan Sebastian Fini Cartensen muncul pemenang
dengan catatan masa 28 minit 11.70 saat (0:28:11.70s) manakala Nells Bech
Rasmussen di tempat kedua (0:28:13.40s) manakala Louis Bendixen di tempat
ketiga dengan catatan masa 0:28:13.80.
Dalam kategori Wanita Elit, Lechner yang mewakili pasukan
Colnago Suditrol terus cemerlang mengekalkan jersi merah jambu selepas
mencatatkan masa keseluruhan 9:15:55.30s manakala pelumba Slovenia, Tanja
Zakelj yang mewakili pasukan Unior Tools di tempat kedua (9:26:16.90s).
Pelumba senegara Zakelj, Blaza Klemencic yang mewakili
pasukan Slovenia di tempat ketiga dengan catatan masa 9:28:53.50s.
Lechner berkata beliau amat gembira muncul juara tahun ini
yang disifatkan sebagai pertandingan yang menyeronokkan dan berharap dapat
menyertai edisi keenam LIMBC tahun hadapan bagi membolehkannya mempertahankan
kejuaraannya.
Bagi peringkat kelima kategori Wanita Elit membabitkan jarak
16 km (10 pusingan) hari ini, Lechner memenangi perlumbaan dengan catatan masa
0:30:48.30s manakala Klemencic di tempat kedua (0:30:52.40s) dan rakan
sepasukan Lechner, Nathalie Schneitier dari Switzerland di tempat ketiga dengan
catatan masa 0:31:00.20s.
10:17 PM
Kg Sungai Itau
LANGKAWI - Seorang lelaki warga Jerman maut selepas terjatuh
ke dalam gaung ketika mendaki kawasan berbukit di Hutan Lipur Telaga Tujuh di
sini hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Alexzande Anton, 24, maut di tempat
kejadian akibat kecederaan dalaman setelah terjatuh ke dalam gaung dengan
kedalaman kira-kira 76 meter.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Penolong Kanan
Penguasa Bomba Yaakob Hassan memberitahu, pihaknya menerima maklumat berhubung
kejadian kira-kira pukul 3.15 petang.
"Pasukan bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 3.50
petang dan mangsa ditemui di kawasan gaung dengan kedalaman kira-kira 76
meter," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya berjaya dibawa naik ke
kawasan selamat kira-kira pukul 4.50 petang dan mayat dibawa ke Hospital
Langkawi untuk dibedah siasat.
14 October 2014
5:00 PM
Kg Sungai Itau
Sebuah lagi perkampungan Melayu di
negeri ini iaitu Kampung Mutiara, Batu Feringgi di sini, bakal lenyap selepas
lebih 200 penduduknya diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing.
Kampung berkenaan yang terletak berhampiran lokasi
pelancongan popular di sini wujud sejak 1950-an dan menempatkan kira-kira 48
buah keluarga.
Hari ini, penduduk kampung itu mengadakan demonstrasi bagi
menyuarakan nasib mereka yang diarahkan berpindah tanpa pampasan dan rumah
ganti.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP)
kampung berkenaan, Ismadi Abu Bakar berkata, masalah mereka bermula pada 2007
apabila tuan tanah yang menetap di Selangor menyerahkan notis pengosongan
kepada mereka.
Menurutnya, keadaan bertambah sukar pada 2012 apabila mereka
diarah berpindah dengan notis terakhir diterima kira-kira tiga bulan lalu.
Tambah beliau, arahan pengosongan itu membabitkan sebanyak
48 buah rumah penduduk yang terletak di lot A dan B manakala penduduk tidak
dimaklumkan jenis pembangunan yang dirancang di kawasan tersebut.
"Sehubungan itu, kami meminta pihak berkuasa campur
tangan bagi membantu penduduk di sini yang tersepit. Majoritinya adalah
penduduk asal di Batu Feringgi dan ke mana kami hendak berpindah selepas
ini," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi itu.
Terdahulu, Ismadi bersama kira-kira 100 penduduk kampung itu
mengadakan demonstrasi sambil mendesak supaya keadilan diberikan kepada mereka
dan merayu kerajaan negeri campur tangan menyelamatkan perkampungan mereka.
Pelbagai sepanduk turut dibawa antaranya bertulis 'Jangan
Halau Kami', 'Kami Diusir Tanpa Pampasan' dan ' Tuan Tanah Tidak
Berperikemanusian' malah ada yang tidak dapat menahan sebak sehingga
mengalirkan air mata.
Menurut Ismadi, kawasan itu bukan perkampungan haram kerana
diiktiraf kerajaan dan pernah mendapat anugerah Johan Kampung Terbaik di negeri
ini.
Dalam masa sama, beliau mempersoalkan mengapa tiada usaha
daripada kerajaan negeri untuk mewartakan perkampungan itu sebagai kampung
warisan.
Sementara itu, penduduk, Che Melor Othman, 48, berkata, dia
berikrar untuk mempertahankan haknya sebagai penduduk kampung berkenaan dan
menuntut supaya pemilik tanah lebih bertimbang rasa.
