DEWAN ORANG RAMAI SG ITAU
Dewan orang ramai Sg Itau telah dibina baru pada tahun 2013 mengantikan bangunan lama yang berusia hampir 50 tahun.
DATARAN JKKK SG ITAU
Dataran Jkkk merupakan aset tetap Jkkk Sg Itau, dibeli pada tahun 2004 seluas 1.5 hektar.
31 January 2015
2:48 PM
Kg Sungai Itau
Bekas selebriti TV3 Aziz Desa, 50, kini terlantar
di Hospital Langkawi (HL) akibat masalah buah pinggang yang kronik dan penyakit
kencing manis.
Aziz atau nama sebenar Abdul Azid dimasukkan ke hospital itu
sejak dua hari lalu selepas pengsan di rumah adiknya di Kampung Bayas, di sini.
Menurutnya, doktor mengesahkan penyakit buah pinggangnya
berada pada tahap serius dan sedang menunggu ujian darah sebelum menjalani
proses heamodialis dalam tempoh terdekat.
"Ini adalah kali keempat saya masuk hospital akibat
penyakit serius. Sebelum ni saya masuk hospital kerana penyakit kencing manis.
"Saya kemudian disahkan pula menghadapi masalah buah
pinggang pada tahap lima dan perlukan rawatan lanjut," katanya.
Beliau bersemangat sekali menerima tetamu yang datang melawat dan sempat menceritakan kisah-kisah lama.
"Arwah Cikgu Man adalah ayah angkat saya semasa saya kecil dulu" katanya.
29 January 2015
11:04 AM
Kg Sungai Itau
Langkawi: Dua pelancong maut apabila motosikal ditunggang
mereka dirempuh kereta di persimpangan Jalan Kilim-Ayer Hangat, di sini, petang
tadi.
Dalam kejadian 3.25 petang itu, penunggang skuter, Tarek
Ibrahim Ahmed Hamza, 45, seorang doktor berasal dari Garbia, Mesir, disahkan
mati di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Pasangannya yang juga pembonceng, Marwa Ibrahim Ahmad
Elbendary, 39, seorang ahli farmasi, patah rusuk dan paha dilaporkan mati
ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Langkawi (HL).
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harrith Kam
Abdullah berkata, kemalangan berpunca apabila skuter dinaiki mangsa dalam
perjalanan dari Kuah ke Ayer Hangat telah memasuki laluan bertentangan dan brek
mengejut.
"Penunggang terbabit hilang kawalan menyebabkan mereka
terjatuh di atas jalan raya sebelum kedua-duanya dirempuh kereta dari arah
bertentangan.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta
Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
26 January 2015
10:45 AM
Kg Sungai Itau
25 Januari 2015 – Kira-kira jam 2.30 petang tadi,bertempat
di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah telah diadakan sidang media
oleh SUPT Abd Razak bin Md Zin ,Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Kontinjen Kedah berkaitan kejayaan dan tangkapan dan rampasan dadah.
Bertarikh 21 Januari 2015 jam lebih kurang 11.00
pagi,sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Kedah telah berjaya menangkap 2 orang lelaki di sekitar Kuala Kedah
dan telah merampas 5 paket dipercayai dadah jenis syabu anggaran berat 407.00gm
dan 5 paket dipercayai dadah jenis heroin anggaran berat 2.3kg bernilai RM
79,000.00 yang telah dijumpai di dalam kereta jenis Toyota Vios yang dinaiki
oleh kedua-dua sapek.Turut disita wang tunai RM 2005.00 yang dipercayai hasil
jual beli dadah.
Kedua-dua saspek ditahan reman dan kes disiasat di bawah sek
39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam satu kes yang berasingan,bertarikh 22 Januari 2015 jam
lebih kurang 9 pagi sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik,IPD
Langkawi telah berjaya menangkap satu lelaki di kawasan Kompleks Jeti Feri
Kuah,Langkawi.Hasil pemeriksaan telah menjumpai dipercayai dadah jenis syabu
anggaran berat 250gm di dalam beg silang yang dipakainya.Nilai rampasan yang
dianggarkan RM 27,500.00.
