28 September 2015

26 Sept 2015 - Bertempat surau Paya Jin, Kg Sg Itau, majlis korban aidiladha telah disempurnakan secara gotong royong.

Seekor lembu sumbangan Yb Dato Ir Nawawi Ahmad, Ketua Umno bahagian Langkawi kepada Jkkk Kg Sungai Itau pada tahun ini.

Menurut pengerusi Jkkk Kg Sg Itau, Hj Maton Mahmud, tahun ini hanya tujuh ekor lembu diagih-agihkan kepada jkkk yang berkenaan.

"terima kasih Yb Dato atas sumbangan lembu korban", katanya


Masyarakat kg sekitar sg itau hadir bersama-sama membantu menjayakan program tersebut.

Segala perancangan telah diatur dengan rapi dan mesyuarat jawatankuasa telah bersetuju surau paya jin selaku tuan rumah pada tahun ini.

"perbelanjaan mengurus ditanggung oleh jkkk sg itau", tambahnya lagi


Pengerusi biro pembangunan, Hj Bahari Yahya dipertanggunjawabkan untuk menyiapkan makan minum.

Majlis tahlil telah disempurnakan oleh Hj Isa Long, imam masjid Nurul Islam Sg Itau.




20 September 2015

Langkawi - Lawatan mengejut Dr Shahrul Bariyah Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah pada 19 Sept 2015 ke Kg Sungai Itau menjadi suntikan kejayaan sukarelawan KOSPEN Sg Itau untuk berbakti kepada masyarakat.

Rutin mingguan KOSPEN Sg Itau menggadakan saringan terutamanya kepada penduduk setempat mendapat sambutan hangat.

Rata-rata golongan dewasa merupakan mereka yang selalu membuat saringan setiap minggu, selain golongan remaja yang jarang menjalankan saringan.

"Negeri Kedah paling tinggi mengidap diabitis dan hipentensi di Malaysia", menurut Dr Shahrul Bariyah.


"Jab kesihatan negeri Kedah perlu melakukan sesuatu bagi mengurangkan perkara tersebut", katanya lagi.

Salah satu program yang boleh dilakukan ialah mengawal pemakanan dan bersenam dan Sg Itau menjadi perintis dalam program tersebut.


Sukarelawan Kospen yang dilatih oleh Pejabat Kesihatan Daerah akan menjalankan saringan kesihatan penduduk kampung bagi mengenal pasti tahap awal kesihatan mereka sebelum dirujuk ke hospital sekiranya berisiko tinggi,


Kospen merupakan satu transformasi perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha agresif memberi pengetahuan dan kesedaran masyarakat tentang pencegahan penyakit tidak berjangkit kepada amalan harian mudah yang mampu memberi kesan positif ke atas tahap kesihatan.

01 September 2015

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia tahun telah dirancang sebulan yang lalu, dengan kerjasama Jkkk Sg Itau bersetuju untuk meneruskan hasrat tersebut.

Tahun ini adalah kali ke enam sambutan ambang kemerdekaan bagi peringkat komuniti sungai itau.

Dengan kerjasama Biro keselamatan dan patroitisme bersetuju untuk mengadakan sambutan demi menyahut cabaran Pertandingan keceriaan Merdeka anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.

Bagi menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 58 tahun, Jkkk Sungai Itau telah mengadakan pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Mohd Rawi bin Hj Abd Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ayer Hangat  merangkap EXCO Negeri Kedah.

Didalam ucapan YB Datuk, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada kepimpinan Jkkk Sungai Itau yang telah mengambil inisiatif melancarkan Sambutan Kemerdekaan di peringkat Kg Sungai Itau.


YB Datuk seterusnya mengimbau kembali ketika zaman sebelum kemerdekaan dan bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berasa beruntung hidup dibumi bertuah ini dan terus mempertahankan kedaulatannya.

Terdahulu, Tn Hj Maton Mahmud, Pengerusi JKKK Kg Sungai Itau mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran YB Datuk ke program ini. Beliau seterusnya memaklumkan beberapa aktiviti akan dilaksanakan sepanjang bulan kemerdekaan ini dimana acara kemuncaknya adalah Majlis Sambutan Kemerdekaan Peringkat Kg Sungai Itau yang bakal diadakan pada 30 Ogos 2015 nanti sempena menyambut Ambang Merdeka.

Selain daripada itu, majlis bacaan yasin sempena sambutan kemerdekaan telah diadakan pada 27 Ogos 2015.

Bermula jam 9 malam, orang ramai dating berkumpul sambil mendaftar nama untuk cabutan bertuah.
Perasmian rasmi lagu kampung Sg Itau bertajuk “Desa Wawasan” ciptaan Halim Man salah seorang Ajk Jkkk kampong Sungai Itau. Perasmian tersebut dirasmikan oleh Ybg En Abd Aziz Abd Malik, Penghulu Mukim Ayer Hangat mewakili Yb Dato EXCO negri Kedah.

Ceramah kemerdekaan telah disampaikan oleh Ybhg Ust Abu Hassan Hasim, penceramah jemputan bertajuk, erti kemerdekaan.


Tepat jam 12 tengah malam, serentak dengan lagu kebangsaan, jalur gemilang dinaikkan dan di ikutu tembakan bunga api.


Keesok hari pula, diadakan acara sukanika rakyat. Tiga kategori dipertandingkan sempena sambutan hari kemerdekaan.


16 penyumbang hadiah telah diterima termasuklah dari YB Dato Ir Nawawi, YB Dato Hj Mohd Rawi, LADA, syarikat swasta, NGO dan orang perseorangan.


Majlis diakhiri dengan cabutan number bertuah dan tamat jam 6 petang.