"Bagaimana saya, suami serta empat anak mahu meneruskan
kehidupan kerana kami dihalau tanpa dibayar walaupun satu sen.
"Kami menuntut supaya diberikan rumah di kawasan ini
juga kerana kami anak jati kampung ini," katanya.
Saudara kembarnya, Che Bunga pula berkata, mereka mahu terus
menetap di situ kerana terdapat masjid di kawasan berhampiran selain mewarisi
tempat tersebut daripada nenek moyang.
"Jangan main- main dengan kami orang Melayu di sini
kerana apabila keadaan mendesak seperti ini, kami akan bangkit mempertahankan
hak kami," katanya.
Bagi Aminah Said, 51, pula katanya, dia dan keluarga
terpaksa menanggung kerugian besar kerana rumahnya bakal musnah selain perlu
mengeluarkan perbelanjaan menyewa atau membeli rumah baharu di negeri ini yang
sangat mahal.
"Saya hanya suri rumah dengan tiga orang anak.
Bagaimana saya mahu mencari duit untuk berpindah?" katanya.
09 October 2014
3:14 PM
Kg Sungai Itau
Bom Kedua berjaya dimusnahkan oleh Skuad Pemusnah BOM PDRM
sebentar tadi. Ini adalah petanda tidak baik untuk Malaysia. Macam-macam benda
yang pelik berlaku di Malaysia sekarang ini.
Kawasan Bukit Bintang di Kuala Lumpur digemparkan dengan
kejadian letupan bom dipercayai bom tangan depan sebuah kelab malam di Sun
Complex.
Kejadian jam 4.20 pagi Khamis itu menyebabkan seorang maut
dan 13 lagi cedera.
Mangsa yang mati akibat cedera patah ialah seorang joki
kereta di kenali sebagai Tiong Kwong Yie, 36.
Selain rakyat tempatan antara mereka yang cedera ialah
rakyat China,Thailand dan Singapura.
Polis tidak menolak kemungkinan letupan itu gara-gara
permusuhan antara kongsi gelap.
Sun Complex di Jalan Bukit Bintang itu terletak berdekatan
dengan Sungai Wan Plaza dan Plaza Low Yat yang merupakan pusat membeli belah
popular di situ.
Sebanyak empat kenderaan juga rosak dalam kejadian tersebut.
Dipercayai letupan itu berpunca dari bom jenis hand grenade
(bom tangan) yang dicampak dari tingkat dua bangunan ke bawah, sebiji meletup
dan sebiji lagi ditemui tidak meletup di bawah kereta.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP
Khairi Ahrasa berkata dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, sebanyak dua bom
dilemparkan dari aras dua tempat letak kereta bangunan itu.
"Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas
bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak
meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab
malam tersebut," katanya.
Katanya, semua mangsa termasuk seorang yang cedera parah
dihantar ke Hospital Kuala Lumpur manakala tujuh lagi dihantar ke Hospital Tung
Shin untuk rawatan lanjut.
"Kami sedang mengenal pasti motif sebenar kejadian,
latar belakang mangsa dan bahan letupan yang digunakan. Kami menerima panggilan
daripada orang awam pada 4.25 pagi berhubung kes itu," katanya.
Sementara itu, polis akan membuat siasatan menyeluruh
berhubung kes letupan itu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi.
Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan polis dan masih
terlalu awal untuk mengaitkan kejadian dengan sebarang kemungkinan termasuk
tindakan pengganas.
SEMENTARA ITU, Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan 11
daripada mangsa kejadian letupan bom di Bukit Bintang iaitu tujuh lelaki dan
empat wanita mendapat rawatan di situ .
Jurucakap HKL berkata, ia membabitkan lima warga tempatan,
empat warga China serta masing-masing seorang warga Thailand dan Singapura.
Bagaimanapun seorang warga tempatan yang menjalani rawatan
pembedahan di HKL meninggal sebentar tadi.
Manakala 10 lagi mangsa masih mendapatkan rawatan di
bahagian kecemasan, dua daripadanya di zon merah.
Setakat ini, mangsa yang meninggal dunia masih belum dibedah
siasat.
Sementara itu, pihak kedutaan berkaitan sudah dimaklumkan
dan hadir ke HKL untuk mengenal pasti identiti mangsa.
08 October 2014
8:16 AM
Kg Sungai Itau
Firman Allah dalam ayat 38 – 40 surah Yaasiin; maksudnya:
Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan
siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;
Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar
ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa,
lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui
beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke
peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.(Dengan
ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan
malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar
terapung-apung di tempat edarannya masing-masing
Kejadian gerhana bulan mengajak kita untuk menambahkan lagi
keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala sebagai
Pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan
seumpamanya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara
berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di
waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wata’ala jua. Ia
mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri antaranya bagi tujuan membolehkan
manusia untuk bekerja pada siang hari dengan mudah dan pada malam hari pula
dapat berehat dan bermunajat kepada Allah dengan tenang.
Pergerakan matahari dan bulan yang teratur dan tetap juga
dapat digunakan oleh manusia untuk dijadikan kalendar tahunan samada
berdasarkan pergerakan matahari bagi kalendar Masihi dan mengikut peredaran
bulan bagi taqwim Hijrah. Oleh itu setiap kejadian yang berlaku termasuk
gerhana bulan pada malam ini adalah untuk mengetuk hati kita agar bersyukur dan
mengingati Allah sepanjang masa dan tempat. Kita sentiasa diminta agar berfikir
tentang kejadian alam ciptaan Allah dalam mengenali sifat-sifat Allah dan juga
mengakui diri kita sebagai hamba yang serba lemah
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara
berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah (Solat
berjemaah)
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى
سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat
kerana Allah Taala.”
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari
أُصَلِّى
سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua
rakaat kerana Allah Taala.”
Cara & Bilangan Rakaat
Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;
i. Yang
terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2
qiyamyang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat
(Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua
rakaat solat sunat gerhana). Ini adalah
cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan
melibatkan masa yang amat panjang. Kadar
panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama,
sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam
qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat). Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100
ayat dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku’ dan
sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar
bacaan 50 ayat dalam ruku’ dan sujud keempat.
ii. Yang
lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan
tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Ini adalah cara yang sederhana dan tidak
memakan masa yang lama.
iii. Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang
paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.
Huraian Cara Kedua (Sederhana Panjang)
Berikut adalah huraian cara solat gerhana dalam tempoh yang
sederhana iaitu sekitar 30-40 minit berdasarkan pengalaman menunaikan solat
gerhana bulan pada hari Selasa 15 Syaaban 1428 bersamaan 28 Ogos 2007
lalu. Turut dicadangkan bacaan
surah-surah pilihan daripada juzuk ke-30 yang lebih dikenali di kalangan
masyarakat kita dengan ’ayat-ayat lazim’.
(Rakaat Pertama)
1. Takbiratul
Ihram.
2. Membaca doa
iftitah.
3. Membaca
Isti’azah. (أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَانِ
الرَّجِيْمِ)
4. Membaca
surah al-Fatihah.
5. Membaca
surah dalam qiyam pertama. Dicadangkan
membaca surah surah al-Baqarah (ayat 1-25) atau surah al-A’laa (19 ayat).
6. Ruku’
(pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
7. Iktidal dan
qiyam kedua, membaca surah al-Fatihah dan surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat
26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).
8. Ruku’
(kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih).
9. Iktidal.
10. Sujud
(pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
11. Duduk
antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
12. Sujud
(kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih).
13. Berdiri ke
rakaat kedua.
(Rakaat Kedua)
1. Qiyam
ketiga dan membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca
surah. Dicadangkan membaca surah
al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah al-Syams (15 ayat).
3. Ruku’ (ketiga)
dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
4. Iktidal dan
qiyam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat
62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat).
5. Ruku’
(keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih).
6. Iktidal.
7. Sujud
(ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
8. Duduk
antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
9. Sujud
(keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih).
10. Membaca
tasyahhud akhir.
11. Memberi
salam & imam bangun menyampaikan dua khutbah.
RUJUKAN
Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia hukum wanita dan keluarga,
Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam.
Pustaka Dini.
al-Dimyāti al-Bakri, Abū Bakr bin ‘Uthmān bin Muhammad
Shattā, Hāshiyat i‘ānat al-tālibin, 1995, Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah,
jil. 1, hlm. 448.
Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Zād al-ma‘ād fi hady Khayr
al-‘ibād, 1994, Cet. ke-27, Beirut: Mu’assasat al-Risālah, jil. 1, hlm. 450-456.
Ibn Qudāmah, Muwaffaq al-Din Abū Muhammad ‘Abd Allah bin
Ahmad bin Muhammad bin Muhammad bin Qudāmah, al-Mughni, 1992, Cet. ke-2,
Kaherah: Hajar li al-Tibā‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi‘ wa al-I‘lān, jil. 3, hlm.
321-333.
al-Nawawi, Yahyā bin Sharaf, al-Azkār, 1991, cet. ke-3,
Madinah: Maktabat Dār al-Turāth & Damsyik: Dār Ibn Kathir, hlm. 291-293.
al-Nawawi, Yahyā bin Sharaf, al-Majmū‘, t.th, Jeddah:
Maktabat al-Irshād, jil. 5, hlm. 50-68.
al-Shāfi’i, Taqiy al-Din Abū Bakr bin Muhammad al-Husayni
al-Husni al-Dimashqi, Kifāyat al-akhyār fi hall qhāyat al-ikhtisār, 1991,
Beirut: Dār al-Khayr, hlm. 151-152.
Hasil nukilan;
Ustaz Hj. Nurazmallail bin Hj. Marni,
Pusat Pengajian Islam & Pembangunan Sosial,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)