Hasil dari tangkapan tersebut,pihak polis telah membuat
tindakan susulan pada hari yang sama jam lebih kurang 1.50 petang telah
menyerbu sebuah rumah di Kedawang ,Langkawi.Hasil serbuan tersebut,pihak polis
telah menangkap 2 lelaki dan 1 orang wanita dan merampas 72.6gm dipercayai
dadah jenis Heroin,0.5gm syabu dan sebiji pil WY.
Ketiga-tiga saspek ditahan reman sehingga 29/1/2015 dan kes
disiasat di bawak akta 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Sumber PDRM Kedah
19 January 2015
11:13 AM
Kg Sungai Itau
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah apabila ulamak
tersohor daripada bumi Padang Terap iaitu Tuan Guru Pak Teh Mat telah terpilih
sebagai salah seorang daripada penerima Darjah Setia Diraja Kedah yg membawa
gelaran Dato. Sebenarnya admin mendapat perkhabaran ini pada malam semalam.
Namun atas dasar menghormati pihak bertanggungjawap maka hal ini tidak
dihebahkan . Admin sudah menyediakan slot khas khusus untuk Tuan Guru Pak Teh
Mat ini. Jom kenali ulamak tersohor ini..
Nama sebenar Pak Teh Mat ialah Haji Ahmad bin Haji Muhammad
Nor. Namun di sebelah Padang Terap dan Pokok Sena beliau lebih dikenali sebagai
Pak Teh Mat sahaja. Pak Teh Mat adalah pengasas Sekolah Agama Ahmadiah,Padang
Nyior,Padang Terap,Kedah. Beliau dilahirkan pada malam jumaat 14 Syaaban 1328
bersamaa dengan 14 Mac 1925 di Kampung Bukit Sebelah,Kariah Padang
Gelenggang,Padang Terap. Mendapat pendidikan awal di SekolahKebangsaan Padang
Terap pada tahun 1931 hingga lulus darjah empat pada tahun 1935.
Kemudian beliau meneruskan pengajian beliau di Pondok
Merbok,Bedong Kedah. Di sini beliau berguru kepada Tuan Guru Mursyid DiRaja
Haji Abdurrahman bin Haji Abdullah yg lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji
Abdurrahman Merbok. Pak Teh Mat juga menjadi pelajar terbaik di Pondok Merbok.
Antara pantun Tuan Guru Abdurrahman Merbok yg masih diingati oleh Pak Teh Mat
ialah :
Empat kepoi satu cupak
Empat cupak satu gantang
Tidak betoi ibu bapak
Anak-anak lintang pukang.
Kemudian pada tahun 1940, Pak Teh Mat belajar dengan ulamak
zuhud terkenal iaitu Tuan Guru Haji Saad bin Lebai Awang di Pondok Mogoi
sehingga tahun 1943. Atas saranan gurunya iaitu Tuan Guru Haji Saad, beliau
meneruskan pengajiannya di Pondok Gajah Mati. Di sini beliau berguru dengan
Tuan Guru Pak Chu Him dan Tuan Guru Sheikh Abdul Qadir Al Mandili (guru
pembantu) sehingga tahun 1947. Tuan Guru Pak Chu Him menyarankan agar Pak Teh
Mat melanjutkan pengajiannya di Mekah pula. Takdir Tuhan..ketika itu ayahanda
Pak Teh Mat meninggal dunia akibat sakit tua. Setelah genap 7 hari ayahanda
tercintanya meninggal, Pak Teh Mat mula berangkat ke Mekah bagi mencari ilmu
agama.
Perjalanan ke Mekah pada zaman itu bukannya seperti zaman
sekarang. Pak Teh Mat terpaksa berjalan kaki berkelana meredah hutan belantara
mendaki bukit bukau untuk menuju ke pelabuhan di Pattani,Thailand. daripada
Pattani,Pak Teh Mat akan menaiki kapal laut selama 3 bulan sebelum tiba ke
destinasinya. Pakteh Mat bermukim di Mekah selama 10 tahun. Di Mekah beliau
berguru dengan Syeikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir Al Fathani atau lebih dikenali
sebagai Pak Da Eil yg merupakan pengarang Kitab Bakurah Al Amani. Di Mekah juga
beliau belajar dengan Syeikh Abdul Wadir bin Abdul Muthalib Al Mandili, Sheikh
Daud Kelantan,Syeikh Afnan Al Jawi, Syeikh Sulaiman Al Jawi, Syeikh Zakaria
Bila, Syeikh Hassan Al Masyath,Sayyid Alawi dan lain-lain lagi.
Pak Teh Mat mendirikan rumahtangga dengan anak gurunya
sendiri Pak Chu Him iaitu Hajah Wan Solehah Binti Haji Wan Ibrahim Al-Fattani
(Pak Chu Him) yg diakadkan sendiri oleh Tuan Guru Pak Da Eil di Mekah. Selepas
beliau kembali ke tanahair. Pak Teh Mat telah membuka pondok pengajian di
Padang Nyior,Padang Terap,Kedah di atas tanah seluas 8 relung. Terdapat 180
buah pondok di mana 30 daripadanya adalah pondok pelajar putera,40 pondok lagi
merupakan pondok pelajar puteri dan selebihnya pula adalah pondok bagi warga
tua.
Sebelum ini Pak Teh Mat pernah mendapat pingat PJK sebelum
ini serta pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah dan
Negeri. Malah Pak Teh Mat juga pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru dan
Pendakwah dan dilantik menjadi Guru Taa'mir di surau dan masjid.
Begitulah serba sedikit latar belakang seorang tokoh ulamak
yg disegani iaitu Pak Teh Mat. Bagi admin,Pak Teh Mat merupakan tokoh ulamak
besar Ahli Sunnah Wal Jamaah yg masih lagi hidup. Malah admin juga merasa
berbangga apabila YAB MB Kedah sendiri yg mencadangkan agar Pak Teh Mat ini
dikurniakan darjah kebesaran yg membawa gelaran Dato yg kemudiannya disokong
oleh daripada UMNO Bahagian Padang Terap (bukan individu). Inilh yg kita
mahukan. Ulamak turut sama diberi pengiktirafan terhadap sumbangan mereka
kepada masyarakat selama ini. Gandingan umarak dan ulamak di negeri Kedah
ketika ini pasti akan menghasilkan hasil yg sangat baik di kemudian hari. In
Sya Allah.
06 January 2015
12:03 PM
Kg Sungai Itau
6 JAN: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memberi jaminan
pihak pengurusan akan mengutamakan
kebajikan petugas-petugasnya serta keluarga mereka, terutamanya dalam soal
wang, kediaman dan persekolahan anak-anak yang terjejas banjir.
Pengerusi KTMB Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, ramai petugas
dan keluarga kakitangan KTMB turut terjejas dalam banjir yang luar biasa kali
ini.
“Hari ini pengurusan buat keputusan membayar duit ex gratia
RM500 seorang atau minimum setengah bulan gaji. Dalam minggu ini juga, kita
akan release lagi RM500 untuk bantuan banjir, dan RM1,000 di bawah jawatankuasa
kebajikan KTM,” katanya di Kuala Krai, Isnin.
Beliau berharap bantuan berkenaan dapat membantu petugas
menguruskan hal sekolah anak-anak, di samping keputusan kerajaan untuk
mempercepatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Nawawi yang juga ahli parlimen Langkawi berkata
petugas-petugas yang kawasan mereka terjejas teruk mungkin akan ditempatkan di
kawasan lain mengikut skop tugas masing-masing.
Beliau turut meminta pengurus stesen kawasan yang terjejas
supaya mendapatkan kuarters sementara bagi petugas-petugas yang kediaman mereka
musnah akibat banjir.
Nawawi turut melahirkan penghargaan kepada Rejimen Pakar
Pengendalian Keretapi ke-50 Rejimen Askar Jurutera Diraja atas komitmen mereka
ketika terlibat dalam operasi menyelamat mangsa banjir serta membantu
membersihkan landasan dan stesen yang terjejas.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)