DEWAN ORANG RAMAI SG ITAU
Dewan orang ramai Sg Itau telah dibina baru pada tahun 2013 mengantikan bangunan lama yang berusia hampir 50 tahun.
DATARAN JKKK SG ITAU
Dataran Jkkk merupakan aset tetap Jkkk Sg Itau, dibeli pada tahun 2004 seluas 1.5 hektar.
31 May 2015
9:26 AM
Kg Sungai Itau
KUALA PERLIS: Kampung Kurong Tengar, Kuala Perlis dan
Kampung Parit Tengah, Batu Pahat di Johor menerima Anugerah Desa Wawasan
kategori Kampung Tradisional sempena Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M)
peringkat kebangsaan 2014, di sini hari ini.
Anugerah itu disampaikan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kampung Kurong Tengar, dengan setiap kampung
menerima hadiah keseluruhan berjumlah RM700,000, merangkumi wang tunai RM50,000
dan projek ekonomi bernilai RM650,000.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kurong Tengar, Arani Mahmud, berkata
anugerah itu adalah hasil penyatuan tenaga semua penduduk kampung tanpa mengira
umur.
Beliau berkata penduduk kampung itu sudah melakukan pelbagai
inovasi antaranya membuat perangkap sampah daripada bahan-bahan terbuang.
"Kita kumpul botol plastik, buat perangkap sampah untuk bersihkan sungai,
..untuk cintai sungai kita," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata
mereka turut membuat baja takapura daripada sisa buangan di rumah untuk
digunakan sebagai baja tanaman. Menerusi sistem itu, Arani berkata mereka
secara tidak langsung dapat mengurangkan jumlah tapak pelupusan sampah di
kampung itu.
Penduduk di Kampung Kurong Tengar berjumlah sebanyak 480 orang
dengan 106 buah rumah dan kebanyakannya bekerja sebagai petani serta nelayan.
Arani berkata bagi menampung permintaan mempelam harum manis yang tinggi, setiap
rumah di kampung itu juga diminta menanam lima batang pokok itu.
ADS1M yang
bermula tahun lalu, adalah gabungan dua pertandingan di peringkat luar bandar
iaitu Anugerah Desa Cemerlang serta Anugerah Desa Sejahtera. Empat kategori
dipertandingkan iaitu Kampung Tradisional, Rumah Panjang Sarawak, Kampung Baru
Cina dan Kampung Orang Asli.
Kampung Orang Asli Tanjung Sepat, Kuala Langat,
Selangor memenangi kategori Kampung Orang Asli; Kampung Baru Bagan Samak,
Bandar Baharu, Kedah (kategori Kampung Baru Cina) dan Kampung Changgan, Ng
Ijit, Julau, Sarikei, Sarawak menerima anugerah sebagai Rumah Panjang Terbaik.
13 May 2015
11:34 AM
Kg Sungai Itau
Hari ini genap 46 tahun peristiwa hitam 13 May 1969
berlalu.satu peristiwa yang menjadi pelajaran untuk semua rakyat
malaysia.apabila kita tak menjalinkan kerjasama baik dalam kehidupan pelbagai
kaum.ia merupakan rusuhan kaum yang menjadi ingatan setiap orang yang
melaluinya.bagi genarasi muda yang tidak melalui peristiwa itu mungkin ada yang
tidak paham apa yg berlaku pada tarikh keramat itu.
Apa yang kita lihat dewasa ini.ada pihak cuba memprovokasi
perpaduan kaum ini demi kepentingan politik sempit dengan menghasut kaum-kaum
tertentu untuk membenci kaum lain.adakah mereka itu sedar dengan tindakan
mereka itu.atau mereka hanya khayal untuk berkuasa sahaja.tanpa memikirkan kesan
dari ucapan mereka itu.ada pihak yang sudah mula memainkan sentimen agama hanya
untuk memenangi undi kaum-kaum tertentu.
Adakah kita mahu mengulangi peristiwa hitam itu,adakah kita
mahu gadaikan keamanan yang kita kecapi ini hanya untuk memenuhi impian kita
untuk berkuasa,bagi saya secara peribadi tidak ingin peristiwa 13 May 1969 itu
berulang kerana akibat nya akan menyusahkan semua rakyat.
Bagi orang-orang melayu kita sudah kena terima hakikat
bahawa tanah air ini bukan milik mutlak kita lagi.kita harus berkongsi dengan
bangsa bangsa lain yang turut sama membangunkanya.apa yang kita harus buat
pertahankan hak-hak kita yang masih tinggal.supaya ada sesuatu yang boleh kita
pusakai kepada anak cucu kita kelak.
