31 July 2017

Lawatan kerja Pengarah KEMAS ke Kg Sungai Itau, Langkawi pada 24.7.17 sempena Mesyuarat berkala Kemas negeri Kedah di Pejabat Mara Langkawi. Hadir bersama pengarah ialah penolong pengarah, pegawai Kemas Langkawi dan penyelia kanan Kemas Langkawi. Beliau amat teruja dengan kejayaan kampung Sg Itau dalam pertandingan Anugerah Desa Perdana peringkat kebangsaan.”Sg Itau antara kampung yang meraih […]
Liga Penalti Rakyat Zon Utara anjuran YB Norsaidi Nanyan ADUN Kuah telah berlangsung pada 29hb July 17 bertempat Padang C, Stadium LADA, Langkawi. Seramai lebih 40 pasukan seluruh zon utara termasuk Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak telah meneyrtai pertandingan tersebut. YB Norsaidi selaku penganjur berbesar hati keranan penyertaan kali ini amat mengalakan. “Liga ni […]
Anugerah Desa Pardana (ADP) 2017. Antara objektif ialah: 1. Melahirkan masyarakat desa yang berdaya saing, berinisiatif, berilmu, berdikari dan berdisiplin kerja. 2. Menyuburkan semangat 1Malaysia, pattriotisme merdeka dan nilai-nilai murni tadisi secara istiqamah. 3. Merangsang kelastarian desa yang maju, menarik dan menguntunkan berpendapatan tinggi menjelang 2020.  

27 July 2017

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyasarkan tiga objektif utama penganjuran Anugerah Desa Perdana Peringkat Negeri 2017 bagi meningkatkan kualiti kehidupan penduduk di kampung. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tiga objektif itu ialah merealisasikan program transformasi luar bandar yang lestari, menyuburkan semangat patriotisme di peringkat akar umbi dan memajukan sosioekonomi yang mampan. Katanya, […]

26 July 2017

20 July 2017




Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyasarkan tiga objektif utama penganjuran Anugerah Desa Perdana Peringkat Negeri 2017 bagi meningkatkan kualiti kehidupan penduduk di kampung.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tiga objektif itu ialah merealisasikan program transformasi luar bandar yang lestari, menyuburkan semangat patriotisme di peringkat akar umbi dan memajukan sosioekonomi yang mampan.

Katanya, bagi memastikan ia dicapai, anugerah kali ini menekankan lapan kriteria penilaian kampung meliputi keseluruhan organisasi kawasan berkenaan bermula dengan program pendidikan dan pembangunan belia.

"Kriteria berkenaan meliputi aspek kepimpinan, pentadbiran, pendidikan, latihan, ekonomi, keusahawanan, pemerkasaan dan peranan belia.

"Kita sudah anjur anugerah berkenaan di Zon Utara di sini (Behrang, Perak), ia akan dilaksanakan seterusnya di Negeri Sembilan bagi Zon Tengah dan Selatan, manakala Pahang dan Sabah masing-masing bagi Zon Timur dan Zon Labuan, Sabah serta Sarawak.

"Kemuncak penyampaian Anugerah Peringkat  Kebangsaan akan diadakan pada 22 Ogos depan yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)," katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya, Datuk Alexander Nanta Linggi pada Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Desa Perdana Peringkat Negeri Tahun 2017 Zon Utara di sini, kelmarin.

Dinobat juara Zon Utara

Pada majlis itu, Kampung Wang Ulu, Kangar; Kampung Sungai Itau, Langkawi; Kampung Paya Kongsi, Balik Pulau dan Kampung Kuala Slim, Slim River masing-masing dinobatkan juara Zon Utara bagi kategori kampung tradisional.

Bagi kategori kampung Orang Asli pula, Kampung Ulu Bekor, Kuala Kangsar diberi pengiktirafan sama.

Tekan aspek pendidikan, keusahawanan, ekonomi

Sementara itu, Ketua Juri Kedah, Ahmad Fayadh Abdul Manap, berkata beliau menekankan aspek pendidikan, keusahawanan dan ekonomi di mana ia menjadi penyumbang markah utama pemenang kampung berkenaan.

Katanya, aspek berkenaan menyumbang sebanyak 15 markah dalam penilaian pemilihan pemenang anugerah berkenaan berbanding hanya 10 markah bagi kriteria lain.

"Bagi pendidikan, kita akan tengok peratusan penduduk yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, selain peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk menganjurkan kelas tambahan bagi mereka yang memerlukan (pelajar lemah).

"Bagi bidang keusahawanan, mereka perlu memikirkan kaedah untuk mengeksport sumber sedia ada (hasil pertanian) ke luar negara, sekali gus dapat menjana ekonomi kampung," katanya.













 


 





05 July 2017

Bertarikh 3hn Julai 2017, seramai 15 orang rombongan panel hakim ADP negeri kedah telah melawat kampung Sungai Itau. Ketua rombongan yang diketuai En Ahmad Fayadh Abd Manap dari pejabat setiausaha kerajaan negeri Kedah telah menjalankan dialog serta postmortem pertandingan anugerah desa perdana (ADP) peringkat negeri kedah yang lalu.

Kesemua 8 aspek diberi penekanan supaya setiap aspek mendapat markah tinggi. Ketua2 aspek perlulah komitmen penuh dan menambah baik untuk menarik perhatian panel peringkat kebangsaan.

En Ahmad Fayadh amat teruja kerana kg Sg Itau adalah contoh kampung di negeri kedah yang memenuhi kehendak semua panel hakim. "Dokumentasi amatlah perlu bagi memastikan setiap program di dalam kampung direkodkan", katanya.

Suasana pertemuan hari tersebut sangatlah penting dan dalam suasana muafakat. Terima kasih semua panel hakim terutamanya En Ahmad Fayadh, penghulu mukim ayer hangat dan semua ketua aspek ADP yang hadir.













02 July 2017

Bertarikh 01.07.2017 Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia cawangan Langkawi telah mengadakan Latihan Ert dan First Aid bersama Jkkk Sg Itau.

Hadir bersama ialah Tn Khalid, pegawai Bomba Langkawi bersama 10 anggota bersama-sama penduduk kampung mendengar taklimat kebakaran dan latihan memadam api.

Selain daripada itu, Tn Hj Maton selaku pengerusi Jkkk Kg Sg Itau amat bergembira kerana Jab Bomba sangup hadir dan memberi taklimat kebakaran serta latihan menyelamat kepada penduduk setempat.

"Ini merupakan sesuatu pengelaman penting semasa belakunya kecemasan", menurut Hj Maton.

"Ini julung-julung kalinya Jkkk Sg Itau menganjurkan latihan sebegini" katanya lagi.