27 June 2016

Tanggal 28hb Mac 2016 Mohd Shafik b Maton telah pergi buat selama-lamanya, beliau meninggal di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Arwah dibawa balik ke Langkawi menggunakan bot pelancong melalui sungai Kilim.

Arwah dimandi dan disembahyangkan di masjid Nur Al Islam Sungai Itau dan dibawa ke perkuburan di Bohor Merah.

Al Fatihah, semoga arwah tenang disana.


LANGKAWI: Seramai 18 pelajar mewakili Kelab Keluarga Hippo (KKH) dari Jepun berpeluang menyelami budaya dan adat resam masyarakat Melayu di pulau ini sempena Program Pelajar Muda Jepun ke Malaysia, mulai hari ini.

Menerusi program seminggu itu, pelajar berusia antara 11 hingga 15 tahun berserta dua guru itu akan tinggal bersama keluarga angkat masing-masing di Kampung Sungai Itau, di sini.
Majlis penyerahan anak angkat itu dilakukan Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan, Rozainum Ahmad.

Yang turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, Marzuki Daud dan wakil KKH, Tamiko Takamatsu.

Seorang peserta, Chikako Saiki, 15, mengakui seronok dapat menyertai program itu kerana ia memberi peluang kepadanya belajar bertutur dalam bahasa Melayu, selain mencuba banyak makanan enak di Malaysia.

"Sebelum datang ke sini saya sudah ada sedikit pengetahuan mengenai Langkawi selepas melayari internet.

"Masyarakat pulau ini berpegang kuat pada adat Timur, bersopan santun dan kaya dengan budaya tradisional yang menghiburkan," katanya. Rakannya,

Masaya Hashimoto, 11, turut berkongsi rasa gembira kerana diberi peluang berkunjung ke Malaysia dan mahu berkenalan dengan seberapa ramai pelajar sebaya di Langkawi, sekali gus menjadi kenangan paling berharga dalam hidupnya






  


  
  








Bertempat di surau Kg Paya Jin, Sg Itau, Langkawi dengan kerjasama KEMAS Daerah langkawi dan Jkkk Kg Sg Itau telah berlangsungnya program sembelihan.

Kursus ini adalah julung kalinya diadakan di surau ini. lebih 85 orang telah hadir dalam program tersebut.

Antara yang hadir ialah Ketua pemuda bahagian Langkawi, pengerusi Jkkk Sg Itau, pegawai KEMAS Langkawi, tuan iman masjid Nur Islam Sg Itau dan penduduk setempat.

Ustaz Mansor Ahmah telah ditugaskan untuk mengajar kepada penduduk setempat.


  



  
  

  
   

   
  


  

  
  
  







Bertempat di Masjid Nur Al Islam, Sg Itau, Langkawi satu kursus telah dianjurkan oleh RELA, KEMAS Langkawi, Jkuasa masjid dan Jkkk Kg Sg Itau.

Seramai 80 orang telah hadir untuk program tersebut.

Uztaz Ismail selaku penceramah dari Pejabat Agama Langkawi antara yang datang memberi kursus.

Turut hadir sama ialah Pengarah RELA negeri kedah tutru hadir serta pegawai RELA daerah Langkawi.