Dipagi Hari Memasang Rokan Cuaca Terasa Sejuk & Dingin Selamat Datang Kami Ucapkan Ke Laman Web Kg Beringin
*****************************
Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan atau cadangan dan pandangan, anda bolehlah email ke kgberingin@gmail.com atau pm di facebook kami untuk perhatian dan tindakan pihak kami
InsyaAllah, pihak kami akan cuba membantu dan mengambil perhatian terhadap perkara perkara tersebut
*****************************
Makluman
Selamat datang ke Kg Sg Itau, Mukim Ayer Hangat, Langkawi
Kempen kibar Jalur Gemilang peringkat Jkkk kampong Sungai
Itau,Langkawi Kedah bermula Sabtu 15hb Ogos 2015 oleh YB Datuk Hj Mohd Rawi
Hamid ( Exco Kerajaan Negeri )mengetuai majlis pemasangan bendera kecil pada
kenderaan-kenderaan yang melewati dewan balai raya sg itau di sini.
Kempen tersebut bermula pukul 4.30 petang dan turut disertai
anggota-anggota jkkk dan ketua-ketua 3 sayap Umno.
Selain mengagihkan 100 Jalur Gemilang, YB Datuk sempat
bersama kepimpinan tempatan membincangkan permasalahan setempat.
Sebelum itu, konvoi kembara merdeka peringkat komuniti kg
sungai itau sejauh lebih dua kilometer dari dataran jkkk batu gajah ke dewan
orang ramai sungai itau.
Konvoi itu turut disertai oleh kenderaan dan motosikal dari
kelab motosikal sungai itau.
Mohd Rawi berharap orang ramai dapat menyemarakkan kempen
itu dengan mengibarkan Jalur Gemilang bukan saja di premis tetapi juga di
kenderaan masing-masing.
"Semangat kemerdeka perlu ada disetiap masyarakat kita tidak kita muda atau pun tua", katanya.
Pengerusi Jkkk sungai itau, Tn Hj Maton Mahmud semasa
melancarkan program itu berkata program kembara merdeka kali ini yang jatuh
pada bulan Syawal secara tidak langsung menambah lagi keakraban di antara
penduduk.
Selain menggalakan orang ramai mengibar jalur gemilang
sempena sambutan kemerdekaan, program itu juga turut membantu kampong sg itau
dalam menyertai pertandingan anugerah desa sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) peringkat
negeri Kedah, katanya.
Dalam pada itu, ketua program kembara Merdeka kg sungai itau
Soid Musa berkata program itu nanti akan turut menaikan semangat kemerdekaan
yang disambut setiap tahun.