Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menggunakan Akta
Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) kepada individu yang terlibat dalam kes rusuhan
di Plaza Low Yat semalam bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Parti Gerakan, Wilson
Lau Hoi Keong berkata, akta tersebut seharusnya digunakan terhadap lebih 200
individu yang berkumpul semalam berikutan keengganan mereka untuk bersurai
walaupun telah diarahkan pasukan polis.
“Jika undang-undang tersebut dikuatkuasakan sepenuhnya, saya
yakin bahawa insiden rusuhan semalam tidak berlaku sehingga mengakibatkan rakan
media cedera. Ini kerana mereka sudah berkumpul sejak pukul 8.30 malam dan
polis hanya bertindak mengawal.
“Mereka tidak bersurai selepas diarahkan pihak polis
sebaliknya bergerak ke Bukit Bintang dan sekitar pukul 11.50 malam berlaku
pergaduhan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan penulis blog Papa
Gomo menyerah diri berikutan tindakannya mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan
di laman sosial berhubung kejadian yang berlaku di Plaza Low Yat, malam tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Papa
Gomo dikatakan telah mengeluarkan kenyataan terbabit menerusi laman sosial
Facebook serta akaun Twitter miliknya.
“Kita akan menahan Papa Gomo dalam masa terdekat sekiranya
dia tidak datang serah diri,” katanya.
Khalid turut menegaskan kejadian tersebut membabitkan kes
curi malah suspek juga dikatakan tidak membuat sebarang laporan polis mahupun
menunjukkan bukti resit pembelian telefon bimbit yang didakwa tiruan seperti
yang dilaporkan di media sosial.
“Apa yang ditulis di media sosial semuanya ialah rekaan
semata-mata,” ujarnya.
Dalam perkembangan yang sama beliau memberitahu, pihaknya
akan mengambil tindakan terhadap seorang pegawai polis Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Dang Wangi kerana melepaskan seorang suspek yang terlibat dalam kes
kecurian telefon bimbit.
“Pada mulanya dua suspek ditahan kerana mencuri telefon
bimbit namun pegawai itu melepaskan seorang daripada mereka atas budi bicaranya
tanpa merujuk kepada pegawai atasan.
0 ulasan :
Post a Comment