Dipagi Hari Memasang Rokan Cuaca Terasa Sejuk & Dingin Selamat Datang Kami Ucapkan Ke Laman Web Kg Beringin
*****************************
Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan atau cadangan dan pandangan, anda bolehlah email ke kgberingin@gmail.com atau pm di facebook kami untuk perhatian dan tindakan pihak kami
InsyaAllah, pihak kami akan cuba membantu dan mengambil perhatian terhadap perkara perkara tersebut
*****************************
Makluman
Selamat datang ke Kg Sg Itau, Mukim Ayer Hangat, Langkawi
LANGKAWI: Seramai 18 pelajar mewakili Kelab Keluarga Hippo
(KKH) dari Jepun berpeluang menyelami budaya dan adat resam masyarakat Melayu
di pulau ini sempena Program Pelajar Muda Jepun ke Malaysia, mulai hari ini.
Menerusi program seminggu itu, pelajar berusia antara 11
hingga 15 tahun berserta dua guru itu akan tinggal bersama keluarga angkat
masing-masing di Kampung Sungai Itau, di sini.
Majlis penyerahan anak angkat itu dilakukan Pengarah
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan, Rozainum Ahmad.
Yang turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi,
Marzuki Daud dan wakil KKH, Tamiko Takamatsu.
Seorang peserta, Chikako Saiki, 15, mengakui seronok dapat
menyertai program itu kerana ia memberi peluang kepadanya belajar bertutur
dalam bahasa Melayu, selain mencuba banyak makanan enak di Malaysia.
"Sebelum datang ke sini saya sudah ada sedikit
pengetahuan mengenai Langkawi selepas melayari internet.
"Masyarakat pulau ini berpegang kuat pada adat Timur,
bersopan santun dan kaya dengan budaya tradisional yang menghiburkan,"
katanya. Rakannya,
Masaya Hashimoto, 11, turut berkongsi rasa gembira kerana
diberi peluang berkunjung ke Malaysia dan mahu berkenalan dengan seberapa ramai
pelajar sebaya di Langkawi, sekali gus menjadi kenangan paling berharga dalam
hidupnya
Bertempat di surau Kg Paya Jin, Sg Itau, Langkawi dengan kerjasama KEMAS Daerah langkawi dan Jkkk Kg Sg Itau telah berlangsungnya program sembelihan.
Kursus ini adalah julung kalinya diadakan di surau ini. lebih 85 orang telah hadir dalam program tersebut.
Antara yang hadir ialah Ketua pemuda bahagian Langkawi, pengerusi Jkkk Sg Itau, pegawai KEMAS Langkawi, tuan iman masjid Nur Islam Sg Itau dan penduduk setempat.
Ustaz Mansor Ahmah telah ditugaskan untuk mengajar kepada penduduk setempat.