Pulau Langkawi - Operasi bersepadu yang melibatkan
pelbagai jabatan dan agensi dengan dibantu oleh Pasukan Polis Marin (PPM)
Wilayah Satu Langkawi telah berjaya mengesan dan menahan penagih tegar di
sekitar Perkampungan Bukit Malut dan Taman Nilam di sini, pagi ini.
Komander PPM Wilayah Satu, ACP Yusof Abdullah berkata,
pihaknya telah hadir untuk membantu Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik
(STING), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) kontinjen Kedah dan Agensi
Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi tersebut.
"Bermula dari jam 5.30 pagi tadi, seramai 42 orang
penagih ditahan dan kesemua mereka akan diiring menaiki bot polis ke Jeti Kuala
Perlis," katanya lagi.
Semua yang ditahan akan dibawa ke Pusat Tahanan Serenti
untuk tindakan selanjutnya oleh pihak AADK.
0 ulasan :
Post a Comment