Bagi kaum-kaum bukan melayu hormatilah perasaan dan hak
orang-orang melayu supaya kita boleh hidup aman dibumi malaysia.hilangkan lah
syak wasangka diantara kita.supaya nasib anak cucu kita nanti terbela.
Bagi semua rakyat malaysia bersatulah untuk menjadi bangsa
malaysia yang kuat,dan hak -hak semua kaum dimalaysia tidak dinafikan.dan
jangan lah ditimbulkan apa sahaja provokasi yang boleh membuat kekacauan di
tanah air tercinta ini.
Sama-samalah kita menjaga keamanan tanahair tercinta ini.
Salam 1 Malaysia
12 May 2015
8:46 AM
Kg Sungai Itau
ALOR SETAR: Bermula 1 Jun ini, umat Islam yang tidak
menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut boleh dikenakan
hukuman mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, kata
Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).
Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIK Syeikh Ahmad
Fisol Omar berkata mereka yang didapati bersalah boleh disaman tidak lebih
RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. "Kita
tidak mengeluarkan saman secara membuta.
Kita akan bertindak mengikut aduan yang
dilaporkan orang awam terutama sekali yang tinggal dalam kariah sendiri.
"Sekiranya pesalah gagal memberi kerjasama, kita juga akan memohon waran
tangkap dari Hakim Mahkamah Syariah," katanya pada sidang media di
pejabatnya di sini.
Syeikh Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak aduan
mengenai kehadiran lelaki Islam di tempat-tempat awam di negeri ini ketika
waktu solat Jumaat, dan berharap undang-undang itu dapat membendung perbuatan
meninggalkan solat Jumaat.
Perkara mengenai kegagalan menunaikan solat Jumaat
itu termaktub dalam Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul
Aman) 2014, yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri tahun lepas.
Penguatkuasaan sepatutnya bermula pada 1 Februari lepas tetapi Bahagian
Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIK akan hanya mula menguatkuasakan
secara sepenuhnya 1 Jun ini. Syeikh Ahmad berkata, JAIK mengadakan jelajah di
12 daerah di negeri ini untuk memberi penerangan kepada pihak yang boleh
membantu dalam menguatkuasakan undang-undang itu.
"Poster dan pekeliling
tentang undang-undang itu turut diedarkan kepada 568 masjid di seluruh
Kedah," katanya.
Beliau berkata, orang awam boleh mendapatkan borang aduan
ketidakhadiran solat Jumaat itu di pejabat-pejabat agama daerah dan maklumat
pelapor akan dirahsiakan.
11 May 2015
9:44 AM
Kg Sungai Itau
Pendaratan PATI Rohingya/Bangladesh pada 12.15 pagi tadi, dimaklumkan ada sebuah bot membawa PATI tersangkut dekat breakwater Pantai Pasir Berdengung, Mukim Padang Matsirat, Langkawi.
Setakat sekarang seramai 77 lelaki Bangladesh, 28 lelaki Rohingya telah di bawa ke IPD Langkawi. Seramai 71 lelaki, 14 perempuan dan 11 kanak-kanak telah dikumpul untuk dibawa ke IPD.
Operasi mengesan masih dijalankan dan dipecayai 350 PATI telah mendara di sini. Info terkini mengesahkan 5 buah bot lagi masing-masing muat 350 orang PATI juga menuju ke Langkawi.
Sementara itu, agensi yang membantu mangsa PATI ialah RELA dengan bantuan APMM membuat rondaan untuk mengesan 5 bot lain.
SADA telah menyediakan sebuah tangki air untuk kegunaan PATI dan bantuan makanan dihulurkan atas ehsan petugas-petugas dan orang ramai.
Setakat ini keadaan masih terkawal dengan bantuan polis dan imigresen Langkawi.
Setakat sekarang seramai 77 lelaki Bangladesh, 28 lelaki Rohingya telah di bawa ke IPD Langkawi. Seramai 71 lelaki, 14 perempuan dan 11 kanak-kanak telah dikumpul untuk dibawa ke IPD.
Operasi mengesan masih dijalankan dan dipecayai 350 PATI telah mendara di sini. Info terkini mengesahkan 5 buah bot lagi masing-masing muat 350 orang PATI juga menuju ke Langkawi.
Sementara itu, agensi yang membantu mangsa PATI ialah RELA dengan bantuan APMM membuat rondaan untuk mengesan 5 bot lain.
SADA telah menyediakan sebuah tangki air untuk kegunaan PATI dan bantuan makanan dihulurkan atas ehsan petugas-petugas dan orang ramai.
Setakat ini keadaan masih terkawal dengan bantuan polis dan imigresen Langkawi